Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 7, 2015

Kereta Recycled Material

Assalamualaikum

Sudah 19 ramadhan. Kejap je rasa dah masuk 10 malam terakhir. Bila dah tua2 besar2 ni baru rasa appreciate bulan ramadhan. Time muda remaja pon appreciate juga. Tapi lain sikit. haha. Time kecil2, memang dreadful lah. Ekeke.

Cerita pasal time kecil2, saya pon tak ingat umur berapa saya mula berpuasa penuh. Yang saya ingat, ada satu incident tu mak saya tengah suap adik. Time tu, OMG terliurnya tengok nasi tuh!. Walhal nasi lauk apa je pon -____-. Dan dalam hati siap pasang niat buka kang nak makan nasi ni jugak! :D

Alhamdulillah so far tahun ni Ahmad puasa penuh. Saya tak berapa setuju dengan poster2 yang di viral kan di face book tentang jangan memaksa anak2 puasa, sedangkan solat lebih utama. 
Bukan apple to apple kalau banding puasa dan solat. Puasa hanya sebulan sekali. Sedangkan solat tiap2 hari. 5kali sehari pulak tu :D. Jadi, didikan nya lain. Saya rasa mak2 kena pandai2 lah tau tahap dan kekuatan anak untuk puasa. Kalau agak2 anak boleh tahan, teruskan aje lah. 

Bukan nak cerita tu sebenarnya. Saya nak cerita pasal projek personal Sarah sepanjang weekend lepas. Weekend lepas, Sarah sorang2 buat sebuah kereta dari bahan2 terbuang. Masya allah punya lah detail sampai kagum saya dibuatnya. 2 hari dia asyik berkurung dan repair kereta tuh. Rupanya inilah hasilnya!

Taraaa. Di buat daripada kotak recycle. 

Ini steering. Steering merah tu dia cabut dari buku (ada satu buku saya beli ada stereng. Tapi battery dah habis dan dah tak boleh bunyi). Steering ini dia ambil masa lama untuk bagi boleh berdiri macam tu. Sebelum ni tiada 'tiang' bawah tu. Jenuh dia lekat guna macam2 pelekat. Tengok cara dia sambungkan dari body kereta kepada steering. Siap lubangkan bekas kfc tuh :)

Steering upclose. Di support oleh bekas spray air. Ahaha. 

Ini pula ialah break dan headlight. Guna puncher mama untuk buat break! sabar je la. Lampu tu torch light mainan diaorang. Boleh berlampu lah

Jarak yang sesuai dengan kepanjangan kaki dia :D

Selipar tu pula untuk pedal minyak. Wahaha. Selipar GLPD tuari. Ada banyak.

Di belah kanan ada panel. Panel merangkumi window panel, lampu, radio etc.
ps: saya tak tahu plastuk apa dia ambil guna buat panel tu. Huhu

And here is the best part; its the seat! dia ambil bantal buat lapik punggung seat kereta :D

And here goes, bawa Yasir for the first ride. Yang lagi 2 orang, tengah mengecek nak naik kereta kakak :)

Nah! siapa kata kanak2 puasa = lembik? 



No comments: