Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 24, 2014

Water Pitcher Shaklee: Penatnya Naik Turun

Assalamualaikum

Entry ini untuk orang pemalas. Macam saya. Malas nak turun naik ambil air. Lagi2 bila dibawah, tanya semuaorang dah tak nak minum air. Elokk je sampai atas, ahmad terus nak minum susu cawan (yakni susu dalam cawan). Maka bermula lah "TADI MAMA TANYA KATA TAKNAK!" gittew. Turun balik. 

Bila naik, sarah pula haus. Dan2 ahmad pon nak air kosong juga. Nak isi air kosong dalam botol air. Ok ini semua taktik nak tidur lambat belaka. Maka.."PEGI TURUN SENDIRI AMBIL AIR". "Takut", "air penuh mama, macamana nak tuang?". "FINE" (dalam hati). Penatnya. Naik turun. Bukan kalori je yang terbakar. Hati pon terbakar juga. Hahaha. Gittew. 

Macam tu je dah berpeluh. Dah la musim panas. Lepastu diri sendiri pula haus. "Mana air tadi? mama nak sikit?" "ala dah tinggal sikit mama". TURUN BALIK untuk ambil air untuk diri sendiri. Ini memang satu rumah nak kena bakar ni. Eh. Over. Gittew. 

Jadi, untuk permasalahan di atas, saya dah berfikir2 solusi kreatif. Iaitu, untuk mendapatkan jug water filter shaklee! Yeaaa. Water filter ini bukanlah waterfilter yang canggih penuh wayar sambung merapik2 kemana2 tujuan paip segalajadah tu. Ia adalah simple jug. Mari saya tolong imaginasi anda dengan menempel gambar dibawah

Sempoi aje. Jadi, anda boleh letak jug ini di atas dan tadah je air. Kalau siapa2 nak, ha, tak payah turun naik. Minum kat atas sampai kembung pon boleh. Gittew

 Tak nak cakap banyak, ni kelebihan water pitcher shaklee ni

Yang untungnya, bila beli tak payah tukar semua. Tukar filter je. Tapi dalam starter pack, ada free 3 filter dah. Ha memang jimat. Walaupun hanya untuk air kosong. 

Ok jadi, untuk siapa2 yang ada masalah seperti saya, boleh la cuba solusi ini. Siapa2 yang tiada masalah seperti saya, pon boleh juga saja2 nak minum air berkualiti. Maklumlah, air kosong ni basic. Untuk sihat, untuk cantik, untuk lawas, untuk macam2 semua lah. Takkan nak pegi beli air mineral kat kedai mesra petronas je sentiasa kan. Gittew

p/s: tiap kali turun naik kena dokong hasan. Ok memang nak bakar satu kampung dah rasa ni. Hahaha



Nurul Iman. Shaklee Independent Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

No comments: