Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 22, 2015

Pilihan Nama Anak2 Saya

Assalamualaikum

Pilihan nama anak2 adalah subjektif. Ramai orang pelik dengan pilihan nama anak2 kami yang super simple. Sebab kami tak ikut trend sekarang yang canggih, style dan panjang. Tapi, dalam pelik2 tu, rupanya nama anak2 saya ramai peminat rupanya. Selepas bersalinkan Ahmad, orang dah nampak trending kot dan semua orang tak sabar2 dan ternanti2 nama anak no 3 dan no 4 saya. Serious saya rasa pressure pula nak kena tunggu sampai 7 hari baru boleh announce. Yelah, sebab sunat kan. Kita kejar je lah 7 hari :D. Cuma nak menahan 'peminat2' yang whatsapp, sms, call, message fb tanya nama anak. Ahaha *maafkan ke-perasan-an itu tapi betul tak tipu*. 

Nama anak2 saya: Sarah, Ahmad, Hasan dan Yasir so far (eh?). Simple kan? Tapi sebenarnya, susah. Ada konsep dan ciri2 yang saya perlu disebalik pilihan nama2 tersebut.

1- Jelas jantina 
Sekali sebut, mesti jelas jantina empunya nama. Saya taknak orang tertanya2, eh laki ke perempuan? Sebab setengah2 nama saya pon confuse lelaki ke perempuan. Dahla baby muka serupa je kan baby boy ke baby girl ke :D. Dari 4 nama tersebut, obviously anda boleh teka berapa lelaki berapa perempuan kan. Hasan, takkan perempuan kot? kamonnn -__-.

2- Mempunyai maksud yang elok
Kalau anda perasan, walaupun simple, tapi keempat2 nama tersebut semua mempunyai maksud. Dan maksud2 yang baik. 
Sarah = Permaisuri, Princess etc
Ahmad = Yang paling kuat memuji (Allah). Ahmad adalah kata akar Muhammad (bermaksud yang terpuji).
Hasan = Yang baik 
Yasir = Yang mudah

3- Nama tokoh; dulu atau kini (doesnt matter)
Sarah: isteri kepada nabi Ibrahim a.s.. Also inspired by my friend Sarah who is very good and nice inside out eh gittew
Ahmad: gelaran nabi Muhammad sebelum di angkat menjadi rasul. Imam Ahmad Hanbali - pengasas mazhab Hanbali
Hasan - Nama kepada cucu Rasulullah, Hasan al banna, Hasan al basri, Hasan marican? pon bolehh :D
Yasir - Antara sahabat yang terawal masuk islam; yakni bapa kepada Ammar bin Yasir, suami kepada Sumayyah yakni yang pertama syahid, menjadikan Yasir orang kedua syahid.  

4- Evergreen
Percayalah, nama2 ni semua evergreen. Orang tak pelik dan takkan luput di telan zaman. Hahaha

5- 5 huruf
5 huruf supaya bila di panggil, tak di potong. Bila dipanggil, namanya disebut penuh. Jadi maksudnya dan sandaran harapan kepadanya; kekal. 

Sekian sahaja sedikit sharing soalan2 biasa di tanya kenapa bagaimana dan mengapa pilihan nama2 tersebut di buat. Apa2 pun, terpulang kepada masing2 untuk memberi nama pada anak2 masing2. :)


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)