Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 26, 2014

3-in-1: Aktiviti Matematik

Assalamualaikum

Dek kerana di peer pressure oleh rakan saya (di facebook mahupun verbal), maka saya kena up kan entry pasal aktiviti ni dulu seraya memotong queue entry lain. Haha.

Ok aktiviti yang saya buat senang je sebenarnya. Tapi nampaknya boleh dibuat menjadi 3 bahagian / 3 stages permainan. Bukan apa, ahmad buat sampai 3 bahagian. Habis satu bahagian, dia nak rehat. Jadi, bersambung2 lah aktiviti nya. Kebaikannya ialah, saya tak payah la fikir aktiviti nak occupy dia at least 3 siri dah cover :D

Bahagian pertama: Aktiviti mengenal nombor dan mengira dengan betul

Mula2 ambil 1 helai drawing block. Lipat jadi 16 kotak. Bukan apa, saya rasa kalau nak lipat lagi nanti jadi kecil sangat pula. So saya dapat sampai 16. Jadilah :)

Lepastu tulis nombor di setiap kotak. Kat sini, saya jumble up nombor2 tu. Jadi, tak ikut turutan. Saja2 je nak bagi lagi susah kenal nombor bukan sebab turutan. Hehe

Ni Ahmad tengah sebut satu2 nombor

Minta anak2 cap jari sebanyak nombor yang tertera dalam kotak. Contoh: kotak bernombor 8, jadi kena ada 8 cap jari. 

Gembira nak mula cop2

Ha cop macam ni. Ahmad ikut turutan nombor yakni 1, 2, 3 etc. Tapi dia kena cari nombor next tu sebab kan dah jumble up. Eye, brain and hand coordination, selain mengira dengan betul. Hahaha

Ecece dah terror sikit nak buat serentak 2 tangan 2 color terus. Ini namanya multitasking which will involve more coordination between hand, eye and brain. Betul tak? 

Getting the rhythm already and getting the numbers and total cop jari correctly. Time ni mak2 dah boleh rehat sementara tunggu anak2 siapkan sampai habis 
p/s: ni yang rasa nak buat berhelai2 sampai nombor 100 ni kahkah

Tapi tak boleh rehat kalau lepastu datang lagi sorang nak buat juga -__-

Layan lah sebab dah on the verge nak buat perangai -_____-

Tadaaa! dah siap. Dan betul! 

Habis bahagian satu. *ahmad nak rehat*

Bahagian kedua: Aktiviti menggunting

Bahagian dua ialah aktiviti menggunting mengikut line. Menggunting ni sebenarnya bagus tau untuk exercise motor skill dan ketelitian anak2. Pantau la kalau yang muda sangat. Ahmad takla muda. 4 tahun dah. Ekeke

Caranya ialah, suruh je gunting semua yang dia dah buat tadi menjadi kad kecil2. Senang kan? senang kan? *flips hair* ;)


Ops, nombor 8 dah terlajak

Yey dah siap!

Mohon susun ahmad? "ahmad penat la mama. Nak baring jap -__-" Kan kaki dah terbaring tu kan kan

Bahagian ketiga (dah boleh teka kan): Aktiviti menyusun mengikut urutan dan campur

Kad2 yang dah dipotong tadi, kita suruh anak2 susun ikut turutan nombor.

Laju je dia buat

Walaupun tertonggeng terbalik meniarap duduk

Siap yey!

Lepas tu kami main campur2. Saya tak buat kad simbol matematik. Saya guna blok kayu dari permainan matematik yang dah tersedia. Soalan pertama "cuba teka berapa umur mama?, ambil 14 + 16" ha kira lah hehe. 

Senang sebab untuk campur, dia cuma kira berapa cap jari dalam kotak.  Untuk tolak, kena fikir cara lain pula.


Bahan2: drawing block / kertas, ink pad (berwarna menarik), pen dan gunting
Masa: err...

p/s: kan 3 series game ni. Tengok baju ahmad atau tak berbaju kan lain2 setiap bahagian

Sekian selamat bermain!



Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: