Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 27, 2015

Phuket - Mai Khao Beach

Assalamualaikum

Akhir bulan august haritu kami bercuti di Phuket lagi. Kalau perasan, kami dah ke Phuket last year. Read here. Jarang lah kami nak pergi bercuti di tempat sama sedangkan banyak lagi tempat yang belum pernah pergi lagi. Jadi, reason kami ke Phuket kalini adalah kerana husband saya memang pertandingan maybank YEY!. Hihi. Dan hadiah nya ialah 2 tiket penerbangan ke Phuket for 4 days and 3 nights stay di Anantara Vacation Club. Hooyeah! you can read about Phuket anantara here. And yes we are flying MAS, free kan kamonnn :D.

Tahun lepas kami ke Patong beach. Kalini, anantara terletak di Mai Khao beach. Okla at least something different from last time trip ;). Of course kami tak pergi berdua. Jadi kami perlu bayar tiket untuk anak2. Dan tiba2 rasa nak bawa my inlaw sekali to join the trip. Jadi kami upgrade bilik dari 1 bedroom apartment suite kepada 2 bedroom apartment suite. Hehe.

Boleh tak di airport terserempak dengan pasukan apa tah Malaysia punya? saya curi2 ambil gambar. Maybe they are yang angkat berat ke tak silap? macam nampak iklan pertandingan tu. hoho

Kalau Patong beach, jauh juga dari airport. Tapi Mai Khao beach ni, dekat je. Specifically, Anantara 15 minit je dari airport. Believe it or not, i really time ok, just to validate hahaha. Anyhow, kami dapat offer menarik dari hotel, iaitu: free airport transfer pergi dan balik, 3000 THB, and free breakfast for 4 adults for 3 days. Syaratnya, kena dengar taklimat selama 90 minutes. Jengjeng. Hehe. Kami dah biasa dapat offer2 hotel suruh dengar taklimat ni. So, layann. Maklumlah, attractive what the perks. Kihkih.

Nenek dengan cucu. Enjoying welcoming drinks. Sedap air dia. Roselle. Unlimited 
(the reason i say this is because welcoming drinks kat Mercure tuari limited to 4 pax. So kena share2 hahaha)

Kami datang agak awal sebab flight pagi. Checkin pukul 3. Tapi kami sampai agak awal. Jadi kena kill the time while waiting. Jadi kami pusing2 hotel lah.

Kolam ikan di receptionist. Budak2 impress habis. Yang best, hotel siap sediakan makanan ikan untuk budak2 bagi makan. Tu nampak kat tangan depa tu? dah rasa ala2 farm in the city dah. Impressive

Apparently, anantara ni style percutian orang putih yang suka santai2, enjoying the sun, the beach, the scenery, spa, apa segala tu lah. So the hotel itself is very complete and sufficient on its own. Dalam jalan2 keliling hotel, kami nampak kids room. Apa lagi terus lah masuk. Budak2 pon dah mula restless sebab nak berehat.

Kids room dia memang best. Ada macam2 sangat aktiviti samada yang free / berbayar. Kamonn, saya pilih yang free je sudey. Kehkehkeh. Lama juga lepak dalam bilik ni. Dah boring main mainan, kami tengok muvi beramai2 cerita home (sambung tak habis tengok dalam flight :D). Kira, lepaking sefamily lah ni

Akhirnya kami dapat masuk bilik - di awalkan pada pukul 2. And the room is just..wow..

Looking over ruang tamu, dapur dan pintu masuk. TV besar depan sofa.

Master bedroom, with own tv, almari, dressing table etc dan connected to toilet yang besar!

Ni toilet connected to master bedroom. Jacuzzi, shower yang power (belah kiri opposite sinki kiri) dan tandas (belah kanan opposite sinki kanan). Memang besar!

Second bedroom ada 2 katil supersingle yang besar. Own tv, almari etc dan connected to toilet without jacuzzi. Lain2 semua ada

This is another view dari meja makan. Looking over balcony.  Sofa luar untuk santai, ada kipas and very comfortable, with tempat gantung baju (basah) i assume.

Dan lain2 dalam apartment suite ni ialah washing machine dan dryer with sabun (LOL), complete set of cooking utensils and dapur, bbq set etc. Memang superb! 

BTW suis lampu di hotel tu, kalau tekan lama2, dia boleh dimmed kan lampu. Kalau tekan sikit, dim sikit vice versa. Canggihnya saya rasa. Haha.
Petang tu juga kami keluar. Hehe dah tak sabar2. Membuak2 rasa nak main semua benda kat hotel ni. 

Ini adalah taman mainan di hotel tu. Tanah tu adalah pasir pantai ok. Basikal free untuk 4 hours. Yang best, ada basikal yang boleh carry budak tu. Frankly speaking saya dah lamaaa impian nak naik basikal tu dengan budak2 ni. Ahaha. And here they have so many sizes. Tengok warna merah hijau biru tu, all fit everyone!

View of the pool from our corridor. Yang best, on certain nights they are going to play some cartoon movie malam2 dekat pool. So everyone is welcome to swim and watch movie. Menarik kan.

Asal pergi mana2 hotel je akan cari pool dan bising sampai dapat masuk pool. Nah! bagi turun terus petang tu juga. Ha puas hati. hahaha. Pool dia memang best! Rendam Yasir sekali. Lama kami berendam sampai dah nak maghrib. Huhu

Tepi pool ada kawasan untuk pasir. Maybe they are trying to imitate pantai kot. So, ini budak ralit main pasir. Hasan memang suka sangat main pasir, alat2 yang perlukan 'mechanical' movement, like..isi pasir/air dalam bekas then keluarkan sikit2, or rata2 kan pasir atas bekas, or apapelah yang ada mechanical movement. Hotel pula supportive siap sediakan alat2 main pasir. So, dia main pasir sampai puas la petang tu.

Dancing in the 'rain'

After the hassle cleaning up after the kids, this is me enjoying a cuppa hot tea while watching the sunset. Even only for a mere 10-15 minutes. Ha ha

Esoknya kami ke cafe untuk breakfast. Almaklum free breakfast kan. Hehe

Some view on the cafe. Selection makanan dia boleh tahan. First day malu2 beruk lagi. Sibuk cek mana suspected halal mana tak. Hari kedua baru kami tau banyak yang halal. Lepastu balun la. Ekeke. Food dia variety. Menarik juga

Dia ada kids corner. Tetiba je

Rupanya ini makanan di kids corner tu. Serupa je macam makanan dewasa cuma mungkin la ada pinggan cartoon2 sikit, muffin yang menarik2 warna tu dia letak sini, hotdog etc. Ala2 nak menarik kids la

I like the colorful payung :)

Canggih madu dia macamni. Tiba2 je budak2 belajar pasal sarang lebah :D




Trying my luck to share the food-arrangement pictures that caught my eyes 
(not necessarily selera hehe)

And then pagi tu as promised kami kena pegi dengar taklimat for 90 minutes. Actually diaorang arrange for the taklimat to be the next day. Tapi kami insist untuk awalkan. Yelah kalau the next day, masa bila pula nak spend 3000THB tu kan kan. Ha ha. 

Then we noticed that the hotel should be self sufficient because kedai2 makan luar is quite far from hotel. Tak boleh nak berjalan2 macam di Patong. Kedai pon tak banyak. Well, kan ke percutian ini meant to be like matsalleh yang kerjanya berjemur di bawah matahari sambil tidur meniarap dan urut dan sipping pina colada eh gittew. Jadi kami kena ke Patong juga untuk makan sedap2. Hihi. Ini lesson learnt from last time trip la :D

Masya allah jus mangga yang sangat di rindui :DD

Kalau tak sebab segan kat mak mentua pegang Yasir yang tengah tidur, sorang pon boleh habis ni :)

Esok pagi kami dapat ketemu pantai Mai Khao. Hehe

Dan kalau Patong beach is so full of people; if not chairs, Mai Khao beach is like our private beach! Tengok kawasan kami sorang2. It is like miles before we meet another person/family. Kalau tak silap saya pantai ni adalah salah satu khazanah negara hence they took care of it greatly but i dont know for sure. Please validate

Pantai dia bersih sangat!

Hem, budak suka main pasir dah berjaya influence abang dia untuk kutip kerang pulak :D. Ni je lah kerja diaorang. Boleh? 
-__-

Kena selfeet ke setiap kali? Ekekekeke (sambil pegang Yasir nih)

Petang tu kami enjoy aktiviti2 hotel je termasuk main pingpong walhal kat rumah ada meja pingpong tak lorat pon nak main kan -_-.


Wall climbing! first time Sarah wall climbing and she managed to get to the top! *clap2*

And clap2 to me too hahaha. Tak pernah wall climbing. Sebenarnya nak give up tapi memandangkan segan kat Sarah dah berjaya naik, terpaksalah mama pertahankan maruah diri ha ha ha

And yes, aktiviti impian tercapai alhamdulillah

Untuk menghabiskan voucher 3000THB (oh ya 3000THB ini bukan dalam bentuk cash rupanya, tapi dalam bentuk voucher. But we dont mind), jadi kami pergi makan di coffee club - yang accept voucher tersebut (perlukehh coffee club di Phuket makanan serupa duduk kl je -_-).

Interesting sebab dia serve air dalam beaker! like..a real beaker. Feeling in the lab anyone? Hihi

And another unique finding is that straw dia untuk air kosong adalah separuh ketinggian straw biasa. LOL sangat. Tengok tu gambar for comparison purposes. Macam comel je untuk budak2. 
p/s: Tengok si Hasan dah mula nak masuk (dan keluar) kan air isk.

Kedai2 area coffee club pon tak begitu memberansangkan. Survenir pon tak dapat beli. Kena cari kat airport. Thats more or less about the 4 days 3 nights 'sponsored' trip. Malam tu packing. Hihi

One of the breakfast pictures :)

And one when we landed at KLIA - kotak2 themed :)



No comments: