Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 1, 2016

Wayang Starwars

Assalamualaikum


Haritu saya bawa budak2 pergi tengok wayang. Cerita starwars. Saya bukan penggemar tv. Kalau dulu masa zaman uni, tengok cd or download je. Sambil2 makan dan relax. Saya tak suka kat tv ada iklan. Haha.

Parents saya tak bagi tengok wayang. Jadi dari kecil kami tak pernah tengok wayang. Seriously, saya tak ingat bila first time saya tengok wayang. But my memory dated back when i was newly married. Then sort of 'paksa' husband pergi tengok wayang sebab curious. Well, to date (9years), this is my 3rd wayang lepas kahwin. LOL. The reason being, husband saya pon tak la suka tengok wayang. And plus, movie kitaorang selalu clash. We cannot agree on the same movie. Jadi...tak payah lah. Hahaha

Lepas tau wayang tu macamana, saya tau saya tak suka tengok wayang. Sebab:
1- timing kena ikut timing wayang (i dont like being dictate by other people's time)
2- kena tengok beramai2 (kamonn banyak lagi kot tempat public untuk di share)
3- kena tengok sambil pakai tudung LOL
4- tak boleh pause
5- kena bayar untuk tengok sekalii je (as compared to download or CD kan LOL)
6- kena duduk, dan tengok. Sampai habis. Solid sampai habis movie.

Ok dah lah tu. Anyhow, lately ni bawa budak2 pergi tengok wayang dah jadi trend/ common. Saya kalau boleh tak nak biarkan budaya tu menular ke dalam family saya. Tapi, pengaruh rakan sebaya kan kuat. Sarah beberapa kali ada bagitau kawan dia pergi tengook wayang, kawan dia tengok cerita itu ini kat wayang, bila lalu wayang, dia jadi very curious nak intai dalam tu..lagi2 bila nampak kemain banyak poster2 movie2 kat situ kan. Very inviting. Ada sekali tu dia tanya ada apa dalam wayang, ajak pergi wayang, blabla u-get-what-i-mean.

So saya kali ni saya bawa diaorang pergi. Kami pergi tengok cerita starwars. 
Sarah enjoy tengok (sebab dia memang suka tengok tv, and at her age, dia dah faham jalan cerita). Ahmad pula, tengok2 ayam. Tengok kejap, tanya lima-kejap. Hasan? halfway tidur terus hahaha. 

And personally, saya tak suka pon keadaan dalam wayang tu. Gelap. Tah hapa2. Hehe. 

Lepas keluar, saya tanya Sarah balik. Suka tak tengok. Dia suka lah tengok cerita tu. Yelah macam tengok tv kan. Now dia dah tau how wayang works. Then saya point out flaws dan reason kenapa tak berapa elok nak tengok wayang tu. At her age, mungkin dia tertanya2 kenapa tak elok keadaan gelap2 (wlaupun saya dah explain campur lelaki perempuan etc). Harapnya later dia faham. 

Untuk Ahmad dengan Hasan? lesson learnt masih dari movie dan bukan keadaan dalam movie. Trust me mata saya meliar betul dalam tu. Mujur tak ada pemandangan tak indah. Kalau tak, jenuh. 

Ini personal opinion saya je. Untuk anak2 saya. Orang lain ada pandangan lain ;). Semoga anak2 ni menjadi anak yang soleh solehah dan beriman. Ameen.

Well, now sarah dah pernah masuk wayang. Boleh la dia join sembang dengan kawan2 :D


Sekian pembuka kata untuk tahun baru 2016. Semoga tahun ni ramai orang dapat manfaat lagi dari blog ni!

Sekian


No comments: