Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 13, 2015

Wall Painting?

Assalamualaikum

Weekend lepas genap 2 minggu saya dalam pantang. Lambatnya rasa masa berlalu ketika dalam pantang. Tapi nanti mesti sedih bila dah nak mula kerja.

Kali ni nak cerita lagi pasal #imanartclass yang di conduct sebelum bersalin. Bukan apa, orang tanya2, jadi saya kena update di sini lah ahaha

Saya dapat idea bila watercolor budak2 ni dah nak habis. Yelah asyik guna je kan. Saya ada minat satu ni: finger painting? ke apa nama dia maaf dah lupa. Brand crayola. Tapi mahalnya adoi lah. Sampai sudah tak beli2 asyik dok tenung setiap kali pergi kedai tu :)). Tiba2 akhir tahun kan banyak year end sale. Pergi lah ELC. Nampak watercolor in bottle dan SALE! RM9 sebotol ada 20% diskaun. Oklah kan dari tak ada diskaun langsung. Ikut rasa tamak, nak beli semua color. Tapi, ikut keupayaan nak angkut dari ofis ke rumah, saya matikan niat tu dan limit pada 4 botol je. Itu pon, separa maut angkat dari ofis ke rumah. Haha.

Saya pilih 4 color basic (hijau bukan basic, tapi perlu)

Kawan saya bagi idea untuk campurkan color2 basic ni untuk jadi color lain. Menarik idea tu. Jadi, saya pon buat campuran warna. Ajar budak2 warna primer, dan buat apa untuk dapatkan warna sekunder. Ala2 science + art gittew :)

Biru merah kuning = warna primer ye anak2

Palette ni ada 6. Jadi, 3 saya letak warna primer, lagi 3 kita mix with each and each other

Sebelum tu saya suruh budak2 teka dulu agak2 apa outcome kalau warna A + warna B, warna B + warna C, warna C + warna A.

Jadilah macam ni! Purple tu nampak gelap. Tapi bila cat, jadi cantik

Dah bancuh, takkan nak biar je kan? apa kami buat lepas tu? jengjengg *ini idea sebenar saya nak buat. Mix color is just icing on cake saja:)*

KAMI CAT DINDING TOILET! ahaha

Well well, waktu ni ialah waktu mama berehat. Hehe. Kan dah kata #imanartclass ketika third trimester kebanyakannya untuk mama rehat:). Saya biarkan mereka conteng ikut suka, guna lah color apa ikut suka, berus sorang satu. Main sampai puas. Enjoyy!

Mula2 diaorang blur nak buat apa. They just contengg tak da arah tuju. Dah nak penuh dinding baru sarah ada idea nak melukis -_-!

Kan puas hati penuh. P/s: Cantik kan dark purple jadian tu :D

Saya ingat peak of performance ialah conteng dinding tu. Tapii rupa2nyaa, time basuh balik dinding lagi fun! *mestila basuh balik thats the whole point of conteng dinding toilet hahaha*. Basuh balik sebab saya memang ajar budak2 ni untuk KEMAS BALIK LEPAS MAIN walaupun ada bibik = disiplin *mak garang hekhek*

Struggle ambil gambar ni :D

Cara basuh balik ialah saya spray air kat dinding, budak2 akan bersihkan guna berus masing2, atau tangan, atau apape ikut suka diaorang. Wah, seronok rupanya terjerit2. Kerja mak? senang je, spray air sambil duduk atas bowl toilet (yang ditutup). Hehehe.

Cuba lah!

Bahan: Cat, berus, dinding toilet ekeke
Masa: Ikut suka!
Skills: communication, art, science, color, imagination, basic painting creativity, gross motor skill

Ini adalah artclass yang paling senang :))


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: