Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 15, 2014

Madurodam - DenHaag Netherlands

Assalamualaikum

Sebenarnya saya dah lama nak share pasal Madurodam ni. Ini macam highlight juga ketika di Den Haag (The Hague) pada tahun lepas. Dulu waktu tahun 2011 ketika saya kerja di johor, saya bercita2 sangat nak pergi universal studio singapore. Yelah sebab dekat kan. Tapi terkubur hasrat sebab waktu itu ahmad kecil lagi dan dikhuatiri tidak dapat masuk ke banyak tempat permainan. Kalini terasa nak pergi legoland, tapi hasan pula mungkin tak sesuai -__-. Sekarang ni perasaan nak bercuti membuak2. Tapi since tak dapat bercuti, kita walk down the memory lane aje lah. Best jugak. Poket pon tak rabak. Perasaan pun terubat. :")

Madurodam ni adalah miniature city untuk hampir semua city di netherlands. Kalau nak lagi precise, nisbah ukuran bangunan dalam ni ialah 1:25. Maksudnya, 25x lagi kecil dari size sebenar. Excited!

Ni overview bila masuk.

Ni tiket dia. Mahal.

Bangunan2

 Macam ni lah size miniature2 bangunan di madurodam. Dia copy sebijik2 yang original tapi dengan skala yang kecil. Tapi, jangan under estimate. Peniruan terhadap miniature adalah hampir 100% dari segi semua perkara. Nanti kita tengok k.

Gergasi ni nak lompat masuk namun di halang oleh mak gergasi -_-

Belakang tu kan church yang paling tinggi di amsterdam haritu yang saya tulis pada entry Amsterdam. Ingat tak?

Funfair mini ni kan semua boleh function macam real. Masukkan duit nanti dia akan bergerak macam funfair sedang berlangsung. Mainan kuda, roller coaster, pusing2 merry go round (?), even lampu2 pon menyala sekali. Impressive sangat!

Kalau bangunan jadi kecil, ini kasut pula jadi besar. Boleh masuk sorang satu. Hehe

Dan ada wind mill besar.

Detail sangat, bendera serta orang2.

Detail dan seperti real

Ada air untuk boat2 bergerak

Mainan gergasi

 Belakang tu miniature stadium. Stadium tu akan bergegar dengan music dan orang2 yang menghadiri concert tu akan bergerak2 menari2 sampai music habis.

Besar ni je orang2 yang menari tu. SEMUA akan menari. Hebat

Stadium. Cool habis

Nampak tak railway bawah tu? Keretapi baru lalu tu yang sarah dan ahmad tengok ke bawah. Keretapi berjalan2 di situ.



Ada lah pula padang permainan di tengah2 ni. Dan ada restaurant. Tapi kami tak pergi restaurant tu. Makan di rumah aje lah -__-!

Bangunan ING :))

Kolam ni cantik sangat. Air betul tu!

Sekarang kita sudah sampai ke ladang tulip. Tulip tu akan menyala lampu berganti2 pada waktu malam. Jadi bila datang siang, tak nampak lah lampu menyala.

Haa ok ni salah satu train yang berjalan. Ada banyak jenis train. Train kuning ni saya naik dari amsterdam ke denhaag (kalau tak silap). Ada lagi warna biru dan 1 tingkat. Ala, macam kita ada STAR LRT dan Putra LRT la. Komuter lagi warna pink. ERL pulak. Macam tu la. Yang best, semua pon ada minuature dan speed kelajuan macam real punya. Kalau laju macam ERL, macam tu la miniaturenya. Kalau lembab macam komuter, macam tu la juga miniaturenya. Hehe

Sebenarnya opposite keretapi ni ada kilang. Kilang coklat rasanya. Masukkan duit, ada lori akan bergerak buat 1 round dan masuk kilang. Bila lori tu keluar dari kilang, kat atas kori tu ada coklat mars kecil. Hehe. Kami masukkan duit 2 3 kali lah kan sebab semua nak coklat sorang satu :"). Malang saya tak jumpa pula gambar lori dan kilang tu. 

Schipol airport? hehe  

Dan kapalterbang2 ni bergerak macam real. Nampak kan bekas laluan kapalterbang tu? macam tu lah gerak. Berturut2. Tengok details kargo etc tu. 

Ni perairan. Dia buat macam pelabuhan la. Kapal tu bergerak. Yang best (tapi tak ada gambar), kapal tu nanti terbakar, siren akan bunyi. Nanti kapal lagi satu akan datang dan siram air. Sampai api padam baru siren berhenti dan business as usual. Api dan air adalah real. Hehe. Kapal ada banyak termasuk sampan dan boat2. Ala2 pelabuhan kan. Rotterdam kot dia nak tiru? Saya tak tahu. Tak pernah sampai Rotterdam lagi. 

Gambar ni tak clear. Tapi sebenarnya dia adalah permainan kanak2 orang tua pon main. Ada macam saluran air kecil, ada banyak boat2 yang dia buat seolah2 boat2 tu bergerak. Jadi macam berlumba2 boat siapa sampai dulu. Boat tu ada muatan. Ada banyak dan saliran pon panjang. Saya rasa ada gambar tapi tak jumpa -___-. Anyway, lama la juga ahmad dan sarah main. Maklumlah, selagi tak menang taknak berhenti. Selagi tak sampai garisan hujung tak nak berhenti. Dah sampai hujung, nak cuba guna boat lain pulak -..-

Terpaksalah saya bergambar di depan mainan tu dengan muka bosan. Wahah. Kaki dah lenguhh!

Nak tunjuk gambar sekumpulan lembu kat belakang tu. Maafkan gergasi berambut kerinting yang memenuhi gambar.

 Ok ada rupanya gambar tanpa interference gergasi.

Dah keluar. Huarghh mulut penuh makan gula2 ini:
Perisa lada hitam. blergh. Dutch Sweets katenyee hahaha

BYE-BYE!

p/s: permainan perasaan betul kalau kita tengok gambar2 percutian kan?



Nurul Iman. Shaklee Independant Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

No comments: