Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 5, 2016

Udang Freshly Picked

Assalamualaikum

Ya posting ini akan berbaur ke-kempenan sedikit kerana saya begitu teruja sekali selepas mencuba dan tak sabar nak share. Banyak lagi benda yang saya nak share. Tapi sabar, satu satu ok. 

Haritu saya pergi beli udang dari kawan saya. Udang besar2 dia bela sendiri dalam kolam. Bila tengok gambar, wow cepat2 saya order sekilo. 

Ni ha sekilo. Penuh sebesen bersaiz sedang

Serious saya tak tahu nak masak apa udang2 ni. Maklumlah, jarang2 sangat beli udang. Mahal kan :). So kali ni niat nya nak ratah puas2. Kawan saya bagi cadangan udang goreng kunyit saje. Pun dah sedap. Ikutlah sebab tak ada idea lain :D
Letak daun kari sikit ecey

Taraaa..SEDAP GILA! Alhamdulillah

Masalahnya sekarang, waktu saya pergi ambil udang, saya tengok2 sekali barang2 facial yang di masak / buat sendiri oleh kawan saya ni. Dia bagi nama "Freshpicks". Knowing her, dia memang pilih bahan2 premium je untuk product dia. Jadi saya pon sibuk2 la nak beli. 

Ini barang pertama yang saya beli. 
1- Ultra moisturizing cream (saya terpengaruh sangat dengan bau dan tekstur. Bau sedap sangat sebab dia guna essential oil yang menenangkan dan tekstur memang menyerap)
2- Lipbalm (lipbalm ni sebab comel. saya memang tak sabar nak letak kat bibir)
3- Irresistible Lip Treatment (actually ini adalah tinted lipbalm la senang cerita. Best yang ni memang tempting)

Bila saya beli2, kawan saya nampak anak2 saya sibuk2 situ. Dia pon offer bagi sabun kuning nama criansa ni. Dia bagi untuk budak2 la senang cerita. Tapi, end up..mak budak yang pakai kihkihkihk 


Balik tu tak sabar2 nak pakai. Dalam kereta dah buka semua dan test. Ultramoisturizing tu saya letak di tumit. lipbalm..di bibir la kan :D. Memang best. Tapi saya rilek je dulu. First impression je ni. 

2 3 hari lepas tu baru saya try sabun tu. Tu pon saja2. The first time saya pakai, TERUS JATUH CINTA. Hu hu hu. Bukan apa...kulit jadi lembuttt sangat. Duduk sorang2 asyik pegang2 pipi. Apakesss :D :D. Saya mula pakai hari2 dan mula tengok2 katalog dia! Dan mula dari haritu, saya terus terpikat dan try macam2. Nanti saya share ya! 

Kalau anda nak cuba? mari la. Nak free tester? bagi tahu saya 0192661775


Terima kasih kerana membaca :)







No comments: