Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 1, 2013

Kematian

Assalamualaikum

Seram kan tengok tajuk? Biasanya saya dah tulis baru dapat tajuk. Ni saya tulis tajuk dulu baru isinya. Dah pasti nak tulis apa dan tentang sesuati yang pasti juga.

Alhamdulillah bulan october baru sahaja berlalu. Bulan yang banyak memori dan macam2. Suka dan duka.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran pada Allah yang mentakdirkan closing bulan october sangat memberansangkan. Disamping dapat lagi melahirkan leader 4-fig income, guv juga sangat2 memberansangkan. Pasti anda tidak begitu faham maksud2 guv atau apa lagi. Tak apa, cukup dengan memahami perasaan syukur dan gembira saya.

Alhamdulillah kerana bulan october adalah bulan kelahiran saya dan saya masih dapat bernafas dan sihat hingga sekarang. Semoga diberkati.

Alhamdulillah saya dapat 2 hadiah. Satu hadiah birthday. Satu hadiah tiada reason. Dan hadiah performance anak2 shaklee yang memberansangkan sekali dibulan yang sama. 

Habis tentang kisah suka, mari ikuti kisah duka

Dalam bulan october, ayah kepada rakan baik saya telah dimasukkan kehospital kerana acute stroke. Sebelumnya telah sekali warded.

Dalam bulan october, seorang office mate telah meninggal dunia kerana accident motor diputrajaya ketika dalam perjalanan ke pejabat. Hari jumaat pagi.

Minggu depannya, pada hari kamis ayah mentua saya telah dimasukkan ke ccu kerana heart attack. Pada hari jumaat pula suami saya telah high blood pressure yang tinggi sehingga 2x masuk ubat pon tidak turun2 juga. 

Minggu lepas, ibu kepada rakan baik saya telah dimasukkan ke hospital kerana athma attack. 

Hari ini, hari jumaat, lagi sorang officemate telah meninggal dunia kerana komplikasi jantung. 

Allah, sedih sangat rasa. Tapi, saya percaya, semua itu berlaku sebagai ujian untuk menguji kita dan meningkatkan kesabaran dan ketaqwaan kepada Allah.

Hari ini, bermula november dengan promo vivix shaklee. Macam kebetulan atau Allah nak tolong saya. Sebab semalam baru cakap dengan suami, "nanti bulan depan saya nak belanja mama baba vivix lah. Insya allah." Tau2 vivix promotion.

Alhamdulillah atas segala ujian dan rezeki. Semoga keduanya meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Semoga kita mendapat pengajaran ari segala kematian dan ujian orang lain. Memang kematian adalah peringatan terbaik. Mungkin Allah nak ingatkan saya agar tidak lalai.

Sekian, 

Kekman
0192661775