Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 10, 2013

Multilevel Marketing?

Assalamualaikum


Saya ada baca provoking status pasal MLM atau multilevel marketing. Majority semua pun mengutuk dan tak suka dengan MLM ni. Pendapat peribadi saya, orang bukan tak suka konsep MLM tu. Tapi tak suka dengan cara peniaga MLM yang sentiasa pushy dan tag orang di facebook. Siapa yang suka kan kalau selalu di tag. Saya sendiri pon dah 2 3 org saya sound supaya jangan tag saya di facebook untuk status promosi. Dan saya sendiri jarang sangat2 tag orang lain di status promosi saya di facebook kecuali husband dan parents. Itu pun jarang sekali.

Jadi saya rasa tak fair lah kalau kita terus2 nak blame MLM walhal etika peniaga MLM dan cara2 MLM itu yang kita menyampah. Saya tahu ada blog dedikated khas untuk kutuk MLM. aididmuaddib.blogspot ? pernah baca kan. Nasib baik takde shaklee dalam tu. Saya setuju dengan most statement dia. Walaupun saya tak ada masa nak kaji sedetail beliau. Kebanyakan orang join MLM sebab nak cepat kaya. Dan orang2 yang senang terpedaya ini di-lure oleh upline2 yang menjanjikan harapan dan kehidupan mewah jika join MLM. Sama seperti indon2 yang digula2kan oleh agen yang menjanjikan macam2, walhal hanya untuk dijadikan pembantu rumah atau lebih teruk, ditipu dan dilacur. Nauzubillah. Konsep penipuan dan pemerdayaan yang berkesan dan licik kerana memainkan perasaan dan harapan. Kes2 sebegini yang membuatkan orang2 tidak suka pada MLM malah menjadi benci. APatah lagi jika modal yang diperlukan untuk memulakan business MLM adalah begitu tinggi macam downpayment kereta pon ada. JIka rugi, semua modal akan burn!. Kan ini menambah benci dan maki hamun sumpah seranah orang? Akhirnya, orang membenci MLM sekaligus produknya. 

Hakikatnya, MLM adalah satu konsep yang practical dan adil. Jika anda seorang peniaga, untuk sustainability dan long term, lambat laun pasti anda akan meng-MLM kan barang niaga anda. Agen2 dropship etc adalah langkah permulaan kepada konsep MLM. Certain % akan diberi pada agen. Agen mungkin pasang kaki di tempat lain dan memberikan certain % kepada kaki2 beliau. Kan itu dah seakan konsep MLM? MLM adalah satu structure perniagaan. Bukan sistem piramid ya. OK itu pendapat saya berdasarkan pemahaman saya. Mungkin salah, mungkin betul. Anda tak payah lah ambil at surface value dan quote saya. Buat research sendiri dan luaskan pembacaan. Jadi pemahaman anda akan kukuh dan berdasarkan fakta. 

Anyway, saya bukan nak menangkan MLM. Cuma saya rasa kita perlu juga melihat secara holistik dan bukan dari satu sudut pandang. JIka anda berminat untuk memulakan business MLM, tengok dulu barangan apa yang hendak dijual. Kemudian skim MLM tersebut. Kemudian modal, upline etc. Semua tu penting. Kadang2 ada MLM yang bagus, barang bagus. Tapi upline yang teruk. Lepas tu business tak begitu memberangsangkan dan anda lantas menyalahkan upline. In one aspect, betul upline teruk akan menghasilkan business yang agak teruk. Namun, deep down, semua pun terletak pada diri sendiri. Jika anda mahu bangkit semula tanpa perlu bergantung pada upline, boleh kan? Untuk bangkit semula lah perlunya barangan yang bagus dan berkualiti. Jadi pemilihan barang niaga itu penting

By the way, saya tengok ramai yang kutuk certain MLM kemudian digeneralize kan kepada semua MLM, tapi secara tak langsung ter-join MLM lain. Tupperware pon MLM juga ya.

Ok dah panjang lebar secara tak pasal2 dah pagi ni. Shaklee pon MLM juga. Modal hanyalah rm 75. Siapa buat kerja, dia dapat. Siapa tak buat kerja, dia tak dapat. Senang. Dan sumpah saya tak pernah menjanjikan bulan dan bintang kepada siapa pun yang register bawah saya. Terus terang saya cakap, business ini bukan mudah. Perlu kerja keras, hati yang kuat dan sabar. Kalau rasa nak cepat kaya, pergi buat benda lain. Ini bukan skim cepat kaya. Kalau duduk goyang kaki, sekian wassalam. There is just no free lunch in this world man. Get your ass up to work. Cruel kan? but thats how life works. That is just life~

p/s: kalau modal business shaklee yang hanya rm75 ini pon saya kata anda harus kerja keras, bayangkan business yang modal beratus2 dan beribu2, malahan berpuluh ribu. Berapa keras anda perlu berkerja? Tolong berfikir dengan logic. Jangan sendiri jadi bodoh, terpengaruh dan kemudian menyalah kan orang lain. That is soo not cool. Sekian terima kasih



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com