Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 20, 2014

Slimy Sensory Play

Assalamualaikum

Saya banyak aktiviti art yang saya buat dengan budak2 yang saya tak update di sini. Jadi saya akan cuba update satu per satu. Kalini punya entry cerita pasal 'slimy'. Benda slimy dan involve food ni agak messy. Jadi kami buat pada weekend supaya banyak masa sikit.

Sebenarnya saya nak buat benda lain. Tapi end up jadi benda lain :). 

Cara2nya ialah mula2 campur tepung kanji dengan sedikir air dalam bekas dan kacau. Campurkan perwarna untuk memberi warna pada bahan slimy. Boleh guna food coloring atau water color. Saya guna water color je sebab the only food coloring yang saya ada ialah warna biru. Jadi, saya suruh budak2 pilih 2 warna je. Bukan apa, jenuh pula nak masak banyak2 kali kalau banyak2 warna kan. Hekhek. 

Campuran tu tadi di masukkan dalam periuk dan di panaskan perlahan2. Kena sentiasa kacau kalau tak nanti dia mendak. Bila dah likat, keluarkan dan letakkan di bekas lain (sebab periuk tu tadi nak guna untuk masak warna lain pula huhu).

Tadaa! ni 4 warna pilihan. Yang putih/jernih tu adalah natural. First try tanpa apa2 warna

Sejukkan sekejap then boleh mainn!

Likat dan melekat2. Tapi sebab belum fully kering

Ni hasan nak main

Dan melekat pada tangan

Hasan main sekejap je. Saya baru perasan yang hasan tak suka main benda2 messy ni kecuali watercolor. Haritu main tepung pon macam tu. 

Tapi kakak abang dia were having a blast! Lepas diaorang dah dapat rentak macamana nak main slimy tu, memang habislah semua jadi spiderman :D. Kebetulan pula pilihan warna tu memang macam ala2 spiderman kan. Mujur tak tepek kat dinding je. 

Sangat anjal. Balut2 pada tangan

Dan stretch! Macam spiderman! Elok sangat ahmad pon tengah pakai baju spiderman

Ini sebenarnya cubaan nak lukis spider pada pinggan. Tapi jadi macam ni sebab slime tu lagi senang melekat pada tangan dari pinggan

Yang spider biru keliling putih tu sarah punya. Yang hitam merah tu ahmad punya. Yang tompok2 merah hitam biru tu hasan punya. Dan yang paling kemas (ahem) warna merah tu, mama punya :D. Buruk? its an ART! :)))

Bahan2: Tepung kanji, air, perwarna
Masa: 10-20 minit masak tengok quantiti. masa main tergantung pada masing2 :) 

Ini adalah artplay untuk budak2 play pretend dan sensory development skills. 


Sekian selamat mencuba!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

3 comments:

nini said...

amboih sakan depa dok main ek.....menda ni boleh simpan ke lepas main....atau main pakai buang je...hihi

nurul iman said...

Haha. Kalau simpan sehari ok la. Lama2 dia boleh keras :)

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Menarik jugak.. mmg seni itu indah..=D