Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 11, 2014

Kek Minion

Assalamualaikum

Minggu lepas saya order kek untuk celebrate birthday budak2 ni untuk tahun lepas. Bukan apa, tahun lepas tak celebrate langsung birthday sorang pon. Waktu birthday kami sekeluarga tahun lepas, 1 family berada jauh dan memang tak cukup korum. 

Saya order kek fondant dari kawan saya. Saja lah nak bagi best sikit. Bukannya ada majlis ke apa. Untuk makan2 dan celebrate je. Sebenarnya bukan saya saja2 tak beli kek fondant sebelum2 ni. Tapi biasanya dalam fondant kek tu terdiri daripada sponge kek. Saya boleh terima la makan sponge kek dan dicounter oleh gula fondant yang manis tu. Tapi suami saya memang tak suka sponge kek. Jadi setiap kali bercita2 nak beli fondant kek memang terkubur macam tu je. Even kalau order di secret recipe pon dalam fondant kek tu is sponge kek. Sebab kalau guna cheese kek tak dapat nak tampung berat gula fondant tu. Eh banyak pula sembang pasal kek. Ha ha

Anyway, haritu kawan saya bake kan cake untuk birthday party anak perempuan beliau. Ni gambarnya.

Hebat kan? Tak tahu la macamana dia potong kek ni. Tapi memang impressive habis especially bagi saya yang memang buta bakery mahupun masak ni -__-

Lepas tu haritu pergi majlis aqiqah anak dia yang ketiga. Dia buat kek lagi untuk anak dia. Ni gambarnya saya ambil dari instagram beliau (sebab time saya sampai di majlis, kek dah tinggal separuh haha).

Tu bukan baju k. Tu ialah KEK

Macam best kan. Dan lagi macam best bila nampak caption bawah tu "OPEN FOR CAKE ORDER" Ewah terus saya "like" gambar tu. Bukan "like" sebab kek tapi sebab dibenarkan order :"). Macam tau2 je dia. 

Memang ramai lagi boleh buat macam ni. Lagi cantik pon ada. Tapi bezanya yang ni ialah, saya DAH MAKAN sendiri kek ni di majlis aqiqah haritu. Jadi dah rasa dulu la kiranya. Free tasting. Dan kek tu RASA SEDAP. Hehe. Inti dia ialah red velvet. Bukan sponge2 biasa. Husband saya pon makan, dan approved! Jadi saya pon taksabar2 la order. Saya nak order kek minion. Macam tu je cakap. Dia kata boleh buat. Nice.

Sampai hari kejadian, kawan saya COD (cash on delivery). Ini lah keknya. Tadaa..

Letak 3 3 nama sebab jimat celebrate 3 3 orang punya birthday kan ;).

Kek tu berat. Dekat 3kg kot rasanya campur pelapik kek lagi :"). Kawasan pelapik kek tu semua di cover oleh fondant yang warna merah putih tu. Kencing manis betul kalau makan habiskan semua. Bahaha.

"whoaaaaaa!" - Sarah. Sarah siap pakai baju kuning sempena kek minion -__-

Ok tapi sebab lepas tu nak keluar jalan, jadi sarah kena tukar baju pakai baju lain. Bukan baju kuning. Kalau tak, mama tak bagi potong kek. Gitu.

Potong dulu separuh badan minion dan masuk dalam bekas sebelum habis untuk makan sorang esok lusa bagi jiran2 :"). Ahmad kata "kesian minion tu mama. Nanti dia sakit". Kahkah.

Ni dia isi dalam kek. Nyumsss! Nampak macam cheese tu cair sikit sebab letak kat luar kejap. *tak muat peti ais nak masuk -___-*

Lepas tu kami pon makan dengan lahap excited. Lahap Excited sangat tak cukup tangan nak ambil gambar. Photographer pon berebut nak makan kan :"). Budak2 nak bahagian mata nak bahagian baju butang kaki tangan -__- Tangan tu tak boleh sebenarnya sebab purely fondant. Jadi berebut nak makan nama masing2 pulak -_-!

Kek tu besar, cantik dan sedap. Moist, krim banyak, fondant banyak. Design cantik. Harga berpatutan. Boleh COD depends on kawasan dan availability *ewah kempen*.

Malam tu, tengok2 kat instagram, rupanya saya first customer kawan saya ni. Terharu. Sobs :"). Tak sia2 saya buat entry ni. Ekeke

Hihi seronok mencipta nama di arena instagram orang lain. Ekekek

Hai, rupanya dia boleh buat inti choc moist juga rupanya. Tak apa. Saya suka redvelvet. Nyums. Ok lah. Nak pergi sambung makan kek. Omnomnom. 

Kalau anda nak order, boleh la contact direct dengan kawan saya ni. Bukan contact saya -___-. Design pon ikut suka nak design macamana nanti bagitau dia. Nak 3D ka figurine ka apa ka. Dia musti bole buat punya. Wahah pandai2 je :))
Instagram: sarahsufian1. 
Facebook: Sarah Sufian
Hp no: 0122181597.

Logo ferrari? pon bolehh


Nurul Iman. Shaklee Independent Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

1 comment:

Mimi Azirah said...

memg cantik n kreatif la kek die...cod je erk...pos leh ke..hehehe