Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 15, 2014

Philips Actifry

Assalamualaikum

Harini saya nak share pasal Airfryer. Hehe. Kan husband saya tengah 'on diet' sekarang. Jadi, bila salah satu ahli keluarga diet, ia akan mengubah seluruh pola pemakanan dan cara kehidupan sekeluarga secara overall. Ini termasuklah mengurangkan malah hampir ban makanan bergoreng walaupun ia adalah yang termudah dan paling cepat. Ini amatlah merisaukan terutama bagi saya yang tak la hebat sangat memasak ni. Nak masak apa wehh kalau tak goreng? eh gittew:)

Memang sebelum ni saya tahu pasal keburukan makanan bergoreng. Masalah bila budak2 pon suka makanan goreng / yang perlukan penggorengan i.e. nuggets, ayam goreng, telur goreng, burger etc.

Dah tak ingat macamana saya encounter airfryer ni, tapi tiba2 jadi macam urgent pula kena beli benda tu :)). Untuk pengetahuan, air fryer ialah sejenis alat untuk menggoreng menggunakan udara instead of minyak. Beberapa minggu juga saya study benda tu. Lagi2 bila ada 2 jenis yang selalu menjadi comparison iaitu tefal actifry dan philips airfryer. Saya pon confuse sungguh nak beli yang mana. Lepas baca banyak2 review, ini yang saya dapati:

Tefal Actifry: 
Besar (bagus)
Boleh goncang2 makanan sendiri (bagus)
Tapi, ia hanya ada 1 temperature setting. Jadi untuk masak, kita kena pandai main dengan masa kalau tak, boleh hangus (kena tunggu yang tak kenan ni)
Lagi satu saya banyak baca customer complain pasal parts2 dia yang senang patah etc (tak boleh la sebab dia mahal). 
Untuk harga tefal actifry 1.5kg dalam rm900 (dari Dubai), rm 995 (dari online shopping UK) dan rm890 (dari UK christmas sale pesan dari kawan). Setahu saya di malaysia belum ada. Di singapore ada harga dalam seribu lebih kalau tak silap.

Philips Airfryer: 
Kecil berbanding tefal (untuk family besar mungkin ada masalah)
Tidak boleh goncang makanan. Jadi kena buka dan goncang sendiri (ok acceptable sebab boleh adjust). Tapi ada temperature setting dan timing. So boleh tinggal (perfect). 
Complaint pasal parts pon minimal dan rata2 orang bagi review mudah dicuci (perfect).
Harga Philips Actifry pula di senheng rm 1199 (atau rm1299 saya tak ingat), di daiso ada orang cakap rm999 dan rm450 (dari UK chrismas sale pesan dari kawan) <--wah terus decide nak beli sebab half price!

Untuk seorang yang tidak mempunyai bibik dan busy, inilah ciri2 yang di cari: 
 - masak secara sihat
 - mudah dicuci dan parts yang sedikit 
 - boleh tinggal untuk masak sendiri kalau boleh nak suruh hidang dan kemas sendiri
 - murah berbanding pihak lawan 

Ha ha ha. Maka philips airfryer menang. Jengjeng, maka inilah dia:

Ini waktu sampai di rumah kawan saya di UK. Belum sampai malaysia lagi waktu ni. Kawan saya ambil gambar, maklumla dia pon faham saya dah tak sabar2. Dapat tengok gambar pon jadi lah. -__-! Sebenarnya saya suka warna putih. Tapi, putih akan lagi mahal haih marketing sangat -__-. Jadi tak apalah sakit mata sikit. Not bad la hitam pon. Kotor tak nampak (pujuk hati). 

Yang best, punyala bersemangat nak beli, tau2 baru je berkesempatan guna minggu lepas. Selama ni dok usap2 je periuk tu. Nampak cantik terletak di dapur :").

Jadi pagi2 bangun dah berkobar2 nak menggoreng. Makanan pertama yang bertuah yang digoreng menggunakan airfryer ini adalah ..keropok lekorr

Rasa sama macam goreng biasa. Siap ada yang nak terhangus lagi. Nampak tak? Ok jujurnya, ada la rasa plastik2 sikit. mungkin sebab periuk baru? Hahaha

Pastu tengahari mestila menu bergoreng. Dan yang paling basic sekali namun acapkali di gunapakai tentunya ayam gorengg. Jom tengok

Sebelum di masak dan selepas di masak sedia untuk di makan. Nyums. Cey sebab gambar cantik berani la saya nak taruk kat sini kan. Kahkah. Sempoi sangat sebab saya set 10 minit. Tinggal. Turun balik dan goncang. Set timer lagi 10 min. Kurangkan temp seperti instructed dalam manual. Tinggal. Siap. Hidang. Makan. Burp. Ahh cooking and goreng was never this easy *flips hair*

Ni sayur. Biasanya kami makan lettuce dan tomato aje. Tapi, maklumlah dah boleh goreng. Cuma saya tak pasti khasiat sayur yang dimasak menggunakan konsep goreng (samada dengan minyak atau udara -__-!) akan mengurangkan vitamin dan khasiat sayur. Jika anda ada info boleh lah share. 

Tadaaa full menu pada tengahari tersebut. Wah rasa sihat sangat. Tukang masak siap tambah2 nasi :"). 

Ini lah masalah saya sebenarnya. Saya alah pada masakan sendiri (tolong jangan muntah plis). Saya sedar diri saya masak idok le sedap macam chef wan. Tapi, saya spesis yang suka makan masakan sendiri whereas kebanyakan orang dah kenyang hanya dengan melihat orang lain makan hasil masakannya kan? Sobs. Jadi kalau lauk ikan goreng pon dan kalau sarah kata "mama masak tak sedap la kali ni" saya tak makan hati banyak sangat. Tapi saya akan makan nasi dan lauk tu sampai habis bertambah2. *Sadis*

Nota untuk suami: beli jom nasik esok. kahkah

Ok dari segi rasa, memang ok. Sedap. Boleh dimakan. Boleh di tambah. (kata tukang masak -__-). Adik saya tanya kalau nak buat ayam bagi garing boleh atau tidak. Jawapan: tak sure sebab tak try lagi. Hehe. Tapi sepanjang masak dan makan makanan di seperti dalam gambar diatas, rasanya enak sekali. Macam between grill dan goreng. Mungkin sebab saya tak pandai adjust dan goncang ayam tu lagi kot (wah alasan). Nanti kita try lagi dan share di sini. 


Dari segi pengemasan selepas masak, senang nak cuci. Ha ni keadaan selepas goreng semua tu. Angkat bawa keluar dan cuci. Sempoi. Purr-fect. Tak suka kan kalau goreng, lepastu minyak percik kat dinding dapur, kadang2 sampai lantai kalau tiba2 terdapat ketulan ais ke dalam ayam yang digoreng, blabla. Jenuh nak kemas lepas tu. Tapi, dengan actifry, tiada lagi masalah2 domestic yang membuang masa dan tenaga itu :") 

p/s: Orang lain lama dah ada benda ni. Saya baru je ada. Hehe



Nurul Iman. Shaklee Independant Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

3 comments:

Nur Misnan said...

saya pun belum ada lagi.. hhehe

nurul iman said...

Ahaha takpa2. Ni untuk yang tak pandai masak cm sy huhu

mama alya said...

Mmg sgt ssuai utk diet ni...kwn2 pn mmg tgh svey air fryer ni