Slowly saya akan update pasal #imanartclass yang saya buat di akhir2 3rd trimester pregnancy saya. Kali ni pasal body tracing fun. Ramai dah buat benda ni. Sebab senang kot kan? :)
Sebab ada 3 orang 'murid' maka saya kena guna 3 kertas mahjong. Biasalah, since saya dah tak larat nak terbongkok2 trace kan sorang2 anak2 saya, maka kerja2 tersebut di ambil alih secara rela hati oleh Sarah. Ekeke.
Sarah trace Ahmad
Sarah trace Hasan. Tapi Hasan ketawa2 geli
Dan saya trace Sarah *jadi takda siapa nak ambil gambar LOL*.
Taraa, ni hasil tracing! Maaflah semua tak muat size kertas ~__~!
Lepas tu, masing2 kena warna/hias gambar masing2. Ikut kreativiti sendiri (Note: ini adalah taktik mama nak berehat kahkah). They are on their own. Buat lah apa aja mama nak pergi mandi.
Semua khusyu'. Adegan rebut warna, pensil warna etc..biasalah kan
Dan hasilnya, taraaa! I bet you can tell who's who.
Hasan: warna ikut suka dimana sahaja haha
Ahmad, as usual ada tema i.e. muka coklat, baju pon nak coklat. Yang merah tu ala2 ultraman. Hitam tu rambut. Warna tak habis sebab..rehat halfway as usual, until all the way hahaha
Sarah. Paling detail siap ada dialog. Warna mesti betul ikut yang sebenar. Tak habis sebab dah penat
Bahan2: Kertas mahjong, marker, pensil warna/marker/magic color (supaya outstanding).
Note: diaorang mewarna guna marker warnawarni, sebab tu letih. Kertas besar patut guna watercolor or crayon lagi mudah.
Masa: 15-20 minutes untuk tracing depends on budak2
Selamat mencuba!
p/s: Didnt i tell you that #imanartclass ketika diakhir pregnancy saya bersifat short dan very short? :D
Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)
No comments:
Post a Comment