Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 1, 2015

Thomas The Train

Assalamualaikum

Ada satu malam Hasan bawa balik mainan Thomas kepunyaan sepupu dia. Dapat wasap dari mak sepupu dia (Hasan) merangkap adik saya (LOL), supaya pulangkan balik Thomas tu esok pagi. Ok baiklah saya menyerah kalah cita2 nak songlap tak kesampaian kahkah

Balik kerja petang tu saya tanya Hasan dah pulang ke belum Thomas? Dia jawap dah (dengan muka sedih) mama pon sedih juga tak dapat songlap ehhh Terdetik dalam hati "esok cari kan lah sebiji Thomas untuk Hasan". Tapi terdetik je la tak berani nak janji secara verbal. Mati dia tuntut nanti!. 

Tup2 malam tu, dengar bunyi Hasan tengah main. Dia cakap dia main Thomas. Aik, mana dapat? Songlap lagi ke kahkah. Rupanya.. 

Hasan bikin Thomas sendiri! Yang bulat lubang tu ialah corong tempat keluar asap Thomas tu. Bulat2 tu badan Thomas la kamonn -__- Ada rupa kan? :D

Proud Thomas owner

Ahh jadi dengan itu, teruslah saya memadam hasrat nak beli sebijik Thomas untuk Hasan. Kihkih. Jimatt duit. 

Budak2, dengan apa pon dia boleh enjoy bukan macam mak budak

toot toot! cinders and ashes!

Sekian teknik penjimatan terhebat.

p/s: Sebagai pembukaan September selepas merdeka, jom kita mula berjimat ececece #tipusangat

No comments: