Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 11, 2014

em.pa.thy

Assalamualaikum

Pernah dengar kan perkataan empathy? empathy bermaksud keupayaan merasakan dan berkongsi perasaan dengan orang lain. Macam, to be in others shoes lah kira. Macam, kita seolah2 merasakan apa yang orang tu rasa. Faham ke?

 

Pendapat saya, kita takkan dapat 100% empathy sebab kita tak akan dapat tahu dengan sebenarnya bagaimana perasaan orang lain sebab kita takkan dapat 'memakai kasut orang lain' pon. Kita cuma boleh seolah membayangkan sahaja. 

Ok, obviously lah saya cerita pasal empathy ni bersempena dengan musibah flight #MH370 yang mysteriously hilang dan masih tiada apa apa update hingga kini. Terus terang, saya tiada kaitan dengan penumpang2 yang terlibat. But somehow, i find the news very very disturbing indeed. Memnag menganggu fikiran saya. Berhantu betul. 

Sorrylah, saya bukan nak mengulas tentang MH370 mahupun menambah kepada sejuta teori dan spekulasi yang penuh di segenap media social. Tapi MH370 membuat saya terfikir tentang empathy - among other million things. Empathy adalah satu sifat yang susah untuk dimiliki, namun penting untuk dimiliki dan diajarkan kepada anak2 kita. Mungkin kita kena terapkan perasaan empathy kepada anak2 kita supaya masyarakat lebih 'hidup'. Saya bagi contoh2 penggunaan perasaan empathy

1- Keluarga penumpang MH370
Empathy yang tinggi menyebabkan anda turut bersedih dan memandang serius perkara ini. Sebab, anda membayangkan sekiranya penumpang adalah keluarga terdekat anda. Kan kelamkabut huruhara kucarkacir? Empathy juga membuatkan anda lebih sensitif terhadap persekitaran termausk status2 di media social. Kamonn.

2- Naik tren ketika peak hours
Empathy yang tinggi menjadikan anda lebih considerate terhadap penumpang lain. Dari sekecil2 perbuatan seperti masuk dan seboleh mungkin memberi ruang kepada orang lain untuk turut masuk dalam tren kerana memahami semuaorang pon kejar masa, hinggalah memberi tempat duduk pada pakcik/makcik yang lebih memerlukan. Orang mengandung tak payah cakap lah kan -..-

3- Kebersihan toilet
Anda tak suka sangat bila masuk toilet awam yang berbau, kotor dan menjijikkan. Tisu bersepah sana sini, kadang ada 'percikan2' euwww! Jadi dengan empathy yang tinggi, anda sangat faham perasaan orang lain dan mengelakkan perkara yang sama terjadi selepas anda menggunakan tandas awam.

4- Taska, kakak2 taska dan lain2
Kita sendiri susah nak bersabar dan melayan kerenah anak2, tu anak sendiri. Bayangkan kakak2 penjaga taska. Yang kena melayan 4 orang anak2 taska dalam satu masa. Bukan anak sendiri. Jadi mungkin boleh cuba fahami dan berpada2 serta beradab dalam bertanyakan perihal anak. Ops, ni bukan bermaksud tidak prihatin pada keadaan dan kondisi anak ye.

5- Kesesakan lalulintas
Empathy yang tinggi menjadikan anda driver yang considerate. Bayangkan kalau anda nak cepat, lalu lane kiri, tiba2 ada kereta duduk depan anda dengan kelajuan 80kmph. Sakit hati tak? Empathy yang tinggi menjadikan anda lebih considerate dan menukar lane kepada yang lebih sesuai dengan kelajuan kereta anda. Ya, itu bukan sahaja empathy, malah rational, kebijaksanaan dan kecekapan memandu juga di ambil kira.

6- Pakar2 segala dan luahan perasaan di facebook yang menimbulkan pergaduhan, marah dan salahfaham diantara sesama 'friend'. 
Empathy yang lebih diperlukan untuk memahami situasi sebenar dan reality pemilik2 akaun facebook ini. Kawan yang update status selang 10minit mungkin sedang duduk depan PC dan amat bosan. Jadi, fahami keadaan beliau. Kawan yang sentiasa update masalah rumah tangga mungkin menjadikan facebook sebagai tempat luahan perasaan. Banyak kebarangkalian disebalik setiap status facebook.


Empathy banyak terkait dengan emotional intelligence. Empathy mengajar kita lebih memahami diri sendiri dan orang lain. Ops, tapi bukan di setiap ketika kita perlukan empathy. Ada ketika kita perlu jadi ruthless and bold! *wink*





Nurul Iman. Shaklee Independent Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

No comments: