Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 10, 2014

Buku Fiksyen Berisikan Fakta

Assalamualaikum

Kalau perasan, saya baru je tukar gambar buku yang sedang saya baca sekarang serentak dengan poster promosi bulan ni. Macam lama je kan baca buku Jodi Picoult yang sebelum ni. Anda jangan terpedaya sangat. Kalau buku cerita, biasanya lagi laju dari saya baca buku2 ilmiah. Uhuk. Neway, saya dah habis separuh dah sebenarnya buku David Baldacci yang saya sedang baca sekarang sebelum upload gambar currently reading disebelah kanan blog ni.

Satu benda yang anda kena faham tentang fiction book, biasanya jalan cerita itu memang fiksyen. Meaning, berkemungkinan besar direka untuk sedap baca. Tapi, fakta2 yang dipresent didalam buku tersebut biasanya fakta betul. Jadi, walaupun nampak macam "baca buku cerita je", sebenarnya, it is more than that. Ni nak justify apa ni? ahahah.

Anyway saya nak bagi tahu, my current book dan previously read book memang sangat relate to my reality. Lone Wolf, Jodi Picoult tu cerita banyak tentang keadaan orang koma, tindakan reflex, kedaan otak yang macamana yang menjadikan seseorang itu koma, yang boleh bangun balik etc; selain cerita pasal wolf of course ~___~.

Sangatlah relate kepada realiti saya dimana bapak mentua saya sekali lagi di masukkan ke hospital selama 4 hari. Bukanla sebab dia koma or anything T__T. Tapi macam, u know, my mind condition eceh.

Buku One Summer, David Baldacci ni pon cerita lebih kurang satu jenis. Ex-Army kena fatal disease. Dah siap2 nak mati dahla sekali wife dia yang meninggal dulu sebab accident ketika keluar nak membeli ubat husband dia. Keadaan husband dia ketika sakit tu very much related to cerita yang saya baca before this iaitu hospitalized, bed ridden etc.

Sangatlah relate kepada realiti saya dimana sepupu suami saya accident: motor rempuh kereta tempoh hari dan sekarang di ICU T__T. Dia diberikan sedative untuk 2 hari kerana bangun meronta2. Sangat relate dengan cerita Jodi Picoult tu dimana disitu ada bincang tentang otak, reflex separa sedar etc. 

Misteri betul kebetulan itu namun sangat membantu saya yang bukan doktor ni dalam at least tak buta sangat dalam memahami keadaan2 cemas macamtu.  Macam, at least i can relate something la kan. :)

Oklah tu ja nak share. Sebab dah setiap minggu pula ke hospital kan. 


P/S: Cuak pula nak pilih buku apa nak baca lepas ni. Hahaha khurafat sangat!



Nurul Iman. Shaklee Independent Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

No comments: