Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 13, 2014

Johor Premium Outlet (JPO)

Assalamualaikum

Haritu first time pergi ke Johor Premium Outlet (JPO). Berkobar2 pergi sebab tak pernah pergi dan teringin nak pergi. Biasanya kalau nak pergi jalan di KL, kami akan keluar pagi2 lagi. Sampai KL mesti dalam 10 - 10.30. So parking senang, jalan tak jem, orang tak ramai etc. Tapi kali ni nak ke johor. Masalahnya, nak guna konsep yang sama. Kena sampai awal juga. Jadi keluarlah pagi2 buta angkut budak2.

Amekkau, 10:01 am masuk parking JPO :"). Impressive tak dengan disiplin itu? LOL

JPO ni tak ada signboard sangat. Dah betul2 nak sampai baru nampak signboard. Jadi kalau siapa2 nak pergi, jangan depend 100% pada signboard. Guna waze ka apa ka. kami guna waze. Sampai di JPO, udara sangat fresh. Maklumlah, hutan dan baru pukul 10 pagi :"). Parking pon banyak je kosong. 

Parking murah. Nice

Bangunan, nampak class, baru dan bersih

Ni directory seluruh JPO dan brand2 yang terlibat

Masalah bila datang awal pagi ialah budak2 tak proper breakfast. Kami ada bawa bekal. Dah habis makan dalam kereta. Tapi budak2 dan mak dia masih lapar. Jadi, bila masuk 3 4 kedai baju, diaorang dah mula boring dan buat perangai mak dia kenyang dah tengok kedai2. Nasib baik di tengah2 ada air pancut. Jadi, macam distraction kepada budak2. Tak la boring sangat.

Ni duduk atas batu. Sat lagi diaorang tertonggeng nak usik air, sat lagi diaorang pegi belah sana, sat lagi nak cuba usik air lagi, nak baling benda masuk dalam air, kejar2 kat situ, apa2 lah.

Dah boring tengok air baru masuk kedai lagi. Dan lagi. Sampai dah tak boleh tahan dah bising budak2, jadi kami pergi lunch. Haha. Lunch di dome. Kedai makan macam tak ada sangat. Atau saya yang tak jumpa tak tahu lah (bukan besar sangat pon ye dak?). Ada dome, coffee bean, cafe apa pelik2 ntah dalam 1 2 cafe macam tu. 

Bahagian atas, ada playground berdekatan toilet. Ha, ni lah part yang paling enjoy sekali untuk budak2

Ni pula air di tingkat atas. Berdekatan playground tadi. Ada sorang budak tu, lencun dah baju main air pancut ni. So, nampaknya shopping2 complex kena banyak buat air pancut untuk enjoyment budak2, in return, also enjoyment pada makbapak :)

Ni dalam kedai clarks. Saja ambil gambar. Susun dan style, macam clarks oversea

Murah juga. Beli lah untuk budak2 sorang satu. Total rm300 untuk 3 pasang. Kasut ahmad dan sarah dua2 pilihan sendiri. Yang kelakar, Ahmad pilih kasut hitam. Tengoklah gambar. Semua hitam macam kasut pasukan beruniform pula rasa. Skema habis. Padahal ada banyakkk lagi yang cantik2 dan 'budak2an'. Dia pilih yang ni. Siap insist nak yang ni -______-. Sales girl pon pelik. Iskk.

Dan sarah pulakk, ambil semua putih. Macam kasut sekolah -_____-. Dah kenapa taste anak2 aku ni. Sebanyak2 pilihan kasut budak perempuan yang cantik2, itu yang dia pilih. T_T. 

Terus pakai tak segan silu. LOL

Banyaknya shopping di sini ialah baju. Saya rasa tak la murah sangat berbanding KL ketika sale mahupun murah macam factory outlet di oversea. Macam coach pon masih mahal. Walhal, di FB jauh lebih murah. Baju ada yang murah ada yang tak. Tapi kalau minat baju diane von furstenberg, memang murah! Retail kan banyak yang RM1K ke atas, di JPO, boleh dapat as low as RM2++ *love*.

Di sini husband saya yang banyak shopping. Maklumlah, size dah kecil. Semua pakai pon muat. Jenuh juga tunggu beliau try baju. Ha ha

Anak beranak selfie dalam Boss sementara tunggu theboss try baju berjam2. Kihkih

Di JPO ada 2 atau 3 kedai coklat. Kami masuk 2 kedai coklat. Of course usulan beli coklat datang dari saya disokong oleh anak2 eheks. Masalahnya coklat yang saya cari tiada di kedai pertama. Tapi disebabkan dek nafsu nak makan coklat membuak2, maka saya beli juga tapi flavor lain. Dan makan. Tup2, jalan lagi terjumpa kedai ke 2, dan ada flavor coklat yang saya cari2 tersebut. Maka dengan tamak saya beli 2 bar terus dan menyesal sebab dah beli flavor lain dari kedai pertama tadi. Inilah juga sebab musabab berat saya naik dengan hebat secara mendadak urgh :(. Pengajaran: jalan dulu untuk survey ke kedai2 coklat sebelum beli. Nasib baik harga sama. :")

Antara lain enjoyment budak2 selain air pancut, playground dan kasut clarks ialah permainan yang mahal gila datang dengan gula2 ni. Beli lah sorang satu. Rabak lah purse mama. Sobs.

Ni tengah banding2 mainan gula2 yang beli di kedai coklat kedua tu 

Dah masuk kereta, tu dia mainan gula2 dan kasut hasan. Pilihan mamapapa. Cantik kan? :))

Akhirnya, lepas solid 6 jam di JPO, kami pun pulang. Frankly speaking, kami agak hampa pergi ke JPO. Atau, terlalu high expectation. Barang tak la murah sangat. Choices limited. Size limited. Brand pon ok-ok je la. Very factory outlet lah kiranya. Dan please, kalau panas, memang panas sebab dia open air. Kena masuk kedai2 untuk keringkan ketiak. Wahaha. Kalau factory outlet oversea, nyamanla sebab sejuk kan. Haha. 

Oklah, itu sahaja. Lepas tu kami ke singapore. Nanti sambung lagi entry lain. 

Mujur tido walaupun sekejap. ZZZ

**Pix uncut**

 Berebut M&M. Dan tak makan saman

Kalau tak guling tak sah

Bangun!

GOSH!

Nurul Iman. Shaklee Independent Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

3 comments:

anajingga said...

menarik tempat ni kena bawa wang recehan yang banyak gitu baru bestkan..salam ukhwah singga sini dapat info menarik..tqvm..

nurul iman said...

Hehe terima kasih

Mimi Azirah said...

Lepas nih kalo pergi johor leh lah singgah