Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 5, 2013

Kehidupan Sihat

Assalamualaikum


Saya tak pernah pun cakap kalau ambil supplement dah takpayah makan nutritious food. Dan kalau ambil supplement, tak payah exercise. Mitos tuu. Kehidupan yang sihat perlu ada 3 perkara ni iaitu, makanan seimbang, exercise dan supplement. Sebab apa supplement? sebab makanan sekarang tak macam makanan dulu. Sekarang horror cerita pasal makanan. Ikan ada pencemaran di laut, sayur disembur pestesid (belum lagi ada satu chain mail yang cerita pasal sayur disiram air kencing utk subur. yerkh!), ayam disuntik antibiotik, dan macam2 lagi la. Dengar pon horror. Saya pon tak tahu la ayam dan daging yang saya makan tu sejauh mana kesihatannya. Tapi takde choice kan. Takkan saya nak bela ayam dan lembu pulak. Belum lagi cakap pasal ikan keli yang diberi makan tahapa2 untuk jadi gemuk. Aaa. Stress. 

Saya pernah ada kolam ikan keli. Well, bukan saya la tapi adik saya bela dulu. Kecil2 je ikan tu kalau bela sendiri. Makan pon x puas. Haha. Ayam pon nenek pernah bela belakang rumah. Nenek saya duduk dekat sini. Bukan di kampung (saya tak ada kampung). Tapi jenuh la dengan tahi ayam dan nenek selalu 'mengerjakan' ayam. Sayur pon biasa tanam. Bukan sayur sangat la, basic2 je macam cili, terung, cili padi, limau nipis, serai, tomato tu. Belum cerita pasal tanam pokok buah seperti mangga, cempedak, rambutan dan nangka. Bila tulis, dah rasa macam petani pulak :). Ramai2 orang yang kononnya pro-natural food pon tak pernah buat semua ni rasanya. Tapi gaya bercakap macam dia yang pi pancing ikan salmon tu. Hehe. 

Makanan dulu2 best. Kebanyakan pon yang tanam sendiri termasuk padi. Makcik urut saya time dalam pantang cerita, dulu2 dia susah. Tapi dia ada sawah. Kalau terasa nak makan nasi, dia akan tuai padi tu etc hingga jadi beras. Lepastu makan. Saya cakap, "perghh ciknab (nama dia), kalau saya memang tak makan nasik lah". Struggle sangat tu kan. Tapi kita sekarang senang, macam2 ada. Santan pon dah tak payah tunggu nak parut. Ada je dalam kotak. Semua instant lah.

Lepastu kalau pergi grocery, kalau anda perasanlah, yang organic tu mahal kan. Mesti ada sebab kenapa dia mahal. Orang yang mampu, boleh beli lah. Yang tak mampu, tanam sendiri lah. Wahaha. Belum lagi cerita pasal fast food dan lifestyle kita sekarang. Whereas, mostly memang contribute habis kepada deteriotasi kesihatan dan kekuatan imunisasi badan. 

Oleh yang demikian, saya pon ambil supplement untuk top up makanan2 dan processed food intake saya. Saya pon tengah cuba exercise sekarang ni. Dah lembik otot2. Dah tua kan :)). Orang yang selalu sakit2 lenguh2, biasanya diaorang pergi berurut. Tapi, kadang perkara2 tersebut boleh baik dengan exercise je. Betul, saya dah cuba. Benda2 yang saya cakap biasanya saya buat experiment dulu. Bukan kompang je lebih. Hehe.

Anda pon boleh cuba apa2 suggestion di atas. Samada menanam apa yang mampu (jimat pon jimat, fresh pon fresh), bela ayam ikan (ko mampu? hehe), seboleh mungkin makan semua spectrum makanan dengan kuantiti yang sesuai untuk menjadikannya seimbang dan top up dengan supplement. 

p/s: Mission saya nak bercucuk tanam lepas ni. Bukan tanam sayur, tapi tanam pokok buah. Ambitious nak tanam pokok durian belakang rumah. Hahaha. Tengoklah, ke angan2 mat jenin. 

Ni, 'tanaman' saya sekarang yang tengah membesar. Harap dapat tuaian di akhirat :)




Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com