Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 7, 2013

Jepun - Tokyo

Assalamualaikum

Travelog kalini ialah Jepun.

Saya ke jepun tahun lepas Alhamdulillah. Untuk pengetahuan anda, untuk ke jepun, anda memerlukan visa. Tapi lately saya dengar sudah tidak perlu. Jika mahu ke jepun, check dahulu ya!

Saya dah tak ingat berapa rm visa ni. Tapi yang saya ingat ialah requirement yang begitu detail yang diperlukan. Wah, habis setengah hari juga saya dan suami prepare document dan mengikut aturan. Maklumlah, 5 set of documents. Gambar pon ambil baru sebab visa jepun ni, background putih. Preparation yang hebat adalah kerana jepun begitu teliti dan detail. Salah sikit, akan direject. True enough, ketika saya di embassy, memang ada yang datang untuk kali ke2 kerana minor document yang tidak lengkap dan ada juga yang direjek depan2 dan harus beratur semula. Wah. Tapi Alhamdulillah, document kami lepas semua dan tidak banyak hassle.

Jepun ni tak ada English. Kami ke Jepun di Tokyo. Haneda airport. Kami duduk di hotel Shinjuku Prince Hotel. Tapi ada 2 sebenarnya. Satu mahal satu murah. Kami duduk di yang murah. Accesible to train station Shinjuku lah. Hotel kecil sangat! Memang space efficient. Tapi dengan 3 orang budak, jadi sempitlah sikit. Kalau solat, memang tak muat untuk jamaah 2 orang. Kena sorang2. Muat2 untuk solat dan itu pun orang lain basically duduk atas katil. Hehe sabar je lah. Tapi tak tahu juga kalau hotel yang kami booking tu yang sempit. Maklumla, hotel biasa2 saja :)

Untuk travel by train, lagi mudah kalau ada suica card. Malangnya, kami tau lambat. Dah nak balik baru beli. Jadi setiap kali perjalanan, beli 1 way tiket. Esok tu pergi ke Shibuya crossing yang glamour tu. Ni gambar dari shibuya station. Memang ramai dan dari semua arah orang cross jalan.
p/s: Isetan dia QUEEN's Isetan. :))


Di antara shibuya station dan shibuya crossing statue anjing. Nama anjing tu Hachiko. Historynya, anjing tu tunggu tuan dia balik setiap hari bertahun2 sampai dia atau tuan dia yang meninggal dulu ke tak silap. Saya pon tak ingat. Dengan itu, tugu anjing tu di bina sebagai kenangan loyalty anjing. Hu Hu. Ada satu muvi pasal anjing macam ni kan? Inspired by cerita ni agaknya.

Masalah yang tidak di foresee ialah cuaca. Kami pergi ketika musim panas baru bermula. Jadi, memang panas lah. Dan anak2 saya tidak boleh sangat dengan cuaca panas. Masalah kedua ialah kami tidak membawa stroller. Hanya baby carrier untuk hasan. Combination panas, tidak bawa stroller serta travelling via public transport, maka macam2 lah perangai anak2 yang keluar. Ditambah lagi dengan no-English surrounding dan makanan2 jepun, wah memang combo. Jadi lama lah duduk di shibuya. Yang pelik, dalam bangunan i.e. stesten2 train, memang agak panas. Seperti aircond perlahan dipasang. Jadi, ketika tengahari, masuk dalam bangunan pon tak membantu sangat. Might as well duduk diluar dan ambil angin panas T_T.


Di jepun inilah kali pertama saya makan takoyaki. Sedih tak? :). Makan sushi banyakk. Sebab dah tak tau nak makan apa. Tak pon Maggie.

What I find interesting ialah orang2 jepun ni jalan laju2. Pening tengok dan rasa diri sendiri lembab. Kalau di station, memang kita jadi blockage dan diaorang akan potong. Lagi satu, saya rasa self esteem diaorang tinggi dan they are also self centered. Macam dalam LRT kan, kalau ada tempat duduk, mereka akan rebut untuk duduk. Tak kesah orang lain berdekatan i.e. org tua atau ibu dengan bayi. Memang tak ada rasa macam kena bagi seat. Pelik juga sebab saya tak biasa dengan keadaan begitu. First time pegi Asian country, rasa beza sangat. Hehe

Tengok gambar ni rasa macam dalam cerita ultraman kan? Hehe


Di Asakusa, kami makan di satu restaurant. Baca bismillah, halall....Tengok keadaan dalam tu, duduk bersila very Japanese. Dan yang interesting, ada rak kasut! Rak kasut tu boleh kunci dan kita ambil kunci dia bawa ke meja makan. Jadi kasut tak hilang. Siap ada rak sangkut coat.


Yang best tentang Jepun ialah they consider everything. EVERYTHING. Toilet superb. Tak payah cerita lah. Toilet kami di hotel- gambar dibawah, lebarnya tepat2 sedepa tangan saya dan width, separuh. Tapi, complete dengan semua. You name it, shower ada, bathtub ada, cermin besar, almari isi barang2 ada, toilet bowl ada sink ada, tongsampah ada, sabun ada shampoo etc. Somehow, the toilet is engineered to meet such a small space but complete with everything you can think of in a toilet. Shower pon power air dia. Control suhu air yang simple dan tepat. Tak susah nak adjust suhu air premium. Ventilation memang bagus. Tak ada bau ok! Ahmad dan hasan berak banyak kali pon, toilet masih confy untuk digunapakai oleh orang lain. Very impressive!


Tengok toilet bowl dia. Belah kiri gambar tu tempat tekan2. Kalau buang air besar tekan apa, kalau buang air kecil tekan apa. Maklumla, angle lain untuk air. Lepas tu tengok pump toilet, bersatu dengan dinding. Space efficient. Memang hebat lah


Ni pula hair shampoo and hair rinse. I think conditioner tu hair rinse tu. Dia lekatkan bekas tu di dinding. Kalau tengok gambar atas tu, ada face soap, dan body soap. Haha sangat jimat! Tak tahu lah kot ini hotel murah kan semua nak jimat. But I like the way they manage to cut cost untuk perkara2 ni.


Lagi tentang toilet. Toilet di airport, ada tempat meletak bayi. Wah! tak pernah saya jumpa toilet Negara lain atau dimana2 yang ada tempat "baby-holder". Bermakna, during perhaps design phase, jepun2 ni consider ibu membawa bayi kecil ketika membuang air. Masya Allah. Saya memang impressed. Betul lah, jauh berjalan luas pemandangan.

Ni toilet kat airport. Yang macam control panel tu memang control panel lah. Untuk jenis2 flush.


Aha, inilah 'baby holder' melekat di dinding.


Ok perkara terakhir yang impressive ialah stroller yang disediakan di airport. Hebat. Gaya simpan dan susun stroller macam trolley. Maneuver senang sangat! Memang layak la combi berasal dari jepun sebab stroller free kegunaan awam pon dah hebat dan ringan.

Trolley stroller side ways

Boleh adjust, hasan pon selesa. Hasan baru 3-4 bulan time ni.


Ringan. Sarah asyik nak tolak je.


Memang membantu sangat2 stroller tu di airport. Maklumla, kami tak bawa stroller kan? Alhamdulillah. Semua pulang dengan selamat dan gembira. Berakhir first trip ke negara asia :). Kelakar pula rasanya cerita pasal toilet yang banyak. Tak sempat pergi tengok tempat2 jauh sangat. Menara tokyo pon tengok dari jauh. Travel dengan budak2, tak dapat nak robust sangat. 

Insya allah berjumpa lagi di travelog lain. Semoga anda juga dikurniakan rezeki untuk melawat negara2 orang dan dikurniakan kemudahan untuk mengalami pengalaman yang sama malah lebih!



Wassalam,
Kekman
0192661775