Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, July 11, 2015

Arnab Kotak

Assalamualaikum

3 hari lepas saya balik kerja belikan budak2 ni dadih. Total 6 bekas semuanya. Jadi ada 6 sudu plastik tu. Bila buka puasa, tak guna sudu tu. Lepastu sarah kata dia nak sudu2 tu. Nak buat projek katanya. Okla. Saya pon tak ada idea nak buat projek apa dengan sudu plastik tu. Rupanya dia dah ada idea.

Taraaa! dia buat arnab rupanya! 2 ekor siap maklum la sudu banyak hahaha

Yang hebatnya arnab ni ialah ia boleh makan, dan bolek berak! ekekeke. Sarah: "mama arnab ni boleh makan dengan boleh berak" Canggih tak canggih arnab dia

Sarah lubangkan mulut arnab tu, jadi boleh suap makan. Macam ni.

Kemudian dia tebuk lubang bawah kotak, untuk proses berak! :D

Pasal sudu dadih tu? Ya. Sudu dadih tu rupanya jadi telinga arnab! Sebab tu jadi arnab. Kalau tak agaknya binatang lain kot. Kotak pula? kotak shaklee. Ahaha berguna sungguh saya order barang2 shaklee. Banyak jasa dah kotak2 tu dalam mengembangkan kreativiti anak2 saya. Huhu

Sudu dadih di cat oren sebagai telinga arnab

Ini sesi feeding arnab

Semalam saya balik kerja, tiba2 nampak benda bulat2. Rupanya, itu makanan (cum tahi arnab hahaha). Sabar je lah

Ini sarah nak lukis kaki untuk tampal pada arnab tapi dia kata tak jadi :)

Ok sekian!

No comments: