Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 18, 2016

Train Kotak

Assalamualaikum

2 3 hari lepas saya beli banyak juice sebab husband suspected denggi jadi doctor suruh minum banyak juice. Bila dah habis juice2 tersebut, kotak2 dia kan cantik2. Terasa sayang la pula nak buang (note: perangai hoarder memang macam ni he he). Ada 2 kotak, saya basuh dan bawa naik. Cita2 nya nak buat train lah untuk budak2. 2 kotak jadi boleh la buat gerabak kan. Tup2 macam biasalah diaorang tak nak share. So Ahmad dan Hasan ambil sorang satu. Lepastu idea saya (still) nak kerat dua untuk sambung jadi gerabak. Pon diaorang tak nak juga. Nak suruh design ikut idea masing2. Idea diaorang idea basic je lopek je idea mama lagi hebat hahahaha. 

Anyhow, ikut je la. Buat pon bukan nak puas kan hati sendiri. Biarlah diaorang gembira. So buat Hasan punya dulu. Dia kata dia nak warna kan train dia. Jadi saya kena balut kalau tak macamana pula dia nak warna kan kan?

Ni lah dia rupa train Hasan yang dah berbalut. Saya lubangkan pintu supaya boleh buka tutup. Ingat nak lubangkan sekali tingkap. Canggih sikit. Tapi rupa2nya dia taknak lubang langsung. Jadi pintu tu kena selotape balik hahaha

Untuk tayar, saya guna cawan kertas. Potong dua. Bahagian tapak memang untuk jadi tayar. Tapi bahagian atas cawan yang lompong tu, saya kecil kan diameter dan stapler je supaya jadi tayar (lobang tengah). Ini sebab nak jimat. Itu pon dah guna 2 cawan untuk 1 train. Kalau semua nak tayar ada 'rim' jenuh la 4 cawan untuk 1 train. Ahaha. 

Ni dia nak color. More like..nak guna marker pen tu sebenarnya :D. Tapi actually Hasan tak berapa nak ada mood time ni. Dia demam

Then saya buat Ahmad punya. Pon dia nak berbalut macam hasan supaya boleh design luaran sendiri. Ok lah. Sempoi sangat.

Ahmad punya kotak kecil normal. Tu dia tengah design sendiri

Anyhow, pasal tayar ni interesting. Dari 2 tayar yang berbeza tu kan i.e. satu ada 'rim' satu tak ada, saya explain pada diaorang pasal rim dan kegunaannya. Saya relatekan kereta betul2 yang semuanya mempunyai rim tayar. Kenapa perlu rim? dah diaorang pon nampak beza kekuatan tayar yang ada rim dan tayar lubang tengah. Hehe. So masing2 dah faham kegunaan rim kereta. Nanti bila jumpa kedai tayar saya nak tunjuk rim betul2. 

The best part, Ahmad dapat grasp konsep tu. So, untuk mengelakkan tayar lompong (lubang tengah) dia dari kemek, dia sumbat kertas kasi keras. Memang idea dia sendiri :D

Tu nampak kertas tu? Yelah tak lah betul2 menyumbat tapi the idea is there. Dia kata "mama ahmad ada satu idea. Kita letak kertas ni dalam ni nanti tayar tu keras la!" 
"wah betul la, idea macam ni la yang mama nak dengar!" - kata mama dengan penuh semangat kahkah

Then lagi satu idea Ahmad ialah ada tali kat depan train dia. Kegunaan tali? untuk tarik train berjalan "toot toott" katanya. Tapi tali kami dah hilang. Jadi dia gunting manila kad nipis dan panjang, then dia minta saya sambungkan pada train.

Ahmad seems to be enjoying this project the most. Tup2 Sarah datang nak juga. Tapi kotak juice dah habis. Jadi saya buat kan lori untuk Sarah menggunakan kotak cornflakes :D

Masing2 dengan barang masing2

Ni finished product Ahmad. Atas tu warna ikut warna pelangi. Ada tingkap dan pintu boleh buka untuk masukkan barang. Train ada nombor train (reka sendiri)

Ni on the other side. 2 tingkat sebab tu 2 lapis tingkap

Ni hasil 3 kenderaan hasil projek kali ni

Semua pun gembira main mainan masing2. Ha ha. Senang kan. :). Yang mudahnya barang2 recycle nih, kalau agak2 dah hancur main, buang je tanpa rasa bersalah. Best kan dapat privilege buang2 mainan as soon as you are bored with it. Huhu

Ahmad dan trainnya "toot toott"

Sekian sahaja kali ni

February 2016

No comments: