Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 7, 2014

Tips Travelling With Kids

Assalamualaikum

Saya baru tahu kawan saya sedang bercuti di jepun tanpa membawa ketiga2 anak beliau. Rupanya ramai yang buat demikian. Kalau saya, saya sanggup angkut semua gerabak2 untuk pergi bersama2. Bukan apa. Saya ada this feeling yang bila anak2 travel, mereka akan banyak sangat belajar mengenai macam2. Ini termasuk, emosi, ilmu baru, hubungan kekeluargaan, experience macam2, yang mana benda2 ni memang takdapat diperolehi melalui cara lain dan ilmu2/ skill2 ini tidak akan dapat di ambil oleh orang lain dari anak2 saya. Gittew. Jadi disini, mungkin ada antara pembaca yang sependapat dengan saya namun rasa 'susah' 'payah' nak bawa anak2 travel sekali, jadi saya nak berkongsi cara2 saya membawa anak2 travel.

Tips #1 - Flight schedule /  time


Anda boleh pilih, samada nak bagi anak2 tidur atau segar ketika dalam flight. Tricknya ialah preparation sebelum penerbangan. Kalau travel jauh, flight biasanya malam. Jadi, penat2kan anak2 anda ketika siang. Tapi caution: ni agak tricky kerana biasa flight akan schedule tengah malam. Bermaksud, gap antara dinner time dan boarding agak lama, dan ketika gap itu, risiko anak2 buat perangai adalah sangat tinggi. Jadi kena pandai agak2.
Kalau travel siang, anda kena prepare anak2 akan hyper dalam flight. Mungkin bersiar2 dalam flight. Mungkin lompat2 atas seat. Mungkin gelak ketawa jerit2 dengan riang riuh rendah -_-! Mungkin bergaduh berebut segala apa blabla. Mungkin makan tak henti2, lepastu, terus proses keluar -___-. Kalau ada tv, better sikit. Sikit.
Jadi, dua2 masa pilihan pon kita akan penat :D.

Tips #2 - Seat arrangement


Pastikan anda memilih seat yang selesa dan berdekatan. Tak apa bayar lebih untuk pilihan seat kerana ini akan memudahkan anda ketika dalam flight nanti. Anda mungkin prefer untuk duduk di window seat untuk lebih selesa menyusu tanpa perlu cover banyak angle.
Jika anda travel seorang bersama toddler, anda boleh pilih untuk duduk tengah dan toddler di window seat. Ini supaya jika toddler buat perangai tendang2 seat, maka tak 'spill over' pada orang sebelah dan menyakitkan hati :)). Pandai2 pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan.

Contoh: 
1 - saya + hasan sahaja = 1 seat. Saya pilih window seat. Senang nak menyusu
2 - saya + hasan + ahmad sahaja = 2 seat. Saya pilih window dan sebelahnya. Ahmad duduk di window. Rationale: Kadang2 ahmad tak occupy the whole seat. Dia duduk ujung2, atau duk lantai, atau tengok tingkap. Boleh la letak share dengan hasan.
3 - saya + hasan + ahmad + sarah = 3 seat. Saya akan duduk tengah. Sarah dan ahmad akan rebut window seat :"). Duduk tengah supaya senang time makan nanti nak arrange2 mulut2 yang kelaparan tu. Dan mungkin nak adjust tv di flight (kalau ada). Kalau saya duduk hujung, tak sampai tangan dan tak nampak tv :)

Tips #2 - Mood preparation


Bagitahu anak2 bahawa kita akan travel ke sekian-sekian negara pada sekian-sekian bulan / hari.
1 - Mereka akan faham. Contoh: "nanti bulan sekian2 kita naik kapalterbang tau. Kita nak pergi China"
2 - Early excitement. Contoh: "yeke mama?" "yeyey! naik tapalterbam" (kan dah excited tu?)
3 -  Knowledge baru.
 Contoh: 
"China tu apa mama?" (knowledge tentang negara) 
"China tu ada snow tak?" (knowledge tentang weather) 
"China tu jauh ke mama?" (knowledge tentang lokasi) 
"Bulan sekian2 tu berapa hari lagi?" (knowledge tentang masa / hari / bulam) 
"Alaa..lamanya lagi" (Ni respons bila dah over excited -_____-)

Tips #3 - Luggage Preparation


1 - Bawa baju yang sesuai dengan musim. Jangan negara sejuk bawa baju nipis. Kalau negara panas bawa sweater, takpe nanti boleh buka dan bogelkan aje anak2. Haha *kidding*. Better dari menggigil2 kesejukan. Nanti kena beli baju extra. Ha kan dah takpasal2.
2 - Bawa baju secukupnya. Jangan lebih sangat nanti berat. Kalau anak kecil, boleh bawa lebih sepasang dua je. Biasa saya kira sehari 2 pasang. Tapi kalau musim sejuk, jimat sikit. Maklumla, tak berbau dan tak berpeluh maka tak busuk -..-
3 - Kalau anda tidak tinggal di established hotel, maka advisable untuk bawa towel. Kalau tak ada towel susah woh T_T.
4 - Toiletries - Biasa saya bawa basic sikat, berus gigi dan UBAT GIGI, selain pencuci muka toner etc. Jangan take for granted ubat gigi kerana kadang2 hotel hanya sediakan berus gigi. Kadang2 tak ada pon. Lesson leart dari Maldives, sentiasa bawa sabun sebab kadang2 mereka tak sediakan free sabun. T_T. Tolong jangan bawa original size. Space consuming k. Space. 
5 - PEMPERS. Tolong jangan lupa bagi mereka yang anak2 masih pakai pempers.
6 - Perhatikan jumlah luggage anda. Anda ada 2 tangan. 1 nak pegang budak, atau stroller. Jadi pastikan jumlah luggage anda sesuai dengan jumlah tangan anda yang free :)). Memang ada trolley, tapi huruhara kacau bilau kalau nak tunggu 5 6 7 bag keluar dari perut kapalterbang, dengan anak2. Nak susun atas trolley dan tolak berat2, dan nak tengok kiri kanan terpinga2 cari jalan keluar, budak2 lari, or penat or meragam yadayada. Jadi, perhatikan jumlah luggage k. Lagipun, balik nanti luggage mesti lagi banyak dari pergi kan :D

Tips #4 - Makanan


1 -Makanan mudah. Ini prepare kalau negara yang dituju berkemungkinan susah nak makan i.e. language barrier ka, susah dapat yang halal ka, silakan bawa makanan2 yang mentah dan sesuai untuk dimasak menggunakan alatan2 mudah. Contoh: lauk brahims. Jangan bawa barang2 basah bawang cili kering asam keping segalabagai. Selain dari menyusahkan anda dan memberi aroma pada bag anda, kot tiba2 sambal termeletup dalam bag anda..kan dah susah. Lagipun setengah2 negara amat sensitif akan barang2 ni. Jadi, ketika hassle dengan budak2 lagi, anda pasti tidak mahu bag anda dibongkar oleh kastam2 imegresen. 
2 -Makanan kering. Lagi makanan yang boleh di bawa ialah biskut, roti, tuna, megi (as backup - better makan megi dari mati kebulur kan -_-). Budak2 tak sabar dan akan buat perangai kalau lapar. Lagi satu, ya saya tahu anda amat cintakan buah. Tapi percayalah, buah ada dimana2 dan anda tak perlu membawa dalam luggage anda. Kecuali yang keras2 macam apple. Jangan bawa mangga. Nanti kena bawa pisau pulak -___-. 
3 -Nestum. Jika anak kecil, bawa nestum. Ya, jika anak anda tak makan nestum, dan hanya nak bubur nasi buatan anda, silakan pack dengan baik. Kita nak travel. Bukan duduk rumah. Mudah2 k. 
4 -Botol air. Saya kata botol air sebab biasanya airport tak bagi bawa air masuk ke flight. Unless anda boleh buat muka super comel dengan emosi kasihan, mungkin, MUNGKIN dia lepaskan. Tapi biasanya, international flight dia suruh buang. Ala, lagipun buat berat je. Kegunaan botol air ialah bila sampai sana, nanti budak2 buat perangai haus lah apa lah, haa, dah ada botol air dan di isi dengan air kosong yang di masak di hotel. Gittew. 

Tips #5 - Hand carry


1 - Sepasang baju budak2. Kot2 la tertumpah air ke, muntah ke, bocor ke apa ke. Boleh la tukar dan tak payah tunggu landing baru tukar. Nanti kan nak ambil gambar di airport kan bila landing kan. Takkan nak pakai baju kotor tumpah milo :")
2 - WIPES. Ni penting sebab anda tak naik first class / business class. Takda pramugari nak layan aih kalau asyik minta tisu untuk lap mulut anak2 comot. Dan anda pon tak kuasa nak pegi toilet beratur bagai semata2 untuk...basuh mulut anak -______-. Lagi satu kepentingan wipes ini ialah ketika anak BERAK. OMG! sinki kecil, air kecil. Basuh mesti macam tak puas. Haaa, dengan wipes, anda boleh wipeee semua kesan2 degil dan berbau ini menjadikannya bau harum wipes. Jadi bau pipi anak anda dan sama dengan bau..err..kan ke guna wipes untuk lap mulut dan ...tuut.. :"). Gittew.
3 - Biskut. Saya bawa biskut. Sebab nak tunggu makanan nanti lambat. Masa antara boarding dan makanan disediakan tak lah begitu lama. Tapi kalau dengan budak2, ya ampunn, macam 2 hari lamanya rasa T_T. Biskut adalah kering, ringan, dan mudah untuk dibawa dan disumbat ke mulut anak2 yang bising samada sebab boring, lapar, ngantuk dan tanpa apa2 alasan :"). Jadi biskutlah pilihan saya. Well, semuaorang pon happy kan bila dapat makanan. Happy tummy is a happy baby. Gittew.
4 - Ubat2 / supplement2. Jika anak anda berpenyakit serius yang memerlukan ubat2an atau alat2an, silakan bawa. Kita taknak unwanted thing happens during holiday kan. Saya biasa bawa nutriferon sahaja. Kecil, mudah, ringkas. Nak yang mudah2 aje :).
4 - Pen. Ye. Pen. Untuk menulis kot2 ada arrival card ke hapejadah tu. Nanti menggagau cari pen. Isi siap2 dalam flight sebab nanti bila touch down nak rebut beratur lagi kan. Takkan nak 'parking' kat tempat menulis (untuk guna pen yang lekat di meja tu) untuk isi borang. Kot2, situ pon kena rebut dengan orang lain. Yang tak bawa pen. Dan tak bawa budak. Jadi diaorang akan isi borang dengan tenang while anak2 kita melalak2 berlari2 terjerit2 (begitu horror sekali gambaran yang saya berikan bukan? :")) 
Sementara menunggu makbapak dapat pen untuk isi borang. Lepas tu nak beratur lagi di imegresen. *sadis*.

Tips #6 - Flight take off


1 - Menyusu. Susukan bayi anda ketika flight take off. Ini kerana perbezaan pressure akan menyebabkan telinga rasa tersumbat. Bayi yang tidak faham akan rasa tak selesa dan menangis. Bila menangis, bukan anda satu keluarga je akan pressure, malah satu flight akan pressure :P
2 - Gula2. Boleh bagi gula2 atau seumpamanya kepada toddler untuk elak telinga takut tersumbat. Tapi biasanya toddler dah faham kan. Jadi mudah la sikit.

Tips #7 - Doa


Macam biasalah, kita merancang, Allah juga merancang. Doa lah sebelum dan semasa perjalanan agar semua diberkati, dimudahkan, selamat sampai pergi dan balik, anak2 tak buat perangai, etc.
p/s: Tuhan je tau berapa banyak aku berdoa time bawak budak bertiga ni sorang2 pergi Amsterdam haritu :"") 


Sekian sahaja. Tips2 yang saya ingat dan praktik kan semasa travel. Kalau ada tips lain boleh kongsi.

Coz i'm leaaaving...on a jet planeeee..dont know when i'll be back again...lalalaaa


Nurul Iman. Shaklee Independent Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

2 comments:

Ummu SAS said...

Assalam mak..
Nice tips..
Hebatnye gi amsterdam sorg2 bwk 3 sunshines!!!!! Allahu Akbar!

kekman said...

Salam. Ahaha. Ni share tips2 ni :)