Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 29, 2014

Pilihan Permainan: Ibu bapa Rajin ?

Assalamualaikum

Nak tengok beza permainan gadget dan mainan traditional 'zaman2 kita dulu2'? Tengok bawah ni. Hehe


Personally, saya rimas tengok anak2 melangut je tengok benda patsegi tanpa ada pergerakan fizikal mahupun mulut. Boleh? Ada tak orang lain spesis macam saya ni? Hahaha

Jadi seboleh dan sedaya mungkin saya akan suruh mereka buat apa2 lah selain dari mengadap benda empat segi tu. Dan jangan terkejut, banyak sangat idea anak2 ni sebenarnya. Bergaduh, membising, riuh, bersepah tu..adat lah. Bergaduh kan sejenis komunikasi. Mereka belajar interaksi sesama sendiri, belajar berkongsi, belajar macam2 padanlah anak2 saya potpet je kerjanya. Ibu bapa boleh ambil kesempatan menanam nilai2 murni ketika mereka bergaduh tu. Contoh, "siapa mengalah dia dapat pahala". Opening statement macam tu kan boleh generate a very long discussion. Trust me -__-. Dan bukan kah itu ruang untuk anda 'mendidik' anak2 anda? dan ruang bergaul dengan anak2? 

Penat memang penat lah. Lepas ada anak, memang forever akan penat. Sampai lah kita meninggal nanti -____-

Issue nya sekarang, rajin atau tidak je lah untuk melayan :). Anda pilih ya!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: