Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 15, 2014

Beijing China

Assalamualaikum

Minggu lepas alhamdulillah kami sekeluarga ke Beijing. Hehe suspen tak? Mula2 waktu awal2 dengar cerita kehilangan MH370 tu, saya yakin by the time sampai masa untuk saya ke Beijing, issue dah selesai. Malangnya belum. Tapi takkan nak burn tiket pulak kan? Huhu. 

I want to fly, in to the sky

Kami ke sana naik AirAsia. Beli tiket time promo. Ini adalah pertama kali trip kami mengambil ground tour. Biasanya, kalau anda perasan, percutian kami semua santai dan sendiri. Bukan apa, tour biasanya penat dan kena ikut timetable orang. Jadi kita dengan budak kecil, agak susah nak ikut rentak orang lain. Tapi untuk bejing, dimana kami tahu language memang menjadi masalah, maka memang kena ambil tour. Basically kami tak tanya banyak agency sangat la. Ada 2 3 sahaja rasanya. 1 base malaysia, 1 base china. Last minute, ada orang bagitahu students sana pon buat business yang sama. Lokasi2 pelancongan yang dipropose oleh semua agency2 tu more or less sama sahaja. Jadi sekarang ni kena banding harga lah. Antara semua, pakej dengan student yang paling mahal. Tapi kami ambil dengan student. Sebab lagi yakin dan kenal. 

Pergi sana 5 hari 4 malam. Ha, dalam pakej tour agency, boleh masuk flight tiket, hotel, dan tour. Since tiket kami dah beli, jadi minta quotation untuk hotel dan tour sahaja. Last minute, kami decide nak duduk di hotel booking sendiri sebab tak pasti hotel apa yang di book oleh tour agent dan kalau boleh tak nak tukar2 hotel. Tour kan biasanya tukar2 hotel. Jadi quotation price hanya untuk tour package sahaja. 

Kami stay di hotel Grand Mercure Beijing, more sebab husband nak kumpul points -_____-. Alhamdulillah, bilik dapat upgrade pergi Executive Floor. Executive floor ada tempat makan sendiri di floor yang sama yang exclusive untuk penginap executive floor sahaja. Dekat situ juga dapat minum petang complimentary. Best! 

Me typical asian. Lepas ambil gambar ni, terus polis kastam tu warning saya. Saspen woh dah la Malaysia. taksal :D

Sampai! Kul 230 pagi okeh

1) Tiananmen Square
Tempat pertama pergi ialah tiananmen square. City square yang ke 4 terbesar di dunia. Lenguh jalan.

Perhatikan seluar budak tu -______-

Kat sini budak2 semua pakai seluar berlubang. Senang nak membuang katenyee!!. Jadi, ternampaklah montot2 comel dimerata2 tak kira jantina. Huhu. Seluar fancy juga. Tapi..terbelah ditengah2. Trend betul -_____-. Kalau budak2 tu pakai pempers, nanti kita nampak pempers lah di celah2 lubang seluar tu. Kalau tak... well i leave that to your imagination k. Hahaha

2) Forbidden City
Forbidden city ni masya allah cantik sangat. Ia adalah istana maharaja2 cina dulu2 dari Ming dynasty kalau tak silap. Size dia dekat 1 km ok. Dan cantik sangat. Ada beribu2 bilik untuk gundik2 maharaja. Huhu. Sekarang dah jadi museum la ^_^.

Foggy dan banyaknya debunga terbang2. Spring kan

Diaorang cakap dulu boleh masuk museum belakang tu. Tapi time kitaorang datang dia tutup pulak. Isk. Neway tetiba saya rasa mata saya macam sepet lebih. Mungkin automatik dia ikut lokasi kot -______-

Maafkan muka saya kami yang beria depan camera walhal budak2 menunjukkan perasaan sebenar >_<

Belah kiri yang berderet tu lah bilik2 gundik2 maharaja

Impressive architecture dia

Ni garden maharaja tu. Besar dan cantik! Tak upload semua gambar lah letih pula rasa hahaha. Tapi garden ni ialah penutup pada kawasan diraja ni. 

3) Masjid Niujie
Masjid ni adalah yang terbesar dan tertua di Beijing. Kami solat zuhur di situ. Yang unik, masjid2 di beijing ni separated antara satu sama lain tapi dalam kawasan yang sama. Contohnya: tempat solat perempuan, di pondok lain. Ambil wudhu di pondok lain. Solat lelaki di bangunan lain. Macam kalau masjid kita yang besar pon biasanya trendnya satu bangunan besar dan dipisahkan atas bawah or depan belakang ja kan. Ini macam kena jalan pusing sana sini lalu bahagian2 lain etc then baru sampai tempat solat perempuan. 

Ni dalam masjid. Yang kelakar, saya ingatkan line biru tempat letak kaki dan kita akan sujud di kapet hijau. Tiba2 waktu saya nak mula solat, tiba2 ada makcik penjaga surau tegur. Rupanya line biru untuk sujud dan line hijau ialah tempat saf. Terbalik!

Macam ni la bangunan dia seketul2 jarak2


Ni map masjid. MAP. Ok

Signboard! :D

4) Makan: food court
Sistem food court ni agak cool. Awal2 masuk, kita akan bayar duit untuk di isi dalam kad. Ketika nak beli makanan, kita akan swipe kad tu di kaunter dan duit akan di tolak dalam kad. Ala2 touch'n'go kad la. Cuma ni kalau tak habis pakai, nanti dia return duit time kita keluar. 

Ha macam ni lah counter to counter makanan. Faham menu tulis kat situ? :))

5) Beijing Botanical Garden
Selamba pakai baju ber-bendera malaysia pergi public place mujur tak kena baling botol :)

Bunga dia actually dah tak banyak sangat sebab dah nak habis spring. Tapi dapat la juga tengok

Kemas

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga tengok tulips secara live. Ada warna pink dan purple


Waktu awal2 masuk taman saya nampak ramai orang bawa jaring. Ala2 jaring nak tangkap butterfly. Jadi saya ingatkan ada banyak butterfly. Tapi tengok2 tak ada pon. Rupa2nya jaring2 tu untuk tangkap berudu! -______-
Jaring tangkap berudu dan aktiviti tangkap berudu


Reflections

6) Makan: Restaurant
Lepas tu kami makan di restaurant halal yang berdekatan.

Ini lah restaurant nya. Ok la juga

 Saya tak tahu ni nama apa. Tapi ia adalah roti dan ikan. Cara makan, masukkan ikan dalam roti. Macam di bawah


Ni ikan sedap dan di masak dengan hebat sekali bukan? stylee

7) Silk Factory
Lepas tu kami ke silk factory. Actually tempat2 macam ni kerajaan punya dan tourist macam wajib pergi la. Haha. Yela dia tau orang2 Malaysia suka shopping kan. Jadi lepas visit mesti nak shopping punya. Mula2 dia ajar macamana benang silk dihasilkan dari ulat2. 

Dari ulat jadi kepompong. Lalala

Yang dalam piggan tu cuba teka apa? taikk!. Tahi ulat2 tu di makan sebagai ubat. Hu hu. Tiba2 teringat kopi luwak >_<. thanks but no thanks. Yang putih2 dalam bakul tu ialah kepompong. Kepompong tu lah silk tu. Jadi dalam putih2 dalam bakul tu semua ulat2. Ada yang single ulat, ada yang twins ulat. Err..

Nampak tak dotdot warna coklat gelap berbiji2 atas kayu tu? itu ulat2 yang dikeluarkan dari kepompong putih2 tu. Kepompong tu di rendam dalam air dan dicarik2 dan diletak kat besi yang berbentuk half circle tu. 8 kepompong kot kalau tak silap untuk jadi macam yang depan ahmad tu. Jadi diaorang akan buat banyak2, dan jadi stuffing selimut, kain etc.

Silk original kalau carik2 dia akan jadi macam ni. Robust dan tak putus macam kapas2 tu.

Amboi hasan dia buat lap2 muka benda tuu. Dia ingat tu complementary agaknya 

Sarung selimut

Sarung selimut ini ialah silk, corak very nationalism, banyak ong sebab corak dan warna dan material. Gambar ikan 2 ekor bermakna kalau pegang nanti duit jadi double esokharinya. Ke gitu2 lah. Jadi, very ong lah katanya. Dan ni lah yang pekedai seboleh2 nak suruh kami beli. Amboi3. 

8) Summer Palace
Summer palace ni ialah tempat anak beranak maharaja pergi holiday tapi hanya pada waktu summer sahaja dan hence namanya "summer palace". "Winter autumn spring palace" ada tak? :D Cantik! dan besar ok. 


 Nampak tak warna coklat di celah2 dedaun pokok yang jarang2 tu? itu la summer palace. Dan walkaway ni ialah jalan kesana. Masuk walkaway dah kena bayar. Nak masuk palace pon kena bayar lagi nanti. 

Ni lepas separuh perjalanan. Palace dah nampak makin besar kan. Dah makin dekat 

Malangnya kami dapat jalan sampai separuh je. Sebab lepas tu hujan dan kami berlari balik. Hujan dia tak lebat tapi angin tu macam nak terbang je rasa. Mungkin sebab tepi laut/tasik, jadi air pon disimbah naik. Haha what an experience!

9) Beijing Zoo
Kami ke Zoo untuk tengok panda.

Nampaknya rakyat cina pon beria2 nak tengok panda! Yelah, zoo negara kita pon bukan sentiasa kosong kan. Ni apatah lagi ada panda *taksal*

Bersesak2 sangat macam nak tengok hajar aswad kat mekah je rasa. Hu hu

Panda pertama berjaya dilihat setelah berebut2, tolak orang, siku perut, laga kepala. Kasihan sungguh melihat keadaan panda tersebut. 

Nampaknya lagi banyak panda diluar kawasan dari dalam kawasan. LOL

Panda ni better condition dia. Yelah tengah makan kan >.<

Mamalia dari Malaysia

Ok binatang lain2 sama je rupa bentuk dia dengan binatang2 kat Malaysia. Wahah 

10) Tea Factory
Kalini kita belajar pasal tea pulak. Ni bilik2 'mengajar' dia. Kami diberi rasa hampir kesemua teh yang dijual. 

 Bulat2 belakang tu ialah teh. Ikut umur. Macam wine. The older the better and the more expensive.

 Dalam kotak ni ada teh. Packaging cantik. Jadi sesuai dibuat gift.

Tengok orang tanah liat dalam cawan tu 

Fungsi dia konon2 mengukur tahap kepanasan air untuk buat teh. Creative betul description dia walhal orang tanah liat jerr -_-. Jadi mula2 dia rendam dalam cawan air sejuk

 Keluarkan orang tu

 Jirus air panas (yang akan digunakan untuk buat air teh) ke atas orang tanah liat tersebut

 Tadaaa! tengok orang tu 'kencing'. 

Nampak tak nampak tak? Haa magic. Jadi kalau dah 'kencing' macam tu maksudnya air panas tu cukup panas dan sesuai untuk buat teh. Kalau tak, tak cukup panas. Please LOL :D.

Ni lagi satu magic.
 Cawan bergambar naga tulisan merah background hitam. Tuangkan air panas kedalamnya

Tadaa! jadi warna putih bergambar panda so cute!

11) Beijing Olympic Park
Sini kejap je. Sebab tengok2 gitu je lepas tu hujan. Dan kami pergi makan di restaurant muslim orang xi'an.

12) Pearl Factory
Pearl factory pon kena pergi kelas dia. Saya dah berazam tak akan membeli dan memang tak berminat sangat. Kebetulan instructor pon tak begitu interesting. Jadi, selamatlah. Sekali, dia tukar instructor. Instructor ini adalah sangat cool dan beliau juga mengaku 'malas' untuk 'mengajar' pasal pearl. Beliau expert dalam jade as compared to pearl. Jadi, what he did was, dia sembang2 dengan kami. Kemudian lepas ajar sikit2 pasal pearl, dia ajar pasal jade. Menarik juga. Then dia tunjuk jade dia. Memang pergh! Harga jade bergantung pada beberapa faktor: warna, transparency, watery look dan sound ke apa tah.

Anyhow, tiba2 dia bawa kami ke private room. Untuk private show. Bilik tu macam bilik rahsia. Pintu dia buka guna remote dan password. Ala2 macam dalam muvi ok. Lepastu pintu automatik slide terbuka. Mujur dia guna password. Kalau guna tapak tangan ke anak mata ke lagi muvi sangat kan -___-. Rupanya dalam tu memang private room untuk jade2 yang harga beratus ribu. *gasp*.

Time tu kami dah syak dah dia ni mesti somebody sebab dia ada access to the room dan semua dengar arahan dia. Bila dia lalu orang macam tunduk sikit. Cakap apa je dengar. Amboi rasa VIP sangat kami time tu. Hasan siap berbaring2 main bola dalam bilik tu -_______-.

Lepas tu dia bawa keluar, masuk ke show room di area luar2 tu dan..jengjeng, kat situ dia close deal >.<. Ya, bijak sangat! Sebagai orang yang buat business, saya memang impressed dengan cara dia close deal. Actually bila masuk je show room tu saya dah nampak step2 dia nak close deal. Namun, dah tak boleh diselamatkan lagi. Hu hu. Memang bijak!

Tu ha (yang tengah) gambar anak tokey kedai ni. Muda dan innocent kan. Tapi bijak ya ampun

Actually jade diaorang yang digunakan untuk olympic dulu. Main sponsor tak silap dan dia dapat main advertisement time olympic. Haha. Memang la patut bijak kan. Memang impressive!

13)  Farmasi 
Kami ke farmasi dulu pagi2 sebelum mendaki great wall. Belajar2 pasal ubat traditional macam koyok etc then habis. Tak beli ubat langsung. Maklumlah, katapon penjual supplement shaklee :). Walaupun nyaris terpengaruh dengan 1 krim ajaib ni. Dia cakap itu best seller dan orang Malaysia banyak sangat beli and even minta pos ke Malaysia. Krim tu sapu elok utk ekzema, serangga bites, apalagi la magic dia. Tapi sebab so far alhamdulillah budak2 ni tak ada ekzema, maka saya tak nampak point nak membeli. Teringat juga pada kawan2 yang suffering sebab anak2 ekzema. Tapi kang kalau belikan diaorang taknak kan dah rugi. Gittew. 

So since sales mereka tak berjaya, kejap je dan kami berjaya escape >:)

Ni farmasi tu

14) The Great Wall
Ini adalah highlight pada holiday kami. Memang tak sabar2 nak ke great wall. 

Lets climb!

Ni halfway. Kami naik sampai atas tu. Sejuk. Angin kuat macam nak terbang turun je rasa. Amboi

 Ahmad naik sendiri sampai sini! Semangat yang kuat

 Atas lagi..saya dah lenguh dah sebenarnya. Maklumlah perempuan tua. Cover2 konon2 tunggu ahmad. hehe

Mendaki

Somewhere along, we found this! berderet chain kat tepi2 dinding tu. Dah macam kat notre dame paris pulak ok entry pergi paris belum buat. Ops. Pelik. Memang simbolik ke kunci mangga ni orang letak di tempat2 pelik. haha

Deretan kunci mangga

Jauh lagi nak naik ni. Dengan budak2 lagi

Ahmad kata "woww"

The view

Spectacular


Ni dah di bawah. Bergambar dengan meriam buluh (yeke?). 

Cool lah lokasi meriam ni. Nampak jauh. Maknanya kalau ada musuh, boleh tembak awal2. Eh? :)

Seriously time turun, rasa seluar longgar sampai terpijak2. Ewah2 :D. Sumpah tak tipu. Tapi, kalau lepas tu melantak ni..seluar kembali di tempat asal dah tak terpijak2 dah. Nikmat kurus hanya sementara -______-

Masya allah ni menu yang paling sedap antara yang kami makan sepanjang di sini. Kedai ni memang power.

Ok, maka dengan itu, berakhirlah percutian ke Beijing.

In a nut shell.
1 - Senang cerita, kalau anda nak pergi beijing, pergilah dengan tour kalau tak reti communicate dalam mandarin. Kalau degil, good luck. Haha.

2- Beijing adalah bandar yang bersih. Itu sepanjang pengamatan saya la melalui tempat2 awam. Bukan nak kata mereka tak buang sampah merata, tapi mungkin kerana rakyat terlalu ramai maka ramai yang sudi membersihkan sampah2 tersebut. Sana sini ada je orang2 yang akan kutip sampah. Mungkin Malaysia, ramai pembuang tapi tak ramai pengutip? :D. Jangan marah k.

Makcik ni merata2 ada. Sentiasa kutip sampah. Ha, mana tak bersih bandar dia

3- Toilet, ya ampun masya allah tahap "semerbak" sampai keluar. Penat tahan kucil ketika berjalan seharian. Hu hu. Hasan pula spesis yang suka berak. Jadi, ya ampun nak cebok. *pengsan*. Yang ini i dont really get it. Sebab, western pon tak guna air, tapi tak da la bau horror macam tu. So saya pon tak tahu. Tapi kalau korang jumpa toilet bersih, jangan la lepaskan peluang. Chances are tak jumpa dah lepas tu. Wahah.

4- Kalau shopping kat tempat2 boleh bertekak, bawa tour untuk 'bertekak' pasal harga :)). Kami shopping sejam je untuk beli2 souvenir. Orang kata cadar, alasmeja, etc murah. Murah kalau tau kedai. Tapi quilt cotton memang murah. Hehe. Tak boleh lah bagi tahu price kat sini kang caras business orang lain pula. Lagi benda yang biasa orang beli buat business di sini ialah monopod, powerbank dan thumbdrive tak silap.

5- Chinese memang bijak berniaga. Saya dah faham sekarang. Dan mereka very competitive sebab rakyat diaorang ramaii. Dan mereka berkerjasama untuk menguntungkan sesama sendiri. Win-win situation.

6- Mereka pelik tengok orang bertudung (kot). Mungkin sebab beijing area tak ramai bertudung (kot). Ada satu kawasan nama Xi'an. Itu memang muslim. Dan tak silap saya macam ada perbalahan ke politik ke apa dah tak ingat pasal Xi'an tu. Jadi, ketika kami jalan2, ada yang cakap2 "xi'an, xi'an". Dan instead of kami yang ambil gambar ala2 tourist, mereka treat kami macam kami mamalia nak pupus. Asyik tengokk je dan ambil gambar -_______-. Nak jalan pon rasa conscious. Berapa kali orang2 ambil gambar sarah. Dia pelik kot kecil2 pakai tudung. Huhu

7- Tour2 ni wajib bawa tourist pergi certain area (macam yang saya sebut di atas tu). Banyak lagi sebenarnya tapi kami cancel. Tak larat dah jalan. Kami cancel show malam i.e. kungfu, acrobatik etc. Sebab balik dah flat. Budak2 dah penat. Rasanya ground tour elok untuk team dewasa sebab dia sangat pack. Kali ni mujur  hanya family kami dan ambil dengan student. Jadi bolehla adjust2 sikit. Itu pon tempat2 yang wajib pergi memang kena pergi. Pandai kan government dia? win-win situation untuk rakyat dia :)

8- Makanan dia sedap alhamdulillah. Nasi dia likat. Kanji banyak. Yela guna chopstick kan. Tapi saya balun macam orang Malaysia. And there goes my weight >..<

9- Stroller friendly. Untuk yang nak bawa stoller, boleh la. Beijing stroller friendly, tak macam Paris. Tapi kat Great Wall, jangan bawa stoller laaa :D.


Ni di airport. Best sangat trolley dia. Teringat macam kat Narita airport Jepun. Tayar mudah pusing. Ahmad dan Hasan duduk sorang satu. Tak bawa stroller kan. Dah la malam2 buta flight.


They say, gold have value. You can trade in. But jade, there is no value for jade. Its priceless
"yi sheng ping an"



Nurul Iman. Shaklee Independent Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

No comments: