Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 12, 2015

Sekitar Majlis Persembahan

Assalamualaikum

Dua tiga hari kebelakangan ni, budak2 ni buat project. Mereka beria2 tutup pintu tak bagi masuk. Ok tak apa. Tup2 hari rabu, saya balik kerja, dapat kad ni.

Comel tak envelope buat sendiri?
Rupanya ada 2 envelope. 1 untuk mama. 1 untuk papa

Bila buka, ni suratnya. Surat jemputan rupanya beserta kad 'isetan'. Kad ni dikira sebagai 'tiket' untuk masuk. 
Tulisan kad berbunyi "mama malam ni datang bilik buku anak anak mama ajak datang la ye. Nanti bagi kat (kad) dekat kita orang tau. Daripada sarah hasan ahmad"

Lepas settle semua, kami pon datang lah ke bilik buku. Selagi tak datang selagi tu lah diaorang dok jenguk dan follow up bila nak datang :D Memenuhi jemputan katanya. Tup2 Sarah berdiri depan bilik dengan whiteboard. Dekat whiteboard ada tulisan makanan dan minuman. Sarah tanya suka minum dan makan apa; seraya mencatit dalam buku nota :D.

Makanan: roti coklat / pisang
Minuman: air kosong / air susu

Lepas tu dia minta kad 'isetan' tadi (ada 2 kad untuk tiap sampul) dan seolah 'swipe'. Lepas swipe baru boleh masuk bilik. 

Masuk2 je bilik, di sambut dengan Ahmad yang berkompang sejurus semasa kami buka pintu guna tin biskut hahaha.

Ahmad tengah kompang tepi pintu

Tadaaaa! Sebesar2 kek! Rupanya ini lah projek diaorang selama 3 hari cuti sekolah nih!

Mula2 diaorang cat putih. Lepas tu baru warna bahagian bawah. Diaorang susun kotak semua saiz. Saya pon tak pernah terfikir nak buat macam ni ahaha. 

Yang best, kat atas sekali ada benda ni. Sarah kata ni muka senyum. Macam ni ":)"

Lepas dah belek kek, ni persembahan pertama sebagai intro.

Siap pusing kek sambil berkompang. Kejap je ni ambil gambar pon gegar

Lepas persembahan pertama, sebenarnya ada makan i.e. berdasarkan menu depan pintu sebelum masuk tadi tu la. Tapi saya kata takperlu sebab baru dinner. Jadi sebenarnya, intention diaorang ialah while makan2, diaorang nak buat persembahan kedua iaitu kemuncak!

Kemuncak adalah persembahan kedua dengan lagu dan gaya yang di modify dari lagu2 yang di pelajari. Ahaha. Persembahan ni diaorang praktis berkali2 sebab memerlukan penghafalan lagu (yang di modify) dan gaya sekali! *Hasan last minute backoff..biasala Hasan tu :))*

Ni tengah beria2 buat persembahan

Alhamdulillah lepas kemuncak, selesai sudah majlis pada malam ni :))). Kami pulang dengan hati girang dan terhibur. Luv you guys xoxo.

Mesti kena bergambar sebelah kek!

Gambar ni diletakkan di depan kami as deco. Lepas tu saya perasan, HAH! GAMBAR POTRAIT KENA CONTENG BENTUK LOVE?!

Sekian semoga terhibur!

Note: all ideas and arrangement are by Sarah. But she cannot do it alone. She needs Ahmad as tag team. The success wont be as huge if they are to do it each on their own. Aha, see kiddos, teamwork makes you strong and better. Apa yang penting...KERJASAMAA..!

1 comment:

Cahaya Yangmaher said...

aunty lak rasa tacing owhh