Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 17, 2013

Vietnam - Ho Chi Minh

]Assalamualaikum

Travelog kali ni kita pergi ke Vietnam pula. Tiket ke Vietnam ni saya dah beli haritu. Guna bonus Shaklee lah. Pau sikit. hihi. Entry pau duit Shaklee ada di sini.
Saya pergi ke Ho Chi Minh. Niat asal untuk shopping kain nak buat baju kurung dan kemeja. Orang kata murah.
Apparently, bila sampai airport Vietnam, kasar betul imegresen. Mungkin saya dah biasa dengan sopan santun dan budi bahasa Indonesia kot. Sebelum pergi, kawan2 pesan naik taxi Vinasun. Sampai di airport, kami Tanya nak taxi vinasun. Sekali ada driver mengaku vinasun. Tapi bila pergi ke taxi dia tak ada tulis vinasun. Dengan English yang tak berapa betul, communication susah sangat. Hujan renyai2, saya dah malas nak argue. Naik aja taxi itu. Kena charge 600 Dong ok! Walhal kalau naik vinasun, maximum 180 Dong je. Memang kena tipu. it is a bad start. Geram sangat.
Sampai hotel Tan Hai Long. Tengok lokasi dari map Nampak macam dekat sangat dengan ben thanh market, which is tujuan asal. Bila sampai, memang dekat sangat! sebelah menyebelah. Alhamdulillah.


Kami jalan dekat2 sahaja. Fobia naik taxi. Ingat nak pergi museum, tapi bukan walking distance. Dengan budak2 lagi. Jadi kita ala2 backpack je. Pergi taka plaza, Saigon centre dan paling kerap, pegi pasar ben thanh :D.
Masalahnya pasar tu banyakk sangat penjual yang menjual barang yang sama. Diaorang very aggressive. nak Tanya harga pon takut sebab bila Tanya, dia bagitahu harga, then bila kita macam acknowledge dan nak beredar dia akan tarik tangan dan Tanya berapa harga kita nak. Iskk. Memang tak boleh survey lah. Jenuh betul. Itu menambah serabut sebab nak fikir lagi. Nak survey2 kan. Last2, beli je kat kedai mana2 yang dapat 'tangkap' kitaorang.
Lagi satu bad news untuk menjadi pengajaran orang lain ialah kat situ guna 3 currency : USD, MYR dan VND. Jadi kalau tak tukar duit pon ok. Guna RM je senang kan. Kitaorang kena tipu banyak. 
Kes 1: dia quote dalam USD. Bila convert mentally, Nampak ok. Tapi bila mention kita akan bayar dalam VND, dia quote harga VND yang mahal. Dalam kelamkabut macamtu, tertipu la juga.
Kes 2: Dia tukar2 currency. Dia quote price dalam VND USD dan RM. Tapi bila nak bayar, dia convert semua dalam VND dan harga jadi mengarut2. Vice versa. Kalau tak hati2, memang kena. Tapi time tu kitaorang dah experience sikit. So tenang aja kira dan caught dia nipu. Bila ugut nak pegi kedai lain baru betul2 bagi price. Aisey 
Kain di pasar ben thanh murah sangat! tak boleh lah disclose price. Ramai orang buat business online jual kain dari Vietnam. Say abeli 3 Vietnam silk sebab suka sangat dan kawan2 yang jual, jual mahal sangat. *amekkauakupegibelisendiri*. Beli kain baju untuk buat baju kemeja. Tempah yang 24-hours tu. Yela tu tujuan asal kan. Overall, ok la. Murah. :)

Lepas tu pegi trip hotel to sungai Mekong. Best. Ala2 tourist. Memang tourist kan. Tak ada melayu semua mat salleh. Ada dari Australian, Dutch, German, Singaporean, Japan etc.
Gambar kedua tu di jetty nak naik boat pegi coconut island dan island apa entah lagi satu. Ada visit bee farm. Tapi sebenarnya satu pondok kecil je. Then dia tuang madu dan honey pollen. Tambah dengan tea dan asam limau. Sedap la juga. Ada juga snake venom. Tapi tak sanggup nak minum. Euw
Lepas itu ada slot makan local fruit. Makan la rambutan, betik, mata kucing, limau bali etc. Ingatkan dia nak bagi try durian. Rupanya display je. Isk. Ada persembahan local situ. Macam orang2 perempuan nyanyi dalam bahasa Vietnam. Masalahnya, tak sedap sangat. Tapi lepas menyanyi, dia round kutip duit. Since kitaorang duduk sekeluarga satu meja tak share dengan orang lain, obvious la bagi sikit duit. Haha.


Sampai di coconut island, ada tunjuk cara2 buat gula kelapa. Lepas tu dia jual. Tapi saya tak gemar sangat. Jadi tak beli dan tak ambil gambar pon. Yang saya ambil gambar ialah dibawah ni.



Hah, snake venom. Siap campur scorpion lagi. aaaa! katanya itu ubat vital untuk hidup lama, sehat cantik segalamacam. Packing untuk dijual k. Ular tedung tu, dia ambil yang umur beberapa bulan. Kan Nampak kecil kan? *I rela bayar vivix yang mahal tu dari ambil ni* pitam*
Lepas tu naik sampan. Dalam sungai tu dalam 3metre. Yang baju putih tu pendayung. Sungai tu sempit. Bila berselisih dengan boat lain mcm sikit sangat space antara dua boat. Traffic juga agak sibuk disitu ^-^!. Kesian juga tengok driver sampan perempuan. Kuat betul tenaga dan semangat diaorang. Yelah orang susah kan. Kalini pendayung sampan kitaorang hebat. Laju dan cekap. Siap potong sampan team depan. Jadi kitaorang bagi tip lebih.  Lepas tu naik boat berenjin dan naik kereta kuda. Memang pendalaman habis.


Ha, ni tempat terakhir kami. Dah tak ingat nama apa. Oleh sebab kami je minta muslim meal, maka dia suruh duduk meja asing. Lantas order ikan. Mahal. Tapi, tak menyesal langsung sebab sedap sangat walaupun masih ada sisik!. Tengok presentation ikan tu. Tu sisik dia tu yang bergulung2. Datang sekali dengan ikan tu ialah makanan yang saya tak tahu nama apa. Org tu yang buat kan. Basically, dalam gulungan tu ada laksa, daun apa tak tahu, then dia ambil isi ikan tu tadi dan kuah hitam atas meja tu. Dan..tadaaa..ya ampun sedap sangat. Tulis ni terasa2 lagi. Memang rasa nasib baik order. Mula2 tu berkira juga sebab mahal :).

Dah habis makan, kenyang, solat segala, kita berehat2 di hammock. Ada banyak di sini dan banyak dijual. Sarah siap suruh beli satu untuk bawa balik. Malangnya tak ada tempat la nak gantung.
Gambar last sekali tu mee po yang orang kata glamor sangat. Saya rasa biasa je la. Mungkin sebab saya bukan daging-type dan sup-type. Tapi Alhamdulillah dapat rasa juga.

Travel di tempat orang, makanan tak tahu kebersihan macamana, travel masuk hutan etc, saya bawa nutriferon lah bekalan saya. ALhamudlillah anak2 semua ok dan robust. Mesti latih jadi kuat fizikal dan mental.
Sekian sahaja. Nanti update travelog Negara lain pulak k. :)



Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com