Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 23, 2014

Tips: Persediaan Ramadhan 2014

Assalamualaikum

Ada orang tanya bila nak update blog pasal phuket? Hm, sebenarnya bila update pasal traveling / vacation, kena ada mood. Biasanya tulis bila nak ambil mood nak pergi berjalan, atau nak refresh feeling waktu cuti. Hehe. Masalah sekarang ni ialah dua2 pon saya tak rasa. :)). Macam mood cerita pasal vitamin je. Tak tahu apa penyakit tah sejak2 musim panas ni. Wahah. Jadi, nanti dulu insya allah nanti saya update pasal itu ya. 


Kali ni nak cerita pasal bulan ramadhan. Maklumlah, lagi semunggu je (silap2 tak sampai seminggu) nak puasa. Jadi, macamana perasaan kita? ada kawan2 saya yang sangat dragging nak masuk bulan puasa. "Ala lepas ni puasa. Tak boleh itu tak boleh ini" tak kurang juga yang berkobar2 nak masuk bulan puasa "tak sabar la nak masuk bulan ramadhan. Boleh focus beribadat" aiceyy. 

Di sini saya nak kongsi beberapa tips (bukan tips sangat la) untuk pre-ramadhan. 

a) Sediakan pakaian raya dan pemberian raya anda dari sekarang.
Sediakan dari sekarang sebelum ramadhan. Samada pakaian raya anda atau pun pemberian2 raya anda. Bungkus dan label. Nanti bulan puasa, bila lapar, perasaan nak membeli membuak2. Jadi, silap2 judgement kita clouded by lapar dan kita tend to over-spent (cey ni cakap kat diri sendiri lebih ni :)). Lagi satu, bila bulan puasa, letih la nak jalan2 rebut2 di kedai2. Tapi saya percaya ramai je yang dah settle ni awal2. Tempahan baju pon tutup 2 bulan sebelum kan. Huhu

b) Kemas rumah.
Ni penting. Nanti bila bulan puasa, letih kan nak kemas gotong royong bagai. Jadi, buat siap2 sebelum puasa. Ambil la daily maid ke apa ke untuk kemas (ni bagi yang tak ada maid dirumah dan taknak buat sendiri). Lagi satu, bulan puasa kita nak focus beramal. Taknak la buang2 masa sokmo kemas rumah. Dan lagi satu at least, rumah takla huruhara sangat nak kemas time raya :D

c) Rancang menu anda untuk berbuka dan sahur di bulan Ramadhan. 
Rancang dari awal dan beli lauk basah siap2. Bekukan. Bulan ramadhan biasanya rushing. Semuaorang berlumba2 nak balik cepat, nak siap juadah berbuka dan berbuka di rumah. Jadi akan jem dan sesak. Kalau tak ada plan menu, nanti nak pergi pasar lagi. Time tu sekali lagi nafsu makan membuak2. Jadi pembelian maksima time tu. Air semua warna nak beli -__-. Dengan merancang, tak ada la stress sangat tiap hari nak fikir nak buka apa nak sahur apa ok saya memang stress kalau fikir bab ni :)). Itu pasal la suruh try 3 Gem. Settle bab sahur :D

d) Analisa dan fahami rutin harian anda.
Fahamkan bila tenaga anda maximum dan minimum dan waktu paling sibuk untuk melayan anak2 dan suami. Arrange aktiviti mengikut kadar tenaga anda. Contoh paling maximum mestila lepas sahur kan -__-! Jadi maximize aktiviti ketika itu contoh: membaca alquran. Dan mula fikir aktiviti ketika tenaga paling minimum. Mungkin paling minimum ketika lunch hour di office? almaklumlah bila dekat2 nak buka, tenaga automatic banyak kan? tapi mesti digunapakai untuk focus pada juadah berbuka :D

e) Susunkan doa2 yang applicable ketika bulan puasa dan list kan hajat2 yang anda nak minta dibulan ramadhan. Doa2 tertentu macam buka puasa ke, niat puasa ke, doa lepas solat tarawih ke apa ke. Kumpul2 setempat nanti senang. Listkan hajat anda sebab bulan ramadhan ni bulan yang barakah kita nak pulun semua minta dalam bulan tu :)

f) Tingkatkan stamina anda. 
Cuba latih diri berlapar sikit2 dari sekarang. Ok dah terlambatla kan by this time post ini di published. tapi masih boleh mentally kan. Hehe. Biasanya orang akan mula dengan puasa sunat dulu. Biasa2kan perut. Almaklumla bila lapar, senang naik angin kan. Hehe jadi kena practice2 duluu bagi senang control nanti :)

g) Senaraikan target ramadhan anda. 
Buat yang realistik. Contoh: target nak khatam ke atau berapa mukasurat nak baca sehari. Atau tarawih berapa rakaat. Atau nak derma berapa RM sehari. Atau apa aje lah hehe 

Itu sahaja tips basic yang simple. Saya pon kumpul2 je ni dan tambah2 :). Semoga kita dapat mengambil sepenuh manfaat dari bulan yang penuh barakah ni.

Moga2 memberi manfaat!



Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: