Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 31, 2014

Kinetic Sand

Assalamualaikum

Pernah dengar tak pasal kinetic sand? Haa. Saya baru2 juga dengar. Lepas tu beria tengok youtube dia. Macam, ok macam hebat je. Tapi macam betul2 musykil, dia ni apa? bukan play dough, bukan plastesin, tapi pasir. Tapi gaya video tu macam bersifat playdough-tapi-lembut kan? Bila search2 lagi, rata2, komen yang sama. Tak melekit, membantu enhance skill dan creativity anak2 blabla. Dah la mahal. Saya tak impressed sangat. Macam, cliche. Tup2 kawan saya beli. Jenuh juga tunggu review dia tapi tak dapat2. Basically yang saya nak tahu, benda ni pasir ke apa ke sepah ke tangan lekit? kemas susah tak etc. Last2, curiosity kills me the cat. Saya pon order :"). Bukanlah saya order immediately lepas jumpa penjual pasir tu. Saya berpantun merisik duluu, sweet talk semua. Lepas tu diam jap. Fikir lagi. Then sambung tunang. Lepastu malu2 beruk.  Last2, oklah, penat dah fikir, beli je lah. So minggu ni baru akad nikah. Dan berkenduri pasir la lepas pos sampai :). Dasyat sungguh tahap sceptical dan critical saya :).

Kinetik sand ni ada 2 size mengikut berat (yelah takkan ikut tinggi pulak ye :")). Ada 1kg ada 5kg. Saya beli 1kg je la dulu kan. Mana la tau kot2 tak best. Hewhew. Harga 1kg = rm85. Postage rm10. Jadi total rm95. Untuk 5kg, saya tak ingat. Boleh tanya penjual. Saya beli dari supermuslimkids. First time. Trusted seller juga la. Murah sikit rasanya. Orang lain jual Rm90 ke atas tak silap. 

Bila pos sampai, eh kecil je. Besar sikit dari sampul surat. Ni rupa dia

Tak sampai sejengkal width dia

Buka kotak terus tak menyempat2. Dia bungkus macam ni rupanya.

Terus tabur sikit pasir atas meja. Pegang, usik, cuit, kirai, padatkan dll memang gelojoh. Ha baru puas hati :")

Bawa balik rumah, budak2 terus excited nak main. Dulu saya ada beli peralatan main pasir pantai untuk sarah dan ahmad. Tapi hingga kini hajat nak kepantai tak kesampaian. Jadi, mainan tu masih belum terusik la. Bila kata nak main pasir, heboh lah keluarkan balik mainan tu. 

Hai, feeling pantai sungguh walhal terang2 atas kapet :D

Untuk 1 kg, banyak ni je pasir dia

 Ni 'quantity' dia kalau tabur atas meja ikea rm49 yang banyak warna tu (sekarang lagi murah kan?)

Ni kalau semua pasir di padatkan. Tak penuh satu bekas castle tu pon. Tu comparisonnya.

Mula2 cuit2 je dulu. Malu2 katenye

Lepas tu dah main sama2 gembira

 Boleh main tanam2 tangan, macam pasir sebenar

Boleh buat starfish, duck (tak ada gambar) dan fish (pon tak ada gambar), maklumlah acuan menarik :). Boleh padat2 kan lepas tu potong

 Lepas tu dah out of control, dah out of hand dah mula bersepah :O

Siap terjatuh! kat carpet! Grrr

Masih bersifat pasir
Pasir ni bukan macam playdough. By that i mean, kita bole lekat2kan dia menjadi gumpalan playdough yang besar. Pasir ni masih bersifat seperti pasir. Belakang kotak tu tulis 98% sand. So..dia memang berderai. Jadi kutip dari kapet sikit2 letak kat tangan. Tapi yang unik pasir ni boleh padat2kan dan dia stay. Exactly macam dalam youtube tu. Cuma dalam youtube tu, nampak smooth dan bersih dan kering kan. Maklumlah, yang buat demo tu orang dewasa. Kalau budak2 main, alamatnya bersepah la. Jadi kena letak alas untuk elak sepah dan hilang nanti pasir tinggal sikit. hohoh

Tangan kena kering
Main dengan tangan kering. Baru senang nak buang dari tangan. Kalau tangan basah, susah nak buang. I think itu due to the 'kinetik' technology la kot kan. 

Boleh disimpan open air
Dari segi cara penyimpanan pasir tu, saya letak dalam bekas, kebetulan ahmad main dan tak tutup -_____-. So bila tengok balik, masih 'moist dan lembut' seperti baru (eceh!). Jadi, dapat disimpulkan untuk penggunaan beberapa hari ni, ok la biarkan berjemur pon. Tak payah simpan dalam bekas kedap udara bagai macam playdough tu. Dia tak mengeras macam playdough.

Kalau nak sembang pasal creativity ke hapesegala yang diclaim tu, macam, standard permainan budak2 lah. Budak2 ni banyak je permainan blocks, blok kayu, playdough, dan segalamacam. Maklumla, tak ada tv dan tak boleh main ipad :)). Jadi, ni kira adik beradik permainan diaorang yang berlambak2 tu. 

Ok begitulah seadanya pasal kinetik sand. Nak sambung main. Excited!

sarah lukis gambar smile =)


Nurul Iman. Shaklee Independent Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

No comments: