Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 9, 2013

Indonesia -Taman Mini Indonesia Indah

Assalamualaikum

Kita jalan2 ke Taman Mini Indonesia ya.

Kami ke taman mini di indonesia. Taman mini  Indonesia indah (atau juga terkenal dengan nama tamini atau TMII) ini juga merupakan salah satu tourist attraction. Baru tergerak hati nak pergi. Namanya taman mini, anda jangan salah sangka macam saya. Saya ingatkan betul2 mini lah, maksudnya rumah2 dalam size miniature, rupanya bukanlah mini pon. Semua original size siap boleh masuk dalam rumah. Hu hu.

Fee untuk masuk murah ja. Anda dinasihatkan mengambil tourist van atau alza untuk berjalan2 didalam. Sebab dalam tu besar sangat. Dalam taman mini ada replika semua rumah2 traditional / kaum di indonesia. Memang banyak. Dalam rumah2 tersebut (dipanggil anjungan), ada patung2 yang dipakaikan pakian tradisional. Banyak ok. Antara lain yang kami lawati ialah anjungan Riau, Anjungan kepulauan riau, Anjungan Sumatera utara, barat dan selatan. Lepas tu dah penat. :))

Memang tak dapat lah nak habis dalam masa satu hari. Sebab ada banyak anjungan. Then ada museum, then ada macam taman2. Taman binatang lah, taman listrik, oil & gas dan macam2 lagi. Disini juga orang sewa untuk buat kenduri kahwin.

Tengoklah, size rumah sebenar. Gambar kedua, hasan dalam salah satu rumah. Lepas beberapa rumah (anjungan) kami lewati, semua dah penat dan pergi lunch. 


Apa yang kami buat selepastu ialah naik cable car (dipanggil kereta gantung). He he he. Taktik nak melawat satu taman dengan mudah.


Ini pemandangan dari atas. Dapat cover semua rumah lah kira. He he

Tengok, anjungan lampung, atas tu macam disneyland. Tempat budak2 main kalau tak silap. Bawah skali nampak tak anjungan bali? hehe

Bali ni memang seram2 sikit. Taman bunga pon macam tu design dia. Refer sini untuk entry taman bunga. 

Ada park untuk kanak2 main, ada keretapi mini, tempat ibadah i.e. masjid dan gereja. Siap ada beberapa gereja lagi. Woh

Lepas tu kami singgah masjid, lalu lagi anjungan dan kemudian pulang :)

BTW, di anjungan2 tersebut, akan ada orang2 pakai costume rabbit merah kuning (seperti gambar). Diaorang akan minta untuk bergambar. Hakikatnya, lepas bergambar, diaorang akan minta duit. Macam bayaran untuk bergambar dengan diaorang. And its a profession juga la untuk buat kerja tu. Panas2 duduk dalam costume. Tapi yang tak best bila mereka sort of 'paksa' kita untuk bergambar. Tarik2 tangan minta bergambar kerana lepas tu nak minta duit. Geram juga pon ada sebab dah terkena kan. Heh


Indonesia adalah sangat full of cultures dan kaum. Memang kalah teruk Malaysia. Visit sehari di taman mini dah cukup dah. Saya bukan jenis minat cultural dan kebudayaan sangat. Jadi, walaupun tak cover habis satu taman, cukup dah lah kot pergi sekali. :)


Kekman @ goldenlounge
019 2661775