Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 22, 2015

Aktiviti Dalam Kereta Untuk Perjalanan Jauh

Assalamualaikum

Kami cuti raya pendek je. Maklumlah tak ada nak travel jauh2. Tapi tahun ni kali tukar sikit plan raya. Tiba2 je angin apa datang ntah terasa nak pergi beraya di kampung saudara jauh sekaligus beraya di kampung kawan suami. Sebab dua2 di tempat sama iaitu batu pahat. Batu pahat je ponn Ha ha.

Perjalanan bermula pada hari raya kedua. Wow nampaknya raya kedua ramai yang dah mula bertukar arah. Jadi jalan ada jem sikit. Mak Anak2 pon dah restless. Jauh benar rasa perjalanan. Macamana la ye orang2 yang setiap tahun travel jauh, lagi teruk, yang pergi utara selatan timur barat. Adoi. Hu hu.

Dalam kereta tak banyak aktiviti boleh buat. Surprisingly, anak2 saya kemain aktif bermain teka teki. Bilalah diaorang nak tidur nih hu hu. Macam2 tekateki rekaan yang keluar. Makin lama, makin senang. Mungkin kerana dah kehabisan idea.

Jadi tiba2 saya pon ada idea nak bagi pada mereka2 yang jenis travel jauh2. Mungkin dah terlambat untuk kegunaan raya tahun ni, tak apa boleh guna untuk tahun depan k.

Kebanyakan idea ni hanya menggunakan mulut dan otak tanpa perlu ada apa2 peralatan lain lagi. Maklumlah saya nak yang mudah2 aje dalam kereta space kecil, gegar2 dsb.

1- Teka teki (ha ha ha ini tiru idea anak2 saya)
Buat lah teka teki apa jenis pon. Kemudian suruh anak2 teka. Lepas tu suruh anak2 pula reka tekateki dan kita teka. Teka teki boleh berbunyi decent seperti:

"pokok apa yang akarnya dalam tanah tapi daunnya dalam air?" Jawapan: "pokok teh"
bertukar kepada sinis jenaka
"bom apa yang selamat?" Jawapan: "Bomba"
mahupun rekaan menjadi mengarut
"benda apa yang bulat, kalau sepak pon tak gerak2?" Jawapan: "kepala ahmad :D"

2- Teka benda sepanjang perjalanan
Cuba teka apa benda yang warna hitam, bentuk bulat. Ada dalam kereta ni? Jawapan sebenar: Stereng kereta. Jawapan cubaan anak2: Biskut, rambut, kepala, butang, tayar blabla

Reka lagi benda2 di kereta depan, atau signboard etc.

3- Perbincangan ilmiah
Ini mak2 kena kreatif dan becok. Ops
"Tengok tu siapa tau tu pokok apa?"
"Tengok belah kiri ni banyak pokok kelapa sawit. Kelapa sawit ni kegunaan dia untuk blablabla"
"Eh cepat2..tu ada steamroll tengah gerak. Tengok dia gelek tar"
Anak2 akan start bertanya tentang macam2. Termasuklah: "mama, ada tak binatang yang 3 alam?". Kalau dapat soalan2 cepumas macamtu, anda kena tengok length perjalanan ke destinasi. Kalau agak2 lambat lagi nak sampai, jawap lah "apa alam ke 3 tu?". Tapi kalau agak2 dah nak sampai, jawap je lah "takde". Kihkihkih

4- Berlakon lumba kereta
Cuba berlakon konon2 semua adalah pemandu kereta lumba. Jerit "Vroommm vromm!" "eeekkkk (bunyi break)" seraya mengikuti pemanduan bapa sebagai pemandu. "Ok papa potong kereta depan tu!"

5- Makan
Biasalah, siapa yang tak suka makan2 munch2 time dalam kereta kan. Tapi letih sebab nak kena make sure tak comot. Nanti baju comot kereta comot. Sampai rumah orang serabai dah semua.

6- Gaduh / gusti / guling
Ini bukan nak suruh buat. Tapi pasti terjadi. *urut kepala*

7- Tidur! 
Tak payah bincang lah acara tidur ni zzz

8- Ada saya terbaca seorang ibu tu menyediakan list kertas tentang apa yang anak tu lihat di sepanjang perjalanan/ plate number etc. Bagus juga diguna pakai untuk anak2 yang dah besar. Untuk anak2 yang jagung belum setahun ni, tak begitu applicable. Nanti kita refresh tips2 ya bila anak2 dah besar. Wahaha

9- Hafal surah / Tasmik
Suruh anak2 baca surah yang dah hafal dan mak2 tasmik. Gempak sangat bunyi tips ni. Tips ni applicable kalau mak dia pon menghafal sekali. Rileks, kalau tak mampu buat la apa yang mampu. Jangan peer pressure saya pon tak buat ini idea je.

10- Last but not list, ini dah tak ada kerja sangat: Selfie! Main camera handphone. Macam kat bawah ni :D

Tengok, tak ada satu pon yang guna alat2. Apatah lagi alat gadget. Semua guna mulut dan otak je. Ekeke. Cuba buat dari no 1 - 10. Kalau tak sampai lagi, mula balik dari no 1. 

Selamat mencuba!

No comments: