Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 5, 2015

South Korea - Seoul

Assalamualaikum

Wah lamanya tak update blog! Saya busy sikit. Plus dah tak larat nak stay up untuk update blog ahaha. Anyway, ada kesempatan masa lapang sikit ni boleh lah cuba update blog.

Seminggu lepas balik Phuket haritu, kami ke Seoul Korea. Bukan plan untuk bercuti dalam masa dekat2 macam tu. Cumanya cari date yang available tak jumpa jadi terpaksa buat macam tu. Huhu. Beli tiket ke seoul awal tahun haritu. Frankly speaking, saya (dan husband saya) tak minat pon korea, korean movies, singers etc memang tak tahu sepatah pon pasal Korea. But the thing is, everybody and their mom has been to Korea, so i guess, kena make it there also lah. Ha ha.

Kali ni kami pergi bersama parents saya dan maklang saya pula. Rombongan cik kiah? yes you can say that :). Kami gamble je pergi. Tak ada tour guide pon. Kamonn, adventure la sikit. Hehehe

And so we flew Airasia :)

This was what the kids did when there's no in-flight entertainment :)

Dah sampai aiport, kena ambil shuttle untuk ke hotel. Kemas juga arrangement dia. Beli tiket bus, then bus tu akan drop orang2 ke certain hotel depending which bus lah. Yang best, bas dia sistematic ada porter tolong angkat bag, siap ada sticker etc. And driver bus tu seems to take pride in his job.

Dari airport ke seoul lama juga. Sejam kot? Kami stay di ibis hotel myeong dong. Memang tengah2 city betul.

Ni belum check in dah buat macam katil sendiri haha

Tara! finally dapat check in. Ibis being ibis, bilik kecil standard europe (well, untuk kami yang budak berkeretapi2 la kan)

Kebaikan stay di tengah2 city ialah dekat dengan macam2, tak perlu guna public transport untuk jalan2, necessities dekat etc. Bawah hotel ni terus Myongdong market. Malam tu juga kami turun. Mostly sebab perut sudah lapar la kan. Hihi. Partly sebab nak survey kawasan untuk esoknya. 

Benda pertama beli ialah kentang spring. Mati2 saya ingat kentang ni tak ada kat Malaysia. Rupanya ada. Hu hu. Rugi KRW3000 :P

Ini antara benda 'ajaib' kat pasar ni. Tu diaa jual sotong. Ha ha ha

Jagung ni perasa pelik. Seriously like jagung fabricated (boley?). Macam jagung tipu. Macam rasa plastik pon ada LOL. Actually bukan jagung tipu.  Its just that dia rasa pelik sikit dan lain dari jagung Malaysia. Kanji dia terlebih ke apa tah. Nah baru lah Koreaa

Lepas kami habis duit berjurai2 keluar (yelahkan budak2 semua benda nak LOL) round market tuh, akhirnya perut kami decide untuk dinner. Dekat mana? PIZZA HUT! LOL

Besar! Tangan tu untuk comparison. Vegetarian

Esoknya, macam biasa kami risau kan perut lebih dari bahagian tubuh yang lain. Jadi awal2 dah tanya receptionist macamana nak pergi ittaewon (tempat makan muslim). Dan situ lah main agenda hari itu :D

Wah! ittaewon rupanya sederet panjang kedai makan muslim. Tinggal pilih saja!

This thing caught my attention because it is written "SALAM". I dont know what does that mean in korean (or does it have any significance at all). Takkan letak SALAM sempena area muslim kot? LOL

Cool habis kedai ni nama SITI SARAH ahaha. Jadi suruh sarah jadi prop jap bergambar sempena nama dia kan :D

Taraa! and we have this for lunch! Puas hati. Sorry harga dah lupa

Boleh tak depa jual jagung tak sedap ni macam ni?

Ittaewon ni tempat wajib juga lah untuk pergi. Bukan apa, ada kedai makan muslim masjid :D 

Ni lah masjid besar tu. Nampak tak orang baju putih dengan camera lady tuh? itu KBR tengah buat shooting. Nampak tak orang2 melayu yang sibuk2 tengok shooting tu? itu lah kita orang. Haha

Tu dia nak jaga kebersihan. Degil betul pengunjung ye. Hihi

Ini bagus. Memang ada ruang untuk mothers with children

Hem, asian much? :D

Lepas dah kenyang, solat, pergi toilet, selesa semua kami meneruskan misi ke dongdaemon untuk shopping. Frankly speaking (again), saya tak tahu pon nak shopping apa dan macam (thank god) tak ada mood shopping sangat. I am more into sight seeing / pictures. Tapi mak dan maklang saya, begitu aktif sekali di Dongdaemon :p.

Dongdaemon ada shopping dan plaza. Plaza tu macam bentuk space shuttle. The most sophisticated building ke apa tah la.

Dongdaemon Plaza. Separuh je nampak. Tengah kelamkabut waktu tu


Ada pula benda ni depan Dongdaemon market

Dekat dongdaemon market, segala macam benda ada jual kat sini. Tak tahu apa koran punya speciality / uniqueness. You name it, baju, seluar, kain, stokin, towel, brooch, pin, kasut, tshirt, shawl, cap, bag, hand bag, mannequin pon ada! Macam, semua benda lah! I dont know if they are into the textile industry, or music, or technology, you know. Sebab dia macam jack of ALL trades. Gituhh!


Nah pilih2. Saya tak pakai shawl. Jadi tak excited langsung tengok. Tapi sebenarnya banyakk sangat kat sini

This is how one of the kedai looks like. Jual baju budak2. I just dont get the arrangement. For decoration, yes. But for selling? Hem. Call me old school

Satu benda yang saya perasan ialah kat bandar2 ni ramai sangat orang2 tua. Nenek2 tua. Atuk2 tua. Dan diaorang pelik sangat tengok kitaorang berangkai2 budak2. Bising. Lari2. Makan tengah jalan etc. Diaorang suka sangat tegur. Suka budak2 la kira. 

Adakah perhaps sebab birthrate is very low here? 

Ini tempat rehat.  Mula2 kami ingat tempat duduk ni for eldery. Yela macam dalam LRT kan seat untuk eldery (or disabled or pregnant lady) LOL. Tapi it turns out that pengunjung2 di situ memang pon terdiri daripada orang2 tua. I dont see any kids. Dan orang muda pon sikit. Even penjaga kedai dia pon orang2 tua.

Kami stay di dongdaemon sampai hampir ke petang. Lenguh tangan dokong Yasir :). Malam tu, makan pasar (myongdong market bawah hotel) hehe

Kedai jual softshell crab ada patung crab

Ni lah softshell crab nya. Tak la sedap sangat. KRW5000

Kedai jual udang, ada patung udang. Tak sedap sangat gak

However, this is THE BEST. Nutella crepe!

Tu dia sikit punya gemuk! KRW4000. Marvelous!

Kesian Yasir penat sangat sampai tertidur di pasar. Topi baru Ahmad? Beli di Dongdaemon :)

Esoknya kami ke Changdeokgung Palace. Of course lah kena charge. Tapi saya tak ingat berapa. Kalau masuk secret garden lain harga. Kalau tak masuk, lain harga. Then kalau masuk secret garden, ada timing2 dia sebab tour guide masuk ikut language. Macam pukul 11- english. Pukul 9- Jepun. Gituh! Kalau agak2 paham bahasa lain, boleh lah tumpang sekaki. Tak ada pula tour bahasa melayu :D. 
Gambar depan palace. Belum masuk lagi ni :P

Dua kanak2 bijak! Very nice weather

Tengok railing bumbung tuh. Istana ni mostly kayu. Jadi ada bau2 rumah lama

Atas bumbung tu ada teori Darwin. Dari monyet jadi lah manusia haha

Pegi jenguk dalam tu

Nenek atuk dengan cucus :)

Ini peta the whole palace

Beautiful weather. Very cute children. 

Ini budak2 sekolah yang pakai henbok. Saya first time tengok dan rasa comel sangat. Apparently, cikgu tak benarkan ambil gambar. So, curi2 je la ni. 

Lepas penat mengisi masa lapang tengok2 istana orang, kami mengisi perut di Ittaewon. Kali ni kami ke restaurant masakan Korean halal. Nah, baru la Korea. He he. Time ni dah lapar sangat. Memang terkam makanan. Nak ambil gambar pon tak dan dah. Apa yang dapat je la :D

Susun pon tak mampu. Baru tau kimchi tu benda merah tu. Tak ada yang significant pon dri segi rasa, rupa dan warna :D

Yang ni saya pull aside for picture. Bulgogi sedap gile!. 
Nampak gambar ni begitu tenang bukan? hakikatnya, budak2 tengah membising nak nasi hahaha

Petang tu tak nak mengalah pada badan yang penat, kami turun ke menjelajah myeong dong underground bawah hotel (nah untungkan duduk tengah2 city :)). Tembus ke Lotte plaza, Lotte young tuh. Tiga2 bangunan kami cover. Ha ha ha

Cara jual cincin di Lotte young

Kasut pon jual macam ni

Lagi cara penjualan kasut

Aha, ini elevator. Nice kan

Korean ni seems like tak ada identity. Semua design dia ada. Semua pattern dia ada. Semua jenis baju dia ada. Or i'm just not into Koreans :D.

Esoknya kami ke Bukchon Hanok Village. Actually ada juga contemplating nak ke Nami Island. Yelah what is Korea kalau tak pergi visit encik winter sonata kan. Tapi since nak kena pergi pagi2 buta, dan jauh, dan considering dekat Nami tu tak ada attraction sangat la kecuali winter sonata dan pokok2 yang terlibat, dan nak balik kena tunggu timing boat, nanti perabih masa travelling je, so baiklah pergi area2 bandar Seoul je. So kami decide nak ziarah Bukchon Hanok Village. Bukan sahaja ia free. Malah dekat pula tu dengan hotel. Walking distance je katanya. So jalan kaki lah kesana.

Ini keadaan jalan kaki dari hotel ke Bukchon Hanok village. Windy and nice weather

Rupanya indah khabar dalam peta dari rupa sebenar. Berpeluh juga la bila jalan. Dengan bukit bukau lagi, detour lagi ha ha ha.

Cicir kat belakang. Lenguh woh tangan angkut itu budak

Sampai je terus ambil stroller free letak Yasir. Hasan pon tumpang sekaki. Kesian dia penat jalan

Ada servis sewa henbok untuk di pakai dan ambil gambar. Tapi mahal sangat dia charge jadi kami pon tak jadi lah sewa 

Serupa je muka pakai lah apa pon :D

Bukchon Hanok Village ni village tradisional orang2 korea. Macam replica. Ala2 taman mini indonesia di korea lah. Tapi kat sini juga budak2 sekolah/tadika di ajar adat2 tradisional. Pelajaran amali gituh! Maklumlah, tradisional. Jadi time kami pergi tu ramai budak sekolah. Berwarna warni uniform diaorang. Banyak peringkat umur. Tapi sebab kawasan besar, jadi tak sesak. Tak ada masalah la kira. Infact, interesting tengok budak2 korea considering the day before asyik nampak orang2 tua je kan. :D.

Dekat village tu ada orang buat ni. Dia basically duduk situ dan kait on the spot benda2 tu

Antara rumah2 di village tu. Rumah2 ni ada relation. Tapi saya dah tak ingat. Ha ha

Lepas visit satu rumah, visit rumah jiran lak

Antara barang2 display dalam stor rumah

Ambil gambar stor kena ada model

Ni dapur kot

Ni pula tempayan2 dan tempat bakar. Teringat cerita P.Ramlee dan 40 penyamun

Perigi pon ada!

Ah di sebab kan cikgu tu matsalleh jadi boleh communicate. Jadi, setelah berpura2 mesra alam berkenalan assalamualaikum waalaikumussalam, maka dapatlah kami bergambar dengan kanak2 henbok

Ni budak ni belajar apa ntah saya dah lupa. Uniform: Kuning

Ini diaorang tengah tunggu nak lunch. Uniform: Tshirt putih

Ini nak ke salah satu rumah di situ. Uniform: Biru

Dah nak balik. Masya allah very nice weather

Balik hotel, bilik tengah dibersihkan. Jadi kena tunggu kejap. Meanwhile, kami claim lah welcoming drinks dan lepak kat restaurant hotel. Actually dah tak sabar nak baring. Hu hu

Tak sabar nak letak Yasir atas katil yang benarnya. Tengok group belakang tu? kecoh betul hahaha

View from our hotel

Petang tu kami ke Insadong street. Tapi agak lambat sebab kedai dah nak tutup. Time tu lah nak beli segala macam survenir untuk orang2 malaysia. Maklumlah esok pagi dah nak balik. Haha. Seaweed murah gile! ah! Tapi by this time duit pon dah suntuk. Tak nak tukar duit dah sebab dah nak balik kan. Jadi, capai apa yang dapat di capai oleh duit yang sedia ada la :P

Dinner untuk malam tu di restaurant arab. Boleh tak kami baru perasan ada restaurant turkish/arab betul2 bawah (even connected dengan) hotel? selama ni beria pergi sampai ittaewon. Hu hu. Tak apa lah tak ada rezeki
Restaurant ni memang marvelous! Serupa dengan harga dia la. LOL

Esoknya dah nak balik. Flight pagi. Jadi pagi2 kami dah siap2 turun dan book shuttle ke airport. Shuttle tu akan round satu seoul untuk kutip passenger (makan masa agak lama), then timing between shuttle dalam setengah jam - sejam).

Timing kitaorang jadi cukup2 makan je sebab underestimate perjalanan dari hotel - airport. Tak sangka pula dia round satu seoul. Banyak masa habis dalam bas je. Then alhamdulillah kami dapat potong queue satu family ni time beratur menunggu shuttle. Diaorang tak dapat naik sebab bag diaorang banyak sangat tak muat bas. Bag kami sikit je. Fuu saved by the bag. Bukan apa, time sampai airport, dah final call! dah lah jauh hu hu

Penumpang 1

Penumpang 2

Penumpang 3

After so much anticipation (of missing flight), finally we are here!

Saved by the bag. Check in tergesa2 lepas ni nak berlari masuk flight!

Yes we made it! Alhamdulillah. Jauh ok terminal dia. Nampak impressive incheon airport. Malang seribukali malang, tak sempat nak round langsung. Sebab we are practically running dari check in sampai ke flight. Pramugari dah terjerit2 melambai2 dah panggil haha.

Penumpang 4. Yey! Safely landed @KLIA2

And one shot on KLIA2 buggy!

Enough of Koreans. Mission accomplished. South Korea... CHECKED!



No comments: