Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 25, 2015

Short Getaway - Grand Lexis PD

Assalamualaikum

Kejap je masa berlalu. Tuptup dah nak akhir tahun 2015. Wow! Sebenarnya saya biasa bercuti diluar waktu cuti sekolah tak bawa budak2 kemana2 sangat pon cuti sekolah ni. Sekarang baru nak berfikir2. Tapi dah agak terlambat la kan sebab hotel semua penuh dan jalan semua jem. Hu hu. Jadi mungkin akan tiru trend setahun yang lalu iaitu pergi duduk hotel for 1 night. 

Tahun lepas, selepas team building saya di Grand Lexis PD (refer sini) saya bawa budak2 ke Grand Lexis PD. Saja lah nak bawa jalan. Waktu tu dah sarat pregnant. Dah tak larat pon nak jalan jauh2 dan fly mana2. Cukup lah 1 night stay di GLPD tuh. So kami stay di GLPD Garden Pool Villa. 

So what we did there? Kami sampai agak awal yakni pukul 2. Ingatkan boleh check-in ye lah standard hotel kan check in pukul 2. Hotel mahal mesti nak maximize masa kan. Hehe. Tup2 check in dia pukul 3. Sedih. Tapi alhamdulillah 230 dah boleh check in. Setengah jam je la merayau di kawasan lobby. Orang pon ramai. Tak begitu selesa nak menunggu. 

Apa lagi, kami request buggy of course. Heavily pregnant kan. Wahh sakan la budak2 naik buggy :D.

Naik buggy time baru sampai.
p/s: Hem malu nak letak gambar ni. Kembang sungguh. Heavily pregnant rememberrr

Masuk bilik terus tunjuk diaorang pool dalam bilik. Excited habis. Then diaorang nak masuk pool. Kami semua berendam walaupun Ahmad dan Hasan sekejap je masuk. Lepas tu depa lepak tepi pool je hahaha. Macam biasa lepas swimming kan lapar. Rupanya kat luar hujan. Musim hujan. Tapi sebab lapar kami keluar juga. Pergi sampai bandar dan jumpa KFC. Lepas makan KFC, singgah giant beli jajan. Ahaha. Konon2 untuk tengok muvie malam lah. Ni lah masa budak2 nak pau air kotak, keropok etc :D.

Semua orang dah keluar dia je belum :D

Lepas dinner kami naik buggy lagi. Actually sehabis mungkin kami maximize penggunaan buggy tu :D. Bila dah sampai bilik, tiba2 Sarah kata nak mandi pool. Saya ok je maklumlah, dah bayar, nak tidur dalam pool pon boleh. Hehe. Then sarah kata dia takut mandi sorang2. Sebab adik2 dan papa dia semua tengah tengok movie. Oklah dengan itu saya lah terjun pool malam tu :). Sejam juga lah kami berendam dan berpusing2 dalam tu. Sampai dah sejuk2 baru naik. 

Lepas naik dan settle semua, tengok2 ada cerita Jumanji di tv. Layan. Then tidur. Esok pagi bangun lambat sikit. Then kelamkabut pergi breakfast. Lepak kat breakfast lama. Maklumlah budak2 ulang alik ambil macam2. Balik bilik lepas breakfast tu, terjun pool one last round. Then baru kemas2 untuk check out. Panggil buggy lagi :D.

All in all, puas hati for a short getaway

Siapa2 yang nak idea untuk short getaway, boleh lah tiru :D. Nanti saya update lagi pasal short getaway di Pullman Putrajaya ya!


No comments: