Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 10, 2014

Perihal di Gaza

Assalamualaikum

Saya nak raise concern pasal isue palestine. Bukanlah saya nak cerita details pasal palestine. Itu anda boleh cari di banyak website2 berkaliber seperti aqsa syarif. inminds.com etc. Tapi ni nak berkongsi points2 yang saya dapat first hand dari mereka2 yang pergi Gaza tahun lepas. I bet the situation doesnt change much. 

1- Bumi Yang Tenang
Bumi palestine adalah bumi yang sangat tenang. Kalau kita di Malaysia macam sering horror sebab dengar cerita bombing etc kan. Tapi mengikut mereka yang pergi, masuk je Gaza, perasaan tenang je. Kehidupan seperti biasa. Anak2 bermain walaupun tiada mainan. Even ada satu malam tu ada kenduri walhal di langit nampak roket2 ancaman dilancarkan. Macam, life has to go on. Dan mereka dah hidup lebih 60 tahun dengan keadaan tu. Jadi mati dah jadi normal. Apatah lagi mati = syahid. Yang memang sangat ditunggu2. Bukan macam kita. Takut mati kan? Hohoho

2- Business
Saya tanya apa business di Gaza, macamana kehidupan, apa pekerjaan mereka. Business ada. Macam kita. Ada business kraf, ada business bahan2 binaan. Menjahit. Dan oleh kerana mereka di sekat sumber makanan dan bahan binaan dengan sangat teruk, maka mereka mempunyai beribu2 laluan bawah tanah. Di situlah bahan2 mentah di bawa keluar masuk.  Itu lah juga business mereka. Padan muka laknatullah israel yang masih tak dapat nak kesan terowong2 tersebut. Bayangkan bertapa bijak dan kuat nya engineer2 palestine membina terowong2 bawah tanah. Life and death. Biasa kita tengok cerita prison break, shawshank redemption je dah impress habis kan. Hu hu hu :")

3- Kedai Makan Free
Saya ingat2 lupa. Tapi KALAU TAK SILAP, ada satu kedai makan yang akan bagi makanan (roti taksilap) free pada semua orang. I THINK ada hari dan waktu tertentu. Ini kalau saya tak silap ya. Dan ynag impressivenya, orang takkan ambil lebih tamak haloba macam kita ;"). Diaorang ambil cukup2 sahaja dan jadi cukup untuk ramai orang. Oh by the way, aqsa syarif ada buat kilang roti di Gaza. Tengok di sini

4- Tiada Peminta Sedekah
Dalam banyak2 negara yang mereka pernah pergi, di gaza TIDAK ADA seorangpun peminta sedekah. Malah, ketika kanak2 diberi gula2 di sekolah2, biasalah kita terlepas pandang dan ada kanak2 yang akan dapat 2. Kanak2 tersebut akan cuit pemberi dan pulangkan balik gula2 tu seraya menunjukkan gula2 yang sudah dapat ditangan. *cry*. Kat tempat lain hado? Mereka sentiasa cukup dengan apa yang ada dan beringat tentang yang lain. Lagi satu, kalau macam di afghanistan etc, kanak2 suka kejar kereta kan. Sebab nak duit. Dan bila bagi duit, nanti ramaii lagi yang akan keluar dan kejar. Betul tak? Di gaza, kanak2 kejar kereta. Tapi bukan untuk duit. Mereka suka orang datang. Kanak2 tu suka bergambar. :). Tak ada siapa minta duit. Hu hu.Sobs. 

5- Bridged al Qassam
Saya tak tahu lah nak tulis atau tak pasal ni. Tapi cukup untuk mengatakan bahawa bridged ini ialah impian setiap anak muda untuk dapat turut serta. Ini semacam penghormatan kepada mereka. Namun, syarat2 nak masuk teramat ketat seperti solat tahajjud, solat jemaah di masjid kena full 6 month. Kalau termiss satu kali, kiraan di reset semula. Tu syarat untuk qualify :"). Belum lagi cerita requirement menjadi hafiz etc. Kerana itulah bridged ini amat di geruni oleh israel laknatullah tu.

6- Wanita Melahirkan Ramai Anak Especially Lelaki
Wanita2 di gaza mempunyai ramai anak. Kebanyakannya lelaki. Bahkan seolah diganti kepada yang syahid. Population mereka tetap berkembang malah subur walaupun israel laknatullah bercita2 membuat ethnic cleansing. Kemain lagi macam bagus je kan. Kalau tak silap, jumlah bayi yang lahir hampir menyamai jumlah yang syahid. Ha, cuba lah nak ethnic cleansing

Rasanya itu sahaja point yang saya ingat. Almaklumlah dengar tahun lepas. Baru terasa nak share tahun ni. Reason? saya penat ulang cerita yang sama pada tiap orang yang bertanya. Hu hu. Jadi share sini supaya lepasni senang refer. Wahah :D

Cerita pasal orang yang insya allah masuk syurga memang best. Saya melihat pada diri sendiri. Apakah nasib saya kelak? Sobss..



Sekian semoga bermanfaat 


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: