Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 19, 2014

Sistem Reward

Assalamualaikum

Ada satu hari tu saya 'terserempak' dengan penjual online yang menjual wall sticker. Sebenarnya saya tengah search pasal kertas untuk di tampal di dinding supaya boleh anak2 menconteng dah asyik kerjenya nak conteng dinding. Tapi terjumpa pula sticker dinding. Jadi, dengan berhemahnya saya order dan beli. Online shopping ni memang merosakkan account bank la :(. 

Lepas beli, saya dapat idea baru. Saya potong kertas besar tu menjadi size comel seperti di bawah. Niat mula2 supaya sarah boleh tulis2 atau ahmad dan hasan main conteng. Tapi lepas tampal di dinding, Allah bagi idea spontan buat 3 column tulis nama sarah ahmad dan hasan. 

Bila tanya "mama nak buat apa?" automatik saya jawap "ni untuk letak star. Kalau akhlak mulia, boleh dapat star". "wow!" kata budak2, sebab impress. Ha ha ha. Walhal, saya pon tak ada idea lagi apa ending nya terhadap star2 tersebut -..-.


Jadi budak2 asyik yearn for stars la kira. Hehe. Dan kalau nak padam star, oh memang menjerit2 :D. Bila total stars dan lebih dari 10, saya rasa nak reward diaorang. 

One fine day, julung2 kalinya masuk toys'r'us. Ini kali kedua kot sepanjang hidup bawa budak2 masuk toys'r'us. Ha ha ha. Melompat la masing2 dalam tu -_-!. Dan sebab mama tiba2 pemurah, jadi up kan sikit la budget beli toys masing. 

Hasan pilih lori. Ada jentolak, tapi dia nak lori. Lori CAT. Ok material bagus. Steady and firm harga pon steady dan firm gak -__________-

Ahmad ambil benda ni. Saya pon tak tahu nama. Tapi first time tengok di rumah kawan. Impressed dengan teknologi dia yang tak menggunakan kayuh mahupun motor. Kira2, gerak ikut design aerodynamic kot :D

Sarah pilih ni fuiyoo. Maklumlah, mainan lain2 semua boring kan. Takkan nak beli baby doll pulak? :)) Dia pilih ni, ok layann

Balik2 terus nak main. Ahmad dan hasan tak ada masalah sebab ride on. Sarah punya kena buat. Dan of course mama kena join, nak baca manual etc -..-

Ni barang2 dalam kotak. Siap2 pakai safety goggle :D

Dalam kotak tu ada macam2. Mini lab lah kiranya. Ada bahan2. alat2 dan manual untuk buat dalam 90 experiement (pengsan!). Benda basic dia tak bagi la macam vinegar, telur, salt etc. Buat lah 2 3 experiment petang tu juga. Maklumlah dah beli takkan tak buat pula -_-.

Experiment pertama buat yang paling senang. Iaitu buat bubble solution. Tapi kena tunggu 24jam untuk siap. Jadi kami rendam dalam baldi. Lepas tu esok lupa pesan kat bibik, bibik dah buang bubble solution kami T_T.

Experiment kedua pada hari itu ialah air dan minyak. 

Experiment oil and water. Yang sirap sebelah tu saya reka2 sendiri. Nak tunjuk beza pada budak2 bahawa sirap masuk dalam air, manakala minyak terapung. Haa, melopong ahmad dan sarah *mama memang tere! :D*

Experiment ketiga ialah ketika minyak dan air beku, maka posisi akan terbalik. Tapi lepas beku, saya tengok experiment tak menjadi. Nanti lah repeat balik ye :)).

Experiment keempat adalah telur dan vinegar. Iaitu kulit telur akan hilang setelah beberapa hari. Tapi lepas beberapa hari, tiba2 kulit crack lepastu busuk. Ok lepastu saya buang je. Tak jadi juga :/


Experiment kelima ialah volcano from glycerol dan vinegar. Menjadi la juga tapi tak begitu meletup2 dan melimpah ruah sebab letak vinegar slow sangat. Guna picagari. Wahaha. Ini boleh buat lagi dalam art class!


Ok cukup lah 5 experiment dalam satu masa. Dah penat dah. All in all, saya rasa worth la spend macam tu untuk budak2. Dan mereka pon puas hati sampai ke hari ni main. Cuma experiment2 sarah, perlu mama -_____-. Dan star, kita padam balik start dari 0! :D


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

2 comments:

mysha said...

Bagusla idea yang bg star nih.. kene praktik utk iA nih hehehee

Bestyer banyak experiment leh buat..

nurul iman said...

Ha cuba. Hehe ala2 sistem merit kat sekolah dulu