Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 22, 2014

Melbourne 2009

Assalamualaikum

Ya, saya memang terkesan dengan kejadian MH370. Yeah well who doesnt. Kan. Saya sampai macam nak even berfikir tentang holiday pon rasa bersalah (over sangat). Tapi ni dah seminggu lebih masih tiada kesan jejak dan dah macam2 sangat teori keluar. Ntah kenapa, saya rasa mereka semua masih hidup. Dan saya rasa in the end, kita (read: rakyat biasa2 ni) tak kan tahu pun cerita sebenar yang berlaku. Sebab kerajaan pasti akan sorok some part. I keep remind myself that Mh370 bukan macam buku cerita misteri yang saya suka baca yang akan terungkai misteri di akhir buku. Sebab, i dont think kita akan betul2 tahu apa yang sebenarnya terjadi. Takkan lah kerajaan nak cerita semua kan? Kamonn. 

Anyway, berlapik2 betul muqaddimah. Sebenarnya nak cerita pasal Melbourne pulak. Haha. Serba salah okehh. With all due respect to MH370, percayalah, anda masih di ingatan saya. Cuma dah tak larat nak follow segala teori, oleh semua expert, yang semuanya dan dan berfikir out of the box. Sangat. Kan.

Melbourne ni macam sentimental. Sebab, husband saya dulu grad situ. Jadi, bandar tu sentimental lah bagi dia. So dia drag ke-sentimental-an tu pada saya juga. Dia nak cerita semua makanan yang dia suka makan dan nak suruh saya rasa. Caution: husband saya adalah sejenis food lover k. Jadi, bila mula2 ada rezeki travel overseas, dia memang nak aim pergi Melbourne. Untuk saya yang memang sejak lahir suka berjalan, I really have no problem :).

Kami pertama kali ke Melbourne pada tahun 2009. Iaitu 5 years back. Time tu family baru 3 orang. Saya, husband dan Sarah. Naik MAS (sobs MH370) sebab dapat redeem enrich. Pergi seminggu. Stay di Enterprize Hotel. Boleh tengok web dia di sini. Murah juga. Tapi time tu tengah renovate. Ok maybe itu sebab dia murah. :P. Pilih hotel tu sebab location di tengah2 bandar. Yelah travel guna public transport, lokasi tu penting k. 

Seminggu tu basically macam is the best holiday ever. Pergi dengan senang hati. 100% lupa pasal kerja. Tak restricted to any itinerary. Bangun ikut suka, pergi mana ikut suka, semua ikut suka lah. Pergi basically untuk..makan -______-. Sebab husband banyak tau tempat makanan2 menarik. Jadi dia memang nak makan semua2. Perasaan rileks aman damai tenang ketika cuti tu memang tak kan di lupa lah. Lepas tu kalau rasa malas, duduk tengok tv je dalam hotel. Wow heaven.

Dalam hotel dapat biskut anzac free 2 keping hari2. Ni share gambar anzac biscuit. Memang marvelous. 

Then pergi Melbourne university berikutan menjadi husband's alma mater. Kami juga kesitu untuk makan butter chicken rice, dimana menurut husband saya, adalah sangat sedap. Basically, nasi dan butter chicken. Boleh ambil lauk lagi. Tapi nasi tu banyak nyee kenyang sangat! Kiranya, sedap, murah dan kenyang. Yelah macam cafe untuk student kan. Sorry tak ada gambar. 

Next, pergi makan il freddo dolce ice cream di Lygon St. Nyams!. Nah address incase nak pergi:
Il Dolce Freddo, 116 Lygon St, Melbourne 3053, Australia. 
Lygon St. banyak makanan halal. Macam lorong makanan je. Bila saya datang balik pada tahun 2011, dah bertimpa2 dah kedai makan. Siap kedai makan melayu lagi. Ohmai. 

Ni gambar saya ambil dari ihsan google. Sebab gambar sendiri ntah ke mana. :))

Luar kedai

Tengoklah selection ice cream nya :"). Dia buat sendiri ice cream ni. So quantity limited. Biasa dalam pukul 3 dah habis. Kami pergi makan 2x dalam seminggu tu. Ambil 3 flavor. Ferrero rocher, raspberry ke apatah dan lagi satu coklat ke caramel tak ingat. Second time, ada flavour crunchie. Tu selection saya. Husband saya ambil apa saya tak ingat dah. 

Lepas tu pergi shopping complex dia. Biasala kan. The Myer dengan David Jones. Nak kata murah, tak la sangat. Yang best pasal melbourne (tak tahu lah other parts of australia macamana kan) is that diaorang suka home brand. So home brand australia is country road. Pernah dengar? 


Time tu, macam tengah trend bag sling di sana. Jadi saya yang sangat mudah terpengaruh ni pon secara tak langsung mempengaruhi diri sendiri untuk beli satu bag sling. Bag sling tu warna putih. Bag sling itu lah yang saya pakai ke office sampai koyak. Harga AUD 50. Beli di David Jones. Haa ingat. Gittew :").

Lepas tu pergi makan kebab sebesar lengan di kedai Alasya di Sidney Road. Situ banyak kedai2 halal dan kedai2 kebab. Husband saya suka kebab Alasya ni. Jadi kami makan di situ. Memang sebesar lengan lah kebab tu. Kembung perut sumbat kebab. 

Lepas tu pergi Melbourne Museum. Free. Yang kelakar, sarah takut. Situ macam ada la patung2, dinasour2. Jadi sarah terjerit2 melalak2. Dah nak kena menyusu supaya diam. Cari tandas untuk menyusu. Maklumla, anak first, amatur lagi. Hehe. Kalau sekarang, sambil jalan je menyusu. Hehe.

Lepas tu pergi Victoria Market. Ini wajib pergi lah untuk beli souvenir untuk keluarga saudaramara rakan taulan eceh. Murah tau kat situ. Jangan buang masa beli di tempat lain. Victoria Market adalah pasar besar. Ada makanan basah macam ikan sotong etc, ada tempat buah2an dan sayur2an. Dan yang paling best, ada bahagian jualan lain2 yang cover baju2 yang tulis australia, bag2 souvenir2 dan banyak lagi. Puas hati lah membelibelah disitu. Ada juga lori donut yang jual donut harga AUD2 kalau tak silap. Donut tu berinti jem strawberry (ahh sweet tooth memang ingat makanan2 ni :")).

Lepas tu malam tengok api di Crown Casino Melbourne dan minum kopi. *feeling sangat* :P

Sepanjang seminggu, bangun pagi kami akan buka tv dan menonton cartoon simpson -___-. Dan setiap hari saya akan tanya husband saya "hari ini kita nak cuba makanan apa?" :")

Wah enjoynya bila teringat balik :). Itulah percutian pertama lepas ada anak. Gambar banyak dalam camera. Jadi memory card dia tah kemana. Yelah, mana ada nak ambil guna handphone sangat. Handphone pon cikai je. Jadi gambar tah kemana. Cerita guna ayaq liuq ja la ni naa. Tp tahun 2011 kami ke Melbourne lagi. Ambil gambar guna handphone. So ada la gambar. Hehe. Nanti saya update cerita 2011 pula ya!

Till then.



Nurul Iman. Shaklee Independent Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

No comments: