Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 3, 2015

Lessons Learnt Untuk First Time Mom

Assalamualaikum

Sempena Thaipusam (tiba2), saya nak share 3 item penting yang kalau boleh perlu di miliki oleh setiap first-time mother. Ini berdasarkan lessons learnt pengalaman saya la sebagai mother of 4 (ceyy sedap sikit daripada ibu beranak 4 kan kan). Betul lah biasanya memang kita semua ada financial constrain dan macam2 jenis constrain lagi. Kekangan serupa ini yang membataskan pembelian2 hebat macam2 barang ketika dapat anak pertama. Pendapat saya ni ialah kerana barang2 ni bakal menjadi aset, bukan liability. Jadi, renngn2kan dan selamat beramal *eh tiba2*

1) Stroller

Awal2 dulu waktu Sarah, kami juga punya kekangan2 tertentu termasuk financial. Memang ikut nafsu menjadi cita2 saya nak ada stroller yang macam orang puteh tu (yang tinggi, tayar besar macam basikal, 3 tayar, boleh pusing depan, pusing belakang, ada tempat letak bag, warna cantik etc nampak smart je orang puteh bawak). Apa brand tak kisah sangat la. Oleh kerana stroller spesis tu harga satu2 macam harga motosikal, mestila kita kena settle for less. Jadi, kami beli stroller yang mirip dengan ciri2 gedik impian saya dan mengikut kesesuaian keadaan poket ketika itu. Stroller kami ada 3 tayar dan berwarna oren. Compensationnya ialah? tak boleh baring -__-. Bayangkan bertapa strugglenya nak letak baby dalam tu? 

Time Ahmad pula, saya rasa nak beli stroller baru. Sebab nak yang boleh baring *manusia memang tak pernah cukup*. Jadi saya beli lagi 1 stroller. Saya beli prelove punya via ebay pesan kat adik di UK. Nak jimat lah kononya (walhal memang perangai duduk dalam pantang, memang pantang nampak banyak je idea). Tayar kecil pon tak kisah dah sekarang go for practicality. Hahaha. Warna biru. 4 tayar. Boleh baring. Stroller tu lah yang saya bawa round Netherland, Paris, Belgium etc. Naik turun train flight etc. Letak barang letak orang. Robust puas hati sangat guna. Sampai sekarang ada lagi.

Tapi, time Hasan kebetulan saya kerja di indonesia. Tak bawa stroller sebab banyak lagi barang nak bawa kan. Jadi beli lah stroller murah di hypermart rp299k sahaje = rm100 macam tu. Masya allah, penggunaan yang sangat2 lasak dan since yang ni murah, ringan, kecil, boleh tutup buka single handed, it is value for money. Stroller tu bawa naik turun flight juga. Travel with kids has never been easier *eh gittew*. Stroller ni masih ada sampai sekarang. 

Jadi, lepas panjang2 bebel, saya rasa kalau dari awal beli stroller yang bagus, mesti tak terjadi peluang2 shopping kekesalan2 seperti di atas. Pengajaran untuk anda yang first time mom? beli lah stroller yang bagus, boleh baring, practical, kecil bila lipat supaya muat masuk kereta, senang nak handle etc. Ahaha

Yasir? Tengah fikir nak beli stroller baru atau ikut trend pakai carrier. Eh? hahaha rege carrier sekarang dah macam gaji bibik dah. Kamonn bibik2 balut guna kain batik jew -__-.

2) Breast pump

Kalau anda niat nak breastfeed anak anda selama mungkin, adalah wise untuk invest pada breastpump yang bagus. Tricky sikit part ni sebab kadang2 orang kata dah beli nanti tak ada susu, tak sesuai, sakit etc. Ada atau tak ada susu, cerita di entry lain nanti. Tapi untuk pam, tak silap saya ada kedai yang bagi test pump2 ni. Boleh cuba di situ. Lagi satu, anda boleh cuma la kawan2 punya. Try minta pinjam utk sekali guna. Jangan buat harta pula. Kena belasah kang :D.

Gambar Google

Kisah saya? waktu Sarah, saya beli avent manual single pump (gambar seperti di atas). Itu je yang poket mampu dan itu je yang terlintas di kepala. Maklumlah awal2 dulu tak sehebat sekarang. Dan tak banyak reference. Saya pula jenis tak percaya pump elektrik. Kot la rosak ke, tak kuat sucking ke apa lah. Jadi, lebih selamat saya beli yang manual. So saya pump guna pam tu sampai Sarah 2 tahun alhamdulillah kurus jarijemari ai asyik picit pam.

Gambar Google

Time Ahmad pula, nak beli yang baru. Sebab pam dulu tah kemana pergi parts2 nya. Dari beli parts tu, baik saya beli yang baru. Kan kan kan hahaha. So saya beli medela manual single breastpump juga (gambar seperti di atas); with the same reason as above. Ahahha. I am the loyal type and stick to my grounds you see *grins*.

Gambar Google

Time Hasan? jengjeng. Kena beli getah baru untuk pam Ahmad tu. Kebetulan pula biras saya bagi free pam medela single letrik dia (gambar seperti di atas). Sebab dia dah tak pam and mungkin lama lagi untuk dapat next anak. So saya guna yang tu lah. Bunyi macam mesin rumput ya hampun :D. Bila pam di ofis, rasa berdebar je sebab menganggu orang sekeliling kan. Hehe. 

Tup2, officemate saya guna medela freestyle. Tenang je dia pam di workstation. Saya memang terpengaruh habis dengan style, penjimatan masa, ketenangan pam tanpa perlu was2 bunyi dan masa yang di ambil (sebab sambil2 buat kerja kan) dan jumlah susu yang diperolehi dek faktor2 tersebut. Lepas sembang2, memang lagi berkobar2 rasa nak beli. Maklumlah, pam saya ketika itu bunyi mesin rumput. Risau bunyi, risau ganggu orang = tak tenang langsung. Mohon jangan associate ini sebagai alasan k :D. Risau juga sebab dah anak no 3 kan macam rugi je beli pam hebat. Akhirnya? kalau dah hari2 terpengaruh cemana kan saya pon pecah tabung dan beli juga pam medela freestyle! 

My very own Medela FS. Yey!

Dan memang worth sangat beli pam ni. Mudah, cepat dan on the go. While driving pon boleh pam. Jadi, kita tak malas nak pam. Kadang2 kan malas sebab spare part kecil2 nak buka basuh, nak assemble pon lama dan payah. Simple things like that senang sangat nak demotivate untuk pam. Kena eliminate! eceh dah macam medela sales girl pula. Jadi, anda yang first time mom, mohon cari pam yang sesuai (dengan poket dan breast :D), mudah dan selesa untuk anda. It is an investment you know!

Sekarang time Yasir, saya buat stok susu dengan hebat dan gilang gemilang. Maklumlah..pam while baca buku cerita dan blogging *flips hair*. Amacam?

3) Nappy Changing Table

"Ok mengada2 sangat nak pakai nappy change table" kataku dalam hati sewaktu mula2 dulu. Tapi TIDAK LAGI sekarang! Benda ni sampai sekarang saya tak ada-but-now-wish-to-have. Tapi since dah anak ke4 kan, jadi macam, nak beli pon rasa over sangat. Live with it je lah *snort*. 

Untuk anda yang berfikiran macam saya seperti di atas, STOP sebelum menyesal. Haha tiba2. Nappy change table ni:
- sangat efisyen untuk penggunaan ruang
- mengelakkan 'accessories' bersepah2 dan jadi mainan anak2 lain
- mengelakkan sakit pinggang terbongkok2 tukar di katil (takkan katil korang tinggi paras pinggang kan?)
- mengelakkan penukaran cadar kalau baby kencing/berak
- mengelakkan anak2 lain berkerumun sambil kacau macam2 ketika proses nappy change berlaku oh which kena super cepat-kalau-tak-nanti-pancut dan etc.

Jadi untuk first time mom, beli je lah regardless apa orang2 macam saya nak kata. Dekat ikea ada beberapa jenis. Nah gambar contoh2



Mohon beli sekarang :D

Ok tu je lah yang terlintas dalam fikiran untuk menjadi iktibar semua. LOL. Remember, you can never live long enough to experience every mistake. So learn from others' mistake. Wahaha :D

Sekian semoga bermanfaat!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: