Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 7, 2015

Paya Indah Wetland

Assalamualaikum

Cuti weekend panjang combo haritu ramai yang balik kampung. Kami tak kemana2 significant. Tapi berkesempatan pergi ke Paya Indah Wetland. Lama dah saya survey nak pergi sini, kali ni baru sampai. 

Saya tengok jadual online, perks nya ialah bagi makan buaya dan badak air. Kami tiba di Paya Indah Wetland jam 1015 pagi. Malang kerana feeding hippo ialah pada jam 10. Kelamkabut cari tempat hippo, nampak lah juga hippo tengah rakus makan. 

Ni, memang dapat tengok jarak dekat. Geli sangat 'peluh' hippo adalah berwarna merah. Euwh!

Bagi makan buaya scheduled jam 11. 1030 kami dah tercegat di kolam buaya -_- punyala excited. Excited bila nampak buaya sekor dua muncul. Lepas 4 minit, exited lagi bila buaya buat 'twist turn' dalam air dan bunyi splashing. Tapi excitement sampai situ sahaja lah apabila selepas tu tiada aktiviti spontan dari buaya2 tersebut dan kami harus menunggu hingga jam 11 - waktu buaya makan. Cuaca agak panas sebab matahari baru nak naik. Nak rebut duduk tempat best supaya dapat tengok betul2 crocodile feeding (typical!). Jadi biar berpanasan, kami tetap duduk di celah tu. Lepas 15 min tunggu, Sarah dan Ahmad dah mula ajak balik. Hasan dah mula main pasir/tanah di bawah. 

Isi masa lapang suruh sarah baca fakta pasal buaya

Kemain pakaikan Yasir spek

Ini adalah pagar di sekeliling kolam buaya. Memang buaya boleh naik sampai pagar tu! (buaya tu nak dengan tak nak je la kan :))

Bila tepat pukul 11, semangat saya naik kembali. Tapi pukul 1115 baru organizer tiba untuk memberi makan.

Dalam kolam tu terdapat 50 ekor buaya! Dan haritu buaya diberi makan 30 ekor ayam. Basically, ayam2 tersebut di campak oleh organizer seekor2. Sorang seekor lah kira. Haha

Ni buaya datang dekat nak makan ayam

Tu dia makan ayam. Nampak mulut dia?

Kawan lain pula datang. Wow!

Dalam gambar ni, boleh nampak paling kurang 10 ekor buaya. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Nampak yang timbul2 tu? itu mewakili seekor buaya ok. Hu hu

Habis dah 15 minit sesi makan buaya. 

Kami pulang terus. Penat duduk bawah panas. Hehe. Overall, selain memberi makan buaya dan hippo, tak la menarik sangat Paya Indah Wetland. ni Macam unkept. Attraction lain tak cukup attractive untuk penggemar reptiles macam saya ni. Hehe. Jadi tak pusing sangat. Saya nampak rumah tinjau (suppose to be attraction), tapi tak terasa nak naik meninjau pun. :)

Tapi berpadanan dengan yuran percuma dan sekadar untuk lesson learn mak budak budak2.

Mama dah berpeluh Yasir dah lencun sambil tertidur, memang tak layak nak stay lagi. Jom balik! :D


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: