Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 22, 2014

Singapore Flyers

Assalamualaikum

Nak cerita kesinambungan trip ke JPO haritu, kami terus ke singapore. Main agenda di singapore ialah nak pergi marina bay. Tapi entah kenapa, tiba2 dapat wahyu dan kami pergi ke singapore flyers instead T_T. Okla interesting. Tapi nanti saya kena datang lagi singapore untuk ke marina bay juga.

Sampai singapore dah tenghari macamtu. Checkin hotel, dekat petang baru keluar. Duduk di hotel Grand Roxy Mercure. Very nice hotel and convenient.




Petang, baru keluar jalan2 sekitar dan ke Singapore Flyers.

Ni di kawasan luar bangunan singapore flyers

Ha ni baru nak masuk bangunan dia

Actually dalam ni ada beberapa benda la selain singapore flyers. Ada macam 3D punya mainan tak silap, dan ada lagi a few. Saya lupa. Tapi harga semua boleh tahan. :")

Beli tiket, nasib baik tak ramai orang. Mungkin juga sebab timing kami ialah ahad petang. Dan baru nak start cuti sekolah. Jadi tak payah beratur. Terus je beli tiket.

Ni harga tiket. Kami beli 1 family value pack dan 1 child. Sebab jimat la sikit kan. Huhu

Lepas masuk, bukan terus naik. Ada macam sort-of pameran sebelum tu. Cool. Basically ada cerita pasal singapore flyers, macamana buat, size, 3d simulation, berat etc. Best. Saya rasa very interesting. And saya rasa diaorang buat tu sebab nak make it worth la bayar mahal. Takkan $99 hanya untuk naik 20minit? kamonn. Kot ye pon nak buat rolling modal kan. Ekeke.

Ni macam simulator. I find it very cool and interesting. 

More or less dia ajar page by page on how to construct singapore flyers, dan kita boleh nampak 3D.  Very informative. Tengok gambar atas tu kan, nampak muka ahmad dan sarah tengah buat. Gambar bawah, stage by stage. 

Ada banyak port untuk benda tu jadi tak la tetamu berebut. Tapi time kami datang memang tak peak, so, boleh try semua. Gittew.

Ni miniature model size 1:500 (teringat madurodam pulak. Tetiba)

Nice kan. Kalau tak silap lighting dia bertukar2 kat sini. Dah macam masuk mesin lampu cahaya masa pulak  rasa :")

Then kita masuk dalam lagi menyelusuri lorong2 cahaya masa. Tengok tali untuk orang beratur, mak ai mintak simpang la kalau datang time peak hours. 

Reservoir of Dreams. This is so cool 



Lepas dia dah gula2 kan kita dengan segala engineering works, dreams yadayada, then here comes the real thing that we paid for. LOL.



Ni lah rupanya benda singapore flyers ni. Tunggu dia datang. 

Actually kan, dia tak berhenti pusing. So diaorang kena bajet2 time untuk membolehkan semua penumpang naik. Nak turun pon sama.

Ni dalam benda tu. Apa nama ek?

Mula2 tamak. Rasa macam nak naik sekeluarga je taknak orang lain. Tapi banyak cantek ye dak? So kami kena share dengan satu group chinese ni. Dari main land agaknya. Mula2 ingatkan sombong, sekali dah duduk terperap dalam tu sama2 sampai 20 minit, jadi kawan pulak. Ehekehek

Semua intai ke bawah waktu nak mula gerak. Jakun kan. 

View dari atas. Cantik

Ni on another side. Banyak kapal. Macam view dari atas flight time dah dekat area indonesia. Dejavu tetiba

Tau tak boleh reserve untuk dinner dalam benda bulat2 ni? Macam bes kan. Tapi mahal la. Jadi, makan kat darat je sudey :))

 Bersidai tengok pemandangan. Dah nak turun dah ni. 

Selfie. Dah ada 3 anak kena 3x pula ambil gambar. Fair kan. Bukan fair. Mula2 dengan ahmad je sebab tengah duduk. Lepastu lagi 2 orang demand. So..haha

Hasan excited tengok dari atas kereta lori bas kat bawah. Dia memang sejak azali suka benda2 transportation ni. Dan bola.

Nice kan bumbung dia

Nampak tak set dining dalam benda depan kitaorang ni? Dinner dalam tu la. Kalau nak bayar :")

Ni dah nak landing (landing tak tahan). Tengok structure dia melengkung. Kan ke bentuk bulatan :). Dia tak berhenti, jadi macam time naik tadi tu, kena keluar along the designated route. Lompat keluar la. Gittew.

Benda ni ada diluar. Macam biasala mesti ada kawasan souvenirs kan. Dan mesti la mahal. Walhaltah apapa je barang2 nya. Mesti la sarah minta macam2 dan mestila mama kata tak boleh :))

Ya kami sudah keluarr

Belum gelap lagi ketika keluar. Dapat capture gambar ni. We were up there just now :)

Dan of course, along the way, saya lupa cerita,diaorang ada ambil gambar kami sekeluarga. Lepas tu dah habis tu mestila dia jual kan gambar tu. Ada 6 background to choose from. Tak silap $20 selai ke tak ingat dah. Kalau ambil 6 6 background, jadi murah. Murah2 pon, nak buat apa sampai 6 kan. Hahaha. 

Bila dah pilih, tiba2 saya rasa tak cantik la pulak pilihan background kali ni. Macam sama naik dengan bunga api pulak. Haha. But whatever lah. Dah bayo.

Singapore Flyers - Checked!


Nurul Iman. Shaklee Independent Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

No comments: