Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 25, 2016

New Zealand - North Island

Assalamualaikum

Lama dah nak tulis, tapi sebab ceritanya panjang, maka panjang lah alasan untuk tak mula menulis. Haha. Nak cerita bulan March haritu kami ke New Zealand. Wah trip ini memang trip yang paling di-look forward lah kira (ada eh perkataan macamni?). 

Kami booking ticket bulan december 2015. Lepas tu slow2 booking accommodation, ferry, flight CHC- AUK. Last sekali baru ground transportation. 

Kami fly MAS dari KUL - AUK. Hajatnya memang nak cover north and south island. Kemain ambitious. Biasanya orang cover both island dalam masa 14days. Tapi kitaorang pergi dalam 8 hari 7 malam. So pack la.

Day1:

Gerak malam dari KUL dan sampai AUK jam 2pm local time. 

AUK:)

Sampai airport, biasalah, long hours flight kan. Sibuk la nak kena bawa bebudak ke toilet, tukar pempers, basuh2 muka gosok gigi etc. 

Untuk ground transportation, kami booking kereta dari juicy. Jadi, dia ada service pengangkutan dari airport ke office. 

Nah, seronok dapat stretching dekat office juicy. hahaha

Dah dapat kereta. Kami sewa estima. Sewa carseat untuk Yasir, booster untuk Hasan dan GPS navigator. Semua tu dia charge daily rate. LOL. Gambar ni adalah ideal position masing2. Hakikatnya, bila kereta jalan, Yasir sibuk nak duduk depan dengan saya, yang bertiga tu berebut siapa nak duduk tepi kiri, tepi kanan, tengah, depan, belakang, car seat tah kemana, booster seat tah kemana -__-

Airport Gold Star Motel NZD190
Ini our first motel di Auckland. Of course, since trip ni consists of 3 adults, 3 kids and 1 infant, kena ambil yang katilnya at least 5-6 la kan. Dan jangan risau, memang banyak bilik2 jenis cater untuk puak2 ramai ni :D

Ini gambar dalam motel tu. 2 katil single untuk 1 bilik. Ada lagi 2 katil single dalam bilik sebelah. Di luar ada lagi 1 katil single dan 1 queen size. Amekkau. 7 katil terus. Ada 1 toilet dan complete pantry. Selesa untuk 1 malam. Cukuplah kami anak beranak. 

So malam tu test drive la pergi Auckland town. Dah nak malam jadi banyak kedai dah nak tutup. Kami cari parking pon dah satu hal. Haha. Lepas parking kira nak cari dinner lah. Jumpa satu kedai turky ni, kami order pizza dan kebab kalau tak silap. 

Semua dah penat maklumlah travelling day and it has been a long day. Tapi gagah jalan juga sebab esok nak gerak ke south. Bandar Auckland okla walaupun tak la besar sangat. Kebetulan malam tu St Patrick's Day. Memang ramai la "orang hijau" kami nampak. Jalan sikit lagi tu nak berparty dan mabuk. Haha

Ahmad nak beli audi kan besar nanti, nah ambil gambar dulu kat kereta audi.

tauke lori ni seronok sangat la dapat tengok real lori besar2 dan canggih2 dan cantik2 macam mainan dia :D

Elok je bergambar, visit a few kedai dan beli makanan, hujan pon mula turun. Cepat2 kami jalan balik ke parking dan pulang ke motel.

Day 2:


Esok pagi lepas breakfast, ready to begin our road trip Auckland - Taupo 3hr 15mins drive

Nice weather alto a bit gloomy like its going to rain (which it did not), nice view nevertheless

Sampai bandar Taupo, ada a few attractions. Mula2 ingat nak pergi Rotorua, tapi sebab Rotorua naik north balik, dan it will take another few hours ke apa tak ingat, might as well maximize apa yang ada di Taupo. So next time la Roturua (Eh!). Nak juga tengok geothermal so kami pergi yang kecil2an i.e. di Crates of the Moon - tak boleh lawan Roturoa la. 

Tak ingat berapa yuran masuk tapi tak mahal dan sangat menarik. Waktu ni hujan rintik2 kecil. Jadi sejuk. Bila masuk geothermal walk, sedap2 la suam2 kuku.

Ni sebelum masuk. Bagus ada bendera NZ situ. Kenalkan budak2 pada bendera NZ

Tu nampak asap2



Besar tempat ni. Puas hati masuk dan jalan

1 group photo for the record!

Dah habis tu kami check in di motel kedua: Adelphi motel NZD150



Lawa motel ni. Design minimalist hitam putih. Ada 2 bilik. 1 bilik katil queen (dalam gambar), 1 bilik 2 katil single. Diluar ada 1 katil dan sofabed. Dapur besar, toilet 2 i.e. 1 shower 1 toilet. 

Lepas dah letak barang, solat etc, kami keluar makan dan jalan2 di bandar Taupo. Bandar Taupo ni memang cantik. Or pada pandangan mata saya memang sangat cantik dan tenang etc. Terancang, kemas, teratur blabla. Kiranya, kalau nak migrate, saya dah decide nak duduk Taupo lah kira hahaha. 

Kami ke kedai makan turki lagi. Kelaparan time ni.

Then kami pergi tengok Huka Falls. Bestt! The bluest water we have ever seen!

Ice blue. Huka Falls ni masuk ke Taupo Lake

Ini di another side of Taupo Lake. Tengok burung2 duduk line up atas tiap tiang. Diaorang tak takut pon manusia :)
ps: time ni Yasir dah tidur. Penat sangat lah tu 

Ini namanya volcanic hexagonal columns. Diaorang ambil volcanic rocks dari Taupo lake eruptions.

Kami jalan2, singgah countdown lepastu untuk beli barang groceries sikit untuk makan malam dan breakfast esok pagi. Ramai budak kan, kena la ada roti2 biskut2 susu. Haha

Best sini ada free fruits for kids untuk sumbat diaorang kalau nangis or lapar :D

Sampai maghrib baru balik motel untuk rehat dan ready for tomorrow :)

Day 3:

Esoknya baru budak2 ada masa nak main buaian depan motel.. But its too late because we are moving. Dapat kejap2 jadi lah kan. :)

betul2 depan bilik motel kami

Singgah sebentar di Taupo Lake nak bye-bye. Hihi
fyi, taupo lake ni sizenya lagi besar dari singapore tau

and off we go lalala

Road journey Taupo - Wellington 4hr 18 mins drive - longest so far :)

Because it was the longest trip, so we had a few pit stops - to enjoy the view. Along the route, akan ada signage2 yang cakap, sini view bagus, boleh berhenti. Dan sebab trip ni free and easy, jadi kami berhenti sesuka hati mana2 yang rasa2 cantik. Dan tengok lah view2 yang cantik ni 

Ini atas bukit. Bukit mana tah. Cantik gila air warna emerald

View ni sangat mahal. Sebab nak sampai sini, GPS bawa jalan ikut lereng2 bukit yang sangat curam dan sempit. Nak muntah jalan dan akhirnya sampai ke puncak. What a stunning view masha allah!
Bila kami tengok map, rupanya ada jalan shortcut tapi GPS bawa lalu ni nak suruh tengok kot. Hehe. Nak naik curam, nak turun curam. But it was very worth it!

This is our third motel di Wellington. Motel 22 Lower Hutt NZD190

Owner ni korean ke chinese ntah. Ada laundry.

Ni ada buaian dan trampauline. Sakan lah kami main petang tu



 Tengoklah anak beranak main trampauline. Ada gambar semua orang actually :)

Saya baru perasan saya tak ambil gambar dalam motel. Motel tu not bad. Ada 2 bilik as usual. Katil 1 queen, 4 single (3 dalam bilik kedua dan 1 diluar). Mini dapur dan toilet.

Day 4:

Esoknya kami nak keluar awal pagi sebab nak naik ferry untuk ke Wellington. Sebab kami nak kejar ferry pukul 715 tak silap (tambang time ni murah hihih), so kami kena check out 630am. Jetty dekat je tapi yelah, kot tersalah jalan ke apa ke kan. Time tu owner motel pon tak bangun lagi. Jadi, kami tinggal kunci dalam post box je dan cau. Punya bagus budak2 ni, semua bangun mandi pagi2 buta tu kecuali Yasir. 

Berjaya pon sampai. Memang rasa ala2 nelayan la pagi2 buta mengadap laut ahaha

Ni tiket untuk naik ferry. Warna tak melambang kan apa2. Saja kasi colorful je

Ni ferry dia. Besar betul. Maklumlah, pengalaman saya naik ferry dekat penang je hahaha

Tu dia lori2 cantik tersusun. Ambil gambar sikit

Gambar kejap sebelum masuk ferry

Journey Wellington - Nelson 2hours plus - Ferry

Dalam ferry canggih betul dan sangat selesa. Sinilah port kami. Sebab kami tak ambil package dengan katil. Jadi kena lepak kat tempat makan la. Ok sangat2. Bilik2 dia kat atas. 

 Ada family room. Tapi kami tak duduk dalam ni. Dalam ni ada keluarga mak itam conquer. Lagipun mainan dia tak best sangat plus ada bau pampers. Jadi kurang menyelerakan haha

Ada bilik tidur yang public. Feel free to sleep.

Ada movie theater! towards the end of journey, diaorang pasang cerita cartoon. Memang sarah & ahmad melekat dalam ni je la dah puas berlari keliling ferry. Jalan terus depan tu is food court dan deck

Ini dalam movie theater dia. Dan inilah cartoon yang melekatkan anak2 saya kat dalam ni

Angin kuat!. Ini tunggu dolphin lagi and i really got lucky on this ferry :). I get to see them dolphins twice!

Ni je yang sempat tangkap dari dolphin. Iaitu sisa2 buih hahaha

Are we there yet? NO. Well, it looks like we are reaching the shore. But looks can be deceiving you know -_-


Nearing the shore - see the greenery?

 
4 layers view :). Hello there, south island :) 

i guess this is very long already for 1 entry. Save for another entry :)



No comments: