Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 8, 2016

Short Getaway - Pullman Putrajaya

Assalamualaikum

In continuation of my update on short getaway to GLPD (read: here), jadi saya nak cerita pasal short getaway ke Pullman Putrajaya lah pula. Well rupanya ikut chronology, kami pergi Pullman Putrajaya dulu baru pergi GLPD. Sebab tak puas hati pegi dekat sangat, maka itu yang jadi next trip to GLPD tu. Mihmih. Time tu dah sarat sangat. Nov '15 dan masih berkobar2 nak pergi berjalan. Duh!

Kami booking bilik yang paling murah tak silap di Jasmine Wing. Rupa2nya Pullman ada beberapa tema di setiap wing yang merangkumi bangsa2 di Malaysia. So Jasmine wing ni ialah indian. Jadi ada lah so-called indian architecture. Frankly speaking, saya pon tak tahu apa beza haha. Tapi rupa2nya harga keadaan dalam bilik dia berbeza2.

Pullman Putrajaya ni area dia besar. Maklumlah, ada tasik, boleh main basikal blabla. Jadi, untuk perempuan sarat barat pregnant yang nak berjalan juga ni, memang mengah betul la nak jalan. Nak jalan dari lobby untuk cari bilik dah satu hal. Nak jalan dari bilik ke dewan makan dah dua hal. Dewan makan tu accesible ikut tangga pula memang berhal-hal lah :D.

Macam biasa kami sampai timing check in. While waiting for husband untuk check in, saya bawa budak2 lepak luar dulu, berlari2 di clock tower, ambil2 angin dulu. Apa lagi, excited la budak2. Hotel ni berjaya meng-impress diaorang dengan size dia. It is something different than the normal / typical hotel.

Ni bawah clock tower

Nice background. Overseeing the lake

Ada taman2. Ye kenapa tah baring2. Hu hu

Lepas dalam setengah jam, dah boleh check in. Dah puas berlari dah budak2 pon. Kami pon mula la mencari bilik. Bear in mind, hotel ni besar dan tak tertakluk pada satu bangunan je. Jadi, kalau salah jalan, memang pusing jauh la juga. 

Ni belum sampai bilik lagi ni hahaha. Cantik tu memang cantik. Tapi jauh nya tuhhh hihi

Bila masuk bilik, hati kecil ini agak hampa. Sebab..kecil! Ok maybe kecil sebab kami 5 orang kan. Tapi, actually more like..penuh dengan perabot yang besar2 yang makan space. Or maybe sebab kami mampu yang murah je ke LOL. Murah2 pon rm4++ tau! itu memang design dia i'm not sure. 

Tapi toilet (or rather, space allocated for toilet) bilik tu besar. Ada dekat half size bilik? Dengan tangga batu nak naik bathtub, dan sink style batu, pintu berlipat2. Macam2 tu lah. So saya rasa, space dia banyak habis kat perabot2 instead of penumpang2 bilik or maybe i'm more into minimalist / sleek / modern design? :D. Anyhow, dah bayar mahal, kenala make full use kan. Tak guna cry over a spill milk bak kata orang putih. Takde la spill mana pon milk tu. Kalau nak bilik besar lagi, bayar la lagi kan kan kan :D

Sementara tunggu nak check in tadi tu saya tengok ramai juga mat salleh. Boleh faham kenapa matsalleh suka duduk situ. Hotel ni cater for very asian/malaysian like scenery, design, ambience etc. Jadi, pelancong yang nak rasa duduk malaysia, very asian very hot weather, boleh la try sini. Boleh main basikal, exercise etc. Untuk orang malaysia, hem. Boleh lah. Serupa tengok luar rumah eh!.

Tup2 petang tu di takdirkan hujan turun selebat2nya. Jadi tergendala la cita2 budak2 nak main swimming pool, round2 hotel semua. Secretly, saya lega juga. Boleh la rehat sikit. Penat jalan cari bilik belum habis lagi :). As a replacement (untuk bagi saya tengok tv dengan aman), saya bagi diaorang main bathtub instead. 

This is where the uniqueness of the design comes from. Kena enjoy design diaorang baru rasa worth hahaha. Toilet tu di design ada tingkap dari bathtub connected to bilik. Jadi saya boleh intai budak2 main tanpa perlu pergi masuk toilet. Dari katil ke toilet agak effort nak pergi untuk perempuan mengandung 8 bulan. Jangan kata nak pergi, nak bangun dari satu2 tempat pon struggle ok :DD

Ni seronok main tub. Siap pakai swimming suit ok. Bathtub je pon :D. Bathtub ni tinggi. Tepi tu ada tangga untuk naik. Ko hado?

Ni tingkap yang connect kan toilet dan bilik. Tengok design dan space yang tingkap dia ambil? Kan boleh je buat slide atau apa. Tapi tak style la kan. 

Budak2 main pool sampai maghrib dan kebetulan hujan pon dah mula renyai. Biasalah lepas main air mesti lapar kan. Jadi lepas maghrib kami keluar cari makan. Lepas round2, kami jumpa secret recipe. Makanlah di situ. Bila balik, belum pon sampai hotel budak2 dah tertidur dalam kereta punya la penat dan mengantuk. Dah puas berlari dan main air. Seharian tak tidur.

Ini alas perut before keluar pergi dinner. Biskut besar beli di hotel. Rm9.90 kalau tak silap. Sebab mahal, SHARE! kihkih

So malam tu konon2 nya nak tengok movie lah. Tapi Hasan dah tidur dari dalam kereta. Tinggal Sarah dan Ahmad je. Tu pon tak bertahan lama jadi diaorang pon tertidur. Papa diaorang pon dah lama belayar, jadi, mama diaorang je lah yang terkebil2 tak dapat nak tidur. Bukan apa, katil satu dan ada macam daybed tepi tingkap, jadi kami tidur berhimpit2 juga. Lantai pon simen. Bantal pon tak begitu memberansangkan. Kalau pregnant memang macam2 :) 

Esoknya kami KENA juga pergi bawa budak2 main swimming pool. Mana ada orang tidur hotel tak pergi pool kan. Jadi breakfast pagi2, lepastu tergi pool. Breakfast looks nice, and very variety. Tapi, masalah Pullman Putrajaya ialah, variety of food banyak. Tapi, tak berapa nak boleh makan. Boleh tu boleh makan. Tapi tak berapa nak berasa la. 2 3 kali dah saya pergi actually event office. Senang cerita, tak berapa sedap :). Semua food ada tapi tak tahu apa yang outstanding. Jack of all trades sangat memang master of none :D. 

Alhamdulillah, lepas tu dapat la juga ziarah pool. Dan rezeki kami, orang tak la ramai sangat. Dapatla budak2 enjoy main pool. Ada juga bestnya hotel ni. Haha

Ni lah pool yang kami conquer sebab tak ada orang haha

Dah habis puas main pool, naik atas, sambung kat bathtub kejap. Then kemas2 dan checkout :). Sekian sahaja short getaway di Pullman Putrajaya. Sebab tak puas hati, maka lepastu kami ke GLPD lah. Dah konfem tau bilik, pool and arrangement semua. Amekkau :D



No comments: