Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 7, 2016

Bookmark Buatan Sendiri

Assalamualaikum

Ala sebenarnya bookmark senang je nak buat. Guna kertas biasa pon boleh kan. Biasanya saya main capai je apa sempat untuk buat penanda buku. Ya itulah objektifnya; untuk menanda buku. Bukan untuk cantikkan buku, bukan untuk tayang danlainlain. Jadi, saya akan ambil resit ke, kertas conteng ke, name card (tah sesapa yang bertabur2) ke dan selit untuk tanda bacaan saya. Hahaha

Rupanya perangai tu diperhati oleh Sarah. Satu hari dengar dia sibuk2 dalam bilik dia. Tup2, dia bawa ni bagi saya


TARAA

Sarah cakap "nah mama, sarah buat ni untuk mama" :D. Penanda buku ini dibuat sendiri dari recycle material. Sarah guna bag kertas adidas (hence the 3 white lines hahaha). Then tali atas tu dia guna tangkai bag kertas tu. Actually ada tulisan2 atas bookmark tu tapi tak jelas pula dalam gambar. Dia guna gam glow in the dark, jadi malam2 terkejut2 saya tiba2 nampak bersinar :D

Sekian. Terima kasih kerana membaca



No comments: