Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 28, 2014

Kek Sarah Sufian

Assalamualaikum

Saya tengah lapar ni. Jadi saya rasa nak tulis pasal makanan. Lagi pun memang dah due lama dah entry ni. Cuma tak sempat2 je nak siapkan dan publish. Ekekke.

Ingat tak entry pasal kek minion haritu? Itu adalah kek pertama saya tempah dari sarah sufian dan saya juga merupakan customer pertama beliau. Masalahnya sekarang, kek dia sedap sangat dan to date saya dah tempah 4 kek! Tanpa apa2 occasion :"). Addicted sangat. Jom kita belek satu2. Hehe

Kek kedua: Chocolate cake - Chanel handbag

Kek kedua yang saya tempah dari Sarah sufian ialah kek coklat. Saja la nak try kek coklat. Haritu dah try red velvet kan. Saya cakap, tema ikut suka. Dia propose nak buat tema bag sebab dia teringin nak buat dan dia bagi alasan saya suka handbag. Hahaha. Win-win situation la sangat kan. :)). Color and design semua saya serahkan bulat2 pada beliau. Dan ini hasilnya tadaaa..

Cantik. Betul2 size yang saya perlukan untuk makan kongsi bersama rakan2 sahaja. Tak bawa balik rumah pon. :))

"tali handbag" tu macam bes. Macam real. Lipstick saya bagi kawan saya. Suruh bagi anak2 dia.

Dan potong. Nyams. 2 layer, di tengah2 ada krim coklat.

Sarah siap bagi krim coklat incase tak cukup. Oh dia memang nak bunuh saya dengan kek dia ni :D. Tak lembik tak keras. Just nice untuk masuk mulut dan makan. Nah lagi gambar upclose

Biasala, 'corner lot' memang aim saya. :")

Kek ketiga: Red velvet - Frozen Theme

Hari tu lepas trip ke JPO, berat dan body fat saya naik dengan horror. Sebab tu keluar entry ni. Husband cakap sebab banyak sangat makan kek dan makanan manis :P ya thanks. Jadi saya berdiet-manis (sobs) sampai berat saya dalam control range dan body fat turun. Body age pon naik okeh. Lepas 2 minggu consistent lecithin dan tak manis sangat, ok saya berjaya masuk berat, body age dan body fat dalam range ok LOL. Dengan itu haruslah di celebrate dengan kek dont we? ;)

Jadi saya pon dengan gembira mengorder kek red velvet! Sebab saya lagi suka red velvet dari chocolate kek beliau (read: beliau = sarah sufian la kan katepon pembeli tegar :)). Hari ni order, esok dapat. Hehe. Kali ni saya saja2 minta theme Frozen dan design adalah..bebas. Sebab budak2 ni tengok cerita Frozen haritu di rumah pak sedara. Semua suka. So, saja lah. Sebenarnya saya tak pernah tengok pon cerita tu. -___-

Abaikan tangan ahmad nak cucuk muka figurine tu (tengok, siapa nama figurine tu pon saya tak tahu. Olaf? elsa? apa nama sorang lagi tu? -_______-)

Lagi cubaan nak usik rambut figurine. Epp biase tu

Akhirnya potong, dan mestila bahagian figurine yang lesap dulu :")

Eh macam sikit pula kek ni. Tau2 je dah nak habis. Isk. Minggu ni husband saya outstation. Jadi, senyap2 saya order kek lagi untuk makan sorang, menjadikan kek ke 4 saya order dengan sarah sufian. Maafkan nafsu makan-kek saya -____- Kek adalah seperti di bawah. 

Kek keempat: Red velvet - Shaklee Theme

Ya allah sampai dah tak ada idea dah nak buat tema apa. Sebab asyik fikir nak closing bulan april ni jadi saya pon tak fikir panjang suruh dia buat logo shaklee. What comes is very very surprising indeed. Saya expect, logo sahajalah dan address blog. Dia dengan kreatif telah menghasilkan yang berikut:

OMG! cantik sangat! Seriously unexpected! Me so happy!!

Pillbox! to the details, dalam tu "pills2" tu boleh di makan sebiji2. Huhu. Oren = lecithin. Putih = ostematrix. Hijau = vitalea. Perli saya suruh diet ke. Eh? Great!

My favourite "corner lot". Tengok, potong sorang untuk makan sorang :")

4 layer with cream! Nyamsss

Oh my god. Saya menderita tulis entry ni sebab memang tengok gambar pon kecur air liur dan malangnya last piece of that cake baru sahaja habis tadi :(. Tula draft lama sangat post ni. Tak sanggup nak tulis dan re-read lagi post pasal kek ni sebab nanti teringin dan lantas nak order lagi. KAU GILA? :))

Reason saya suka sangat kek sarah sufian ialah sebab:
1- Sedap
2- Cepat
3- Reasonable price
4- Tak berkira
5- Delivery 
6- Kreatif
7- Selalu beyond expectation 

Saya dah suruh beliau buat blog untuk senang orang2 browse kek2 lain2. Tengok blog kek orang lain macam best. Contohnya yang ni. Yelah takkan nak suruh dia buat website dotcom terus awal2 ye dak? kena lah mula dengan blogspot dulu. Tapi belum lagi nampaknya. Saya syak beliau sibuk sangat sebab tengok facebook, hampir hari2 keluar 1-2 biji kek dari oven beliau :). Jadi sementara waktu, boleh la pergi check out instagram / facebook dia ye. Nak order, dan nak diskaun, sebutla nama blog ni untuk mengambil hati tukang buat kek. Contoh: 

"Salam sarah, saya nak order kek redvelvet 2kg. Tema bebas. Kecur air liur tengok di blog iman. Harga berapa? golden lounge golden lounge GOLDEN LOUNGE! (gittew sekali punya nak diskaun). Nak esok boleh?" LOL 

Sebelum anda tanya saya macam2, saya repeat balik details :D

Instagram: sarahsufian1. 
Facebook: Sarah Sufian
Hp no: 0122181597.

yours truly, shaklee independent distributor @ www.goldenlounge.blogspot.com :)


Nurul Iman. Shaklee Independent Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

No comments: