Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 14, 2015

Kasut Raya dan Baju Raya

Assalamualaikum

Haritu kami ke Mitsui. Ala JPO-like yang di gembargemburkan tu. Saya tak sempat round sampai habis pon. Ada beberapa outlet yang belum dibuka lagi. Infact, toilet pon saya tak sempat jengah. Hehehe. Gambar pon tak ambil banyak. Maklumlah anak dah 4, tak de nak berpeleseran kat shopping2 complex. Hahaha

Kami ada satu matlamat je pergi situ. Iaitu cari kasut. Niat asalnya nak cari kasut suami saya. Tapi tiba2 niat tu membiak2 sampai lah budak2 semua dapat kasut baru. Mak dia orang je tak ada kasut baru -_-.

Saya tengok, clarks harga lebih kurang JPO (kalau pergi JPO harga minyak lagi kan. Eh!). Malah stok2 dia semua tak macam outlet. Baru2 lagi. Last time i checked, kasut yang saya beli untuk budak2 di Mitsui masih ada jual di isetan KLCC. Of course harga KLCC lain lah :D

Ending short trip kami? 2 kasut clarks, 1 kasut sketches untuk sarah. Dan 1 kasut flexx untuk husband. 

Nah gambar. Semua ada lampu. Tak boleh tahan betul taste budak2 sekarang. Nak jalan dalam gelap ke apa nak kasut ada lampu? kihkihkih

Pakai jam2 tu jugak. Biasalah, tak sabar2 macam perangai mak dia. Actually bukan lah kasut raya sangat. Cuma since pergi JPO beli kasut haritu, memang tak ada beli kasut apa kat budak2 ni. Pakai sampai lunyai. Itu yang saya suka. Alah membeli menang memakai. Hahaha. Dah setahun lebih ok la tu. Alhamdulillah.

Untuk baju raya tahun ni? kami bertemakan RECYCLE. Ha ha ha. Kamonn. Bukan hari2 pon pakai baju melayu kan. Buang karan ecece justify sangat -_-. Tapi mak dia, baju baru memang evergreen. Ops.

Ok. Itu sahaja spending untuk raya. Saya berbangga! 

p/s: eh tiba2 rasa macam kasut saya sekarang tak sesuai untuk pakai raya kena-kasut-baru-jugak eh?!

2 comments:

Nor Arinee Mat Saaud said...

ececeh nak justify jugak utk diri sendiri

nurul iman said...

kehkehkeh