Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 25, 2015

Nama Pada Botol Air

Assalamualaikum

So blog ni antara yang terlambat untuk cerita pasal hari pertama persekolahan. Banyak sangat nak cerita, masa yang tak begitu mengizinkan *cliche sangat ayat* :D

Ahmad masuk tadika tahun ni. Menangis first day je. Alhamdulillah second day takat gosok2 mata ala2 nak nangis tapi lepas tu ok je sampai sudah. Hehe

Sarah, steady je dah darjah 2 :)

Malam sebelum sekolah, of course lah malam yang kelamkabut (if not the next morning kan LOL). Malam tu heboh nak cari marker pen nak tulis nama di semua barang2. Masalah tiba2 sebab nak tulis nama pada botol air. 

Macamana nak tulis nama pada botol air? So this is what happens:

Idea mama: Tulis atas kertas, tape kan guna selotape lutsinar pada botol air, cover semua area kertas nama supaya tak rosak bila kena air

Idea bibik: Tulis atas masking tape warna putih dan tampal pada botol air (masalahnya masking tape tu tak ada kat rumah pada masa tu)

Idea sarah: See below!

Tulis guna marker pada botol, dan tape kan guna selotape coklat ni. Jadi marker tu tak tanggal lah. Kreatif kan?!

Ahaha saya rasa out of the box habis lah idea nih; sebab:
1- dia guna bahan yang ada depan mata
2- it is working and practical 
3- simplicity at its best!

I marvel at the idea; hence sharing it here :D. You can use it too!
Selamat memulakan persekolahan semua! kihkih


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)