Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 17, 2013

Maldives - Male

Assalamualaikum

Bersambung lagi dalam episod trip ke Maldives. Last entry pasal maldives di sini Kali ni kita pergi Male. Male ni capital city of Maldives. Dah cerita kan. Jadi, dari Thulusdhoo kami naik ferry yang tepat pada masanya tu dan gerak ke Male. Sampai di jetty Male, nak cari taxi. Tak macam taxi di indonesia, kita boleh nampak taxi bluebird disana sini. Established. Di Male, taxi nya terdiri dari kereta2 biasa kemudian dilabel taxi. Sorry lah tak sempat ambil gambar sebab berebut taxi. Ha ha. Bandar Male pon kecil je. Boleh jalan from end to end. Tapi agak2 lah kan dengan panas dan bag besar dan hasan. Jadi berdirilah kami dalam 10-15 minit menunggu taxi di jetty yang panas itu. 


Kami duduk di House Clover. Ikut review trip advisor, bagus. Tengok 87%. Tapi memang bagus. Dapat 2 queen bed, toiletries ada dan lengkap, aircond dan kipas. Di luar ada ruang tamu, iron dan ironboard, lengkap dengan cerek airpanas, free air mineral dan nescafe dan teh.

Lagi sekali saya repeat, bandar Male ni kecil. Dan tak begitu modern. Dan dan dan.. Kebanyakan jalan raya di bandar ni is 1 way. Sebab sempit sangat. Penduduk agak ramai. Yang kelakar, kalau satu kereta berhenti, habis orang belakang belakang kena berhenti. Sebab tak boleh nak potong pon. Tak muat. Well, itulah yang berlaku pada taxi kami. Tengah2 jalan, tiba2 taxi berhenti. Saya pelik sebab tak nampak macam hotel pon kat situ. Tak ada balcony atau entrance masuk macam kita biasa tengok kat hotel2 tu kan. Apetahlagi tempat drop off. Nampak macam jalan belakang rumah orang je. Rupanya adalah..seperti di bawah. Cuba teka mana hotel kami?
Kan saya dah kata, macam jalan belakang rumah teres kan? dan perasan tak, size muat2 lalu 1 kereta. Well, itulah main road nya. Dan bila taxi berhenti untuk turunkan kami, semua kereta motor pon turut berhenti tunggu kami unload barang. *owos*. Jadi tontonan ramai lah kejap. Berpeluh2 la i beria2 nak angkat hasan dan handbag dengan penuh gaya. Nasib baik 1 je bag besar. Jadi senang lah husband angkat. Kalau tak ..T_T. Pemandu taxi tak keluar pon tolong. Maklumlah, dia kena beredar cepat. Dah tahu belum mana hotel? ni dia..tadaa...yang bulat merah. hehe. Itulah main door hotel ye. 


Ni pula more or less gambar2 bandar male. 
Ini keadaan bandar. Kebanyakan kedai2 mereka macam kedai rojak. 1 kedai semua barang jual. Kasut baju alat letrik blabla. Ada yang specific. Tapi tak banyak. Dan baju2 semua macam rojak juga. Heh. Tengok gambar kedai baju ADG Textile tu, dia pampang baju2 semua kat tingkap/pintu kedai. Hehe. Gambar bottom right is view dari kedai makan. Percaya atau tidak, itu main road k. Currency disini boleh guna rufiyaa atau USD. Biasa guna USD terus sebab pening nak convert ke Rufiyaa. Mula2 confuse, macam rupiah je bunyi :)

Top left, bangunana nama "Scoop" tu kan. Itu adalah kedai ice cream. Top right, salah satu sekolah nama iskandar school. Opposite dia ada lg satu sekolah. Sekolah arab ke tak silap. Bottom left, kedai ala2 kopitiam. Dalam kedai dia ada pokok kelapa besar tu. Yang paling best, bottom right. Itu ialah makanan traditional maldivan. Sedap. Actually tu kami pegi makan di kedai. Nampak kasar dan keras. Tak sedap sangat. Tapi time di pulau, hotel tu serve yang ori punya. Dia uli sendiri tepung untuk buatkan kami breakfast. Basically, tuna kering + kelapa parut + cili. Then makan dengan roti tu. Roti tu ala2 roti paratha/ roti pita ke mcm tu la. Sedap!

Ni antara attraction bandar maldives. National museum. Tak masuk pon sebab tak buka lagi. Then dah sibuk ke tempat lain. Sebelah tu Grand Friday mosque, Masjid al sultan Mohammed Thakurufaanu-al-Azzam. Biggest mosque in Maldives. Ini first masjid dan di buat pada tahun 1656. *wah feeling historic sungguh*. Pastu royal palace. Lepas tu sultans park. Pastu tu gambar dengan anak2 maldivan yang excited nak ambil gambar dengan saya. Eh ke terbalik. ha ha. 

Ni list of matyr diroyal palace. Hebat dia tulis Matyr dan bukan pejuang negara.


Maldives ni the only business dia is tourism. Jadi, tak payah nak berharap dapat souvenir ori from maldives ke apa. Semua mahal. Makan mahal. Bayangkanlah, ayam pon dia import. Souvenir adalah terdiri daripada sea shells, magnet, tshirt and even pensel kayu ukir tu yang ditulis dengan "maldives" -_-!. Senang cerita, macam di langkawi je lah sourvenir. Heh

Di airport saya jumpa satu keluarga ni. Mereka stay di Male, tapi hari2 pergi ke pulau2. Daily trip la kira. Harga ok juga. So saya syak, dia beraktiviti di pulau2 berdekatan. Percutian macam tu perlu lama sebab sehari dalam 1-2 aktiviti. Jauh kan nak naik boat pergi dan balik. Penat woh. Tapi mungkin anda boleh survey option tu. Hai now everyone can fly

Okie sekian sahaja percutian ke Maldives kali ini. Moga anda juga dapat pergi.

Ni hah panas sangat time balik. Tak boleh buka mata nak ambil gambar woh sampai ketap2 bibir control muka. Nak background gambar kapalterbang maldives tu. :)


Nurul Iman. Shaklee Independant Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

No comments: