Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 17, 2016

Short Getaway - Doubletree by Hilton KL

Assalamualaikum

Kali ni saya nak share pasal the most recent short getaway (lagi!). Baru pergi akhir tahun lepas. Ketika semua orang enjoy year end holiday, kami baru terhegeh2 nak plan bagai. Jadi, memang tak berjaya lah sebab hotel di semua pusat perlancongan pon full. Huhu. Belum cerita pasal jem lagi kan. Jadi, kami decide to go the opposite way (as always LOL). Kami masuk KL (hahaha! ya sila gelak). Apparently, hotel di semua tempat pon penuh dan mahal...kecuali KL. Ekeke. 

Mengambil kesempatan dari situasi tersebut, kami pilih untuk duduk betul2 di tengah2 kota metropolitan. Yang mana, kalau hari2 biasa, memang tak mampu jangan harap la nak stay situ kan. Menebus point Hhonors Hilton, kami stay di Doubletree by Hilton. 

As usual, bertolak lepas Jumaat untuk sampai just in time for check in. Kami book 2 bilik, ramai kot. 6 orang incl infant. Jangan asian sangat please? padahal sebab point cukup! Bahaha. Tup2, ketika check in, dapat upgrade jadi Executive room. Yey!. Kami request untuk adjacent room. 

Banding Hilton dengan hotel lain, saya rasa Hilton memang value customer yelah bayar pon bukan murah kan kan. Staff dia semua polite dan tak memilih bulu. Kiranya, dalam banyak2 foreigner/tourist bangsa arab omputeh jepun blabla kat situ, layanan yang kami terima serupa je. Samaada mereka memang professional atau diaorang ingat kami ni foreigner kot :D

Sementara tunggu bilik siap, lepak dulu di lobby yang besar dan selesa disamping membelasah welcoming drinks dan signature cookies. 

Signature cookies ni 2 keping je for each room. Jadi patutnya kami dapat 4 lah sebab sewa 2 bilik je. Tapi minta lebih, dapat la lebih kan Hihi. Tak minta, tak dapat lah. Mahal tau cookies ni diaorang jual kat cafe. Rm69 for 7 keping ke kalau tak silap. Well we got 6 for free (if they didnt bill in the room rate lah :D)

Ini tengah lepak di waiting area cum lobby sambil makan cookies. Gambar ni is a reflection dari siling - cermin. Kemain budak2 berbaring2

Doubletree Hilton KL bersambung dengan Intermark building. Di Intermark building ada kedai2 dan kedai makan. Jadi sementara bilik belum siap, kami round2 lah situ untuk mencari tempat dinner malam nanti. 

Bawah tu ada pula hot air balloon ni. Naik lah kejap pura2 naik belon

Christmas decoration

Toilet dia marvelous. Bersih! selesa!

Akhirnya bilik siap! Yang menyedihkan, kami tak dapat adjacent room. Sobs. Ini bermakna, satu bilik akan jadi port while satu bilik lagi akan jadi istana hinggap untuk tidur sahaja lah. Tapi tak apa lah, we will just make do with whatever that we have :). 

I like this. This shows they value their customer. Kan dah cakap awal2 tadi kan kan

And the bed. Normal

This, is also normal. And so the desk and everything.

I like this one. Ada sabun basuh muka okeh. Jadi tak payah susah2 bawa facial wash. Haha

And..jeng2! Pillow menu! ko hado? Impressive abes. Pilih lah jenis bantal apa nak. Silakan order. Gituh! Jenuh juga saya baca description satu2. Endingnya, tak order pon. Tidur je dengan apa yang provided. Kahkahkah

And the next impressive is, benda seakan tirai yang boleh buka/tutup view toilet. Actually saya pelik betul apa kegunaan benda ni. Like, siapa yang nak biar buka dan suruh orang lain tengok dia buat apa dalam toilet kan. BUT, bila kami dah tidur dengan roomate masing2 (i.e. saya, Hasan dan Yasir), saya tahu apa kegunaan dia. Bila saya gosok gigi & ambil wudu, saya buka tirai so that Yasir boleh nampak saya lantas tak nangis. Kalau tak dia sibuk nak masuk toilet. Nah, ini rupanya kegunaan tirai ni. Saya gembira!

Macam biasa petang tu juga budak2 nak pergi swimming pool. Swimming pool dia open air dan kebetulan hujan. Mujur kejap lepas tu hujan reda. Tapi suasana sejuk la kan. Kami turun juga pergi pool. Memang sejuk. Haha. 

Brrrr..sejuk woh air pool campur air hujan di mandi lepas hujan. Macam kat oversea! LOL

Masalah Doubletree Hilton KL ni satu je. Iaitu lif dia. Lif dia slow dan sikit. Kalau sikit tapi laju, ok kot. Tapi slow is very slow. Jadi agak lama untuk tunggu lif. Sempat kering dulu lah baju pool sebelum dapat masuk lif :). Lagi satu, pool pula satu floor dengan meeting rooms. Jadi, ada lah instances whereby kita pakai selekeh2 basah baju pool, tup2 ada orang lain pakai segak bergaya kemas habis, sama2 tunggu lif dengan kita. Hahaha.

Malam tu lapar betul lepas swimming. Lepas maghrib kami ke kedai makan di Intermark tu. Malang sebab tak banyak kedai buka. Mungkin sebab cuti Christmas. Jadi kami settle di satu kedai ni. Hm tak berapa lah makanan dia. 

Semua dah kebulur. Sedap tak sedap, terkilan tak terkilan, menyesal tak menyesal, belasah je lah hihi

Tidur nyenyak malam tu. Maklumlah, katil besar. Haha

Esok pagi2 budak2 dah bangun. Nak pergi pool katenye!

Pool kosong! yey

Conquer pool :)

Sambil swimming sambil ambil gambar. Ini view betul2 dari tengah2 pool. Hem, very city-like. Very city :)

Dalam pukul 10 kami naik bilik balik. Breakfast dan packing to checkout. 

Our floor. Executive rooms at level 28.

Lepas habis packing, kami checkout. Dan berakhirlah our short-city-getaway kami sebagai penutup tirai 2015. Memang satisfied stay di Doubletree Hilton. I heart u Hilton! Lepastu kami singgah KLCC untuk lunch. OTW balik tu semua tertidur kepenatan! Wah 1 malam je dah penat semua. Bukan korang yang packing ponn. LOL

Sekian cerita bercuti di tengah2 bandar kuala lumpur! 

p/s: Welcome 2016! where shall we begin? :)



No comments: