Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 5, 2014

Cara Exercise Mengembangkan Otak Anak

Assalamualaikum

Saya baru tukar baca buku baru. By the time tukar gambar, dah baca 60 pages ;)

Biasa kan kita dengar otak kiri dan otak kanan? Ha tapi jarang kan dengar otak bahagian atas dan otak bahagian bawah? Di panggil upstairs dan downstairs brain. Apa upstairs downstairs ni? 

Senang cerita, kita bayangkan otak kita macam sebuah rumah  2 tingkat. Ada tingkat atas ada tingkat bawah. Tingkat bawah, semua perkara basic ada kan. Dapur, ruang tamu, toilet etc. Itulah fungsi2 yang dikawal oleh otak bawah. So-called otak bawah or downstairs brain ialah area yang merangkumi limbic region (wah bunyi macam pakar otak dah :P). Downstairs brain ini mengawal perkara2 basic untuk hidup macam bernafas, kelipan mata, respons / reaction (fight or flight), emotion etc.

downstairs brain area

upstairs brain area 

Tingkat atas pula biasanya macam lagi hebat dari tingkat bawah. Kecik2 dulu saya suka je pergi rumah orang yang 2 tingkat dan sangat teringin nak naik atas. Saja nak tengok2 dari kecik dah bzbodi rupanya. Tingkat atas biasanya macam hebat2. Ada bilik tidur yang di hias, ada bilik2 lain yang dipersonalized. Sama juga dengan otak kita. Otak bahagian atas ialah area cerebral cortex. Yang warna kelabu dan putih tu. Yang biasa kalau accident kita nampak terkeluar tu. Euww!. Bahagian ini yang dipanggil so-called upstairs brain yang mengawal bahagian2 susah2. Contohnya pemikiran, memori, analisa, kefahaman, interaksi dengan orang lain, persekitaran etc. Upstairs brain ini lah yang terbahagi kepada left brain dan right brain. Gittew. 

Jadi, kenapa saya tiba2 sembang pasal otak? Sebab saya nak cerita tips2 yang boleh digunakan untuk exercise kan otak bahagian atas anak2 kita tu supaya mengembang dan hopefully menjadi bijak serta manusia berguna dikemudian hari. Gittew. Maklumlah, saya memang suka bab2 nak bagi anak2 jadi bijak ni. 

Anyway, saya taklah bijak sangat untuk merekacipta tips2 ni. Saya cilok (untuk dishare bersama) tips ni dari buku yang saya baca sebelum ni iaitu Whole- Brain Child. Maksudnya, anak yang menggunakan keseluruhan otak mereka. Direct translation gittew. 


tips #1 - Sound decision making (membuat keputusan)

Bila membuat keputusan tentang sesuatu perkara, otak kita akan berfikir dan mengambil kira banyak perkara termasuk memilih keputusan yang hendak di ambil dan risiko2 yang bakal terjadi. Keadaan "berfikir dan mengambil kira perkara2 berkenaan" adalah satu exercise kepada otak bahagian atas untuk menjadi lebih berkembang dan cekap. 

Ni contoh2 yang boleh anda buat kepada anak2 anda. Ni yang saya buat selama ni pada anak2 saya.

untuk umur hasan ( 1YO++):
contoh: hasan nak baju ni (baju A) ke baju ni (baju B)? 
Otak hasan akan memilih yang nampak cantik di mata beliau. Ada juga dia jadi tamak dan undecisive, tapi lepas tu dia akan settle for 1 baju, dan no matter baju apa saya offer lepas tu dia memang tak nak pakai kecuali baju yang dipilih tadi tu. Maka dengan itu saya confirm hasan nak pakai baju itu. 

untuk umur ahmad (3YO++):
contoh: Ahmad nak main kereta kena kemas lego yang sepah ni. Kalau tak, tak boleh main. 
Otak ahmad akan berfikir, kalau dia kemas lego, hasilnya dia dapat main mainan kereta. Kalau dia tak kemas, risikonya kena main lego sahaja. Ahmad juga akan berfikir, dia sanggup nak main lego sahaja atau nak sangat main kereta? Setiap keputusan akan terkait dengan kesan dan akibat. Jadi otak bahagian atas di exercise untuk berfikir dan menganalisa. 

untuk umur sarah:
Contoh: Mama bagi sarah rm3. Sarah boleh beli2 habiskan semua atau simpan tabung. Kalau simpan tabung nanti jadi banyak kita keluarkan dan beli benda best. 
Ini memang obvious otak sarah berkerja keras sebab ada kala dia balik sekolah tak beli apa2 sebab nak masuk duit dalam tabung. Tanya makan apa? jawap bekal kawan :"). Ada juga dia balik dan habis duit. Sebab? beli gula2. Jadi i can see that my daughter made a very sound decision making :")


tips #2 - Mengawal emosi dan badan

Otak bahagian atas akan sentiasa developing sehingga mencapai maturity pada umur 21 tahun (kalau tak silap). Manakala otak bahagian bawah yang mengawal emosi dan perasaan telah siap sedia. Jadi, anak2 akan lebih emosi dahulu sebelum berfikir dan hence, terjadinya tantrum. Tugas parents adalah untuk memastikan otak bahagian atas yang berfikir dapat mengawal otak bahagian bawah yang beremosi. Orang dewasa juga masih terkadangkala kebudak2an dan mengikut emosi kan? 

Contoh: Adik rebut mainan di tangan abang. 
Adik sedang menggunakan otak bahagian bawah iaitu emosi. Abang juga boleh responds dengan menggunakan otak bahagian bawah iaitu emosi dan merampas kembali mainan. Namun, kita sebagai parents boleh menasihatkan abang dan menyuruhnya bersabar, atau mengalah atau apapa lagi yang melibatkan penggunaan otak bahagian atas iaitu rational dan berfikir instead of mengikut otak bahagian bawah yang mengawal emosi. Ini kerana, otak bahagian atas abang lebih develop berbanding otak bahagian atas si adik. 


tips #3 - Self understanding (memahami diri sendiri)

Kita mengajar anak2 agar memahami diri sendiri dan apa yang berlaku pada diri mereka. Dengan memahami dalaman diri, anak2 akan mudah memahami persekitaran mereka. Kefahaman dalam diri melibatkan analisa dan penggunaan otak bahagian atas.

Contoh: 
"Sarah rasa macamana kalau mama marah?"
"Sarah rasa sedih la"
"Sarah rasa sebab apa mama marah? sarah buat apa? sarah rasa betul ke salah?" 
blablabla.
p/s: ceh nampak sangat sarah yang selalu kena marah. Taklah. Cuma otak bahagian atas sarah yang paling banyak develop berbanding adik2 kan kan kan :")


tips #4 - Empati

Empati ni adalah salah satu fungsi yang penting untuk otak bahagian atas. Kita boleh mengajar empati pada anak2 dengan bertanyakan soalan2 yang berkaitan dengan perasaan orang lain.

contoh: 
Sarah tangkap belalang simpan dalam tupperware. "kalau sarah kena tangkap pastu tak makan, jauh dari mama papa, best tak?" Bagi sarah faham perasaan..err..belalang -..-
Sarah cubit ahmad. "sarah rasa ahmad sakit tak sarah cubit dia?" (masalahnya dia jawap "tak. Sarah cubit sikit je" owos jadi saya kena patah balik pada tips #3 self understanding tu -__-) Bagi sarah fikir ahmad rasa macamana ketika di cubit 
Ahmad ambil mainan abbas nak bawa balik. "kalau abbas ambil mainan ahmad bawa balik rumah, ahmad suka tak? ahmad bagi tak?" Bagi ahmad fikir kalau barangnya yang di ambil.

Empati ni penting sangat untuk memupuk sifat memahami, atau cuba memahami. Atau compassion katanya. Berfikir tentang orang lain adalah "kerja2" upstairs brain dan kita cuba exercise sebanyak mungkin agar melahirkan anak2 yang compassionate.

p/s: contoh paling senang: "tak kesian ke kat mama ni penat turun naik dokong hasan? Pegi la ambil sendiri air" :D

tips #5 - Morality 

Moral adalah hasil dari intergration perkara2 di atas. Otak yang well intergrated, able to make sound decision and not emotional which comes from understanding self and others akan melahirkan morality. Tapi janganlah expect anak2 untuk consistently being in a matured and wise phase. Mereka masih kanak2, otak masih developing :)

Kita boleh enhance morality dengan bertanya dan bersembang2 perkara2 yang melibatkan kemampuan berfikir, bertindak, mengetahui kesan akibat, di guide oleh nasihat dan ethic kehidupan. 

Contoh: 
"Kalau kawan2 ambil pensel sarah sarah nak buat apa?"
"Kalau kawan2 pinjam duit sarah, sarah bagi tak?"
"sarah rasa cikgu marah sarah sebab bising dalam kelas, betul ke tak?"


Ha, jadi 5 tips tersebut sebenarnya merangkumi 1 je tips dari 12 tips yang di share dalam buku tersebut. Tapi itu pon dah lenguh nak naip. Lupakan ajelah lagi 11 tips yang tak di tulis di sini k :))

Amal kan je dulu. Jangan tamak. ekeke
Semoga bermanfaat!


p/s: Iklan sikit. Kalau makan omegaguard yakni fish oil, lagi laju otak anak2 anda develop. Order sini k :))



Nurul Iman. Shaklee Independent Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

No comments: