Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Basic H. Show all posts
Showing posts with label Basic H. Show all posts

Tuesday, July 8, 2014

Pembersih Rumah Terhebat : Basic H & Dishwash Shaklee

Assalamualaikum

Lama juga saya tak update blog. Bukan apa, maklumla bulan puasa nak tekan keyboard pon tak larat kita focus beribadah kan. Bulan puasa ni sebenarnya sangat sekejap. Tau2 nanti dah raya. Bukan apa. Bangun sahur awal pagi, pergi kerja awal, lepas tu asyik tengok jam bila nak buka berebut nak balik awal siap2 buka. Tau2 dah tarawih dan tidur ready untuk esok. Pejam celik pejam celik, dah nak raya. 

Harini saya taknak share pasal supplement makanan. Saya nak share pasal pembersih rumah terhebat. Hehe. Pembersih rumah terhebat ni adalah gandingan Basic H dan Dish Wash Shaklee. Of course saya dah guna dan maintain guna kedua2 ni. Kalau tak, saya tak promote la. 

Ni gambar mereka berdua. Saja letak terbaring atas katil ala2 iklan softlan :D

Basic H ni anda boleh guna untuk bersihkan dapur. Grease, minyak, melekit, etc. Lagi2 musim nak buat kuih ni kan, mohon semua menggunakan Basic H ini. Memang jimat masa dan memelihara hati dari sakit yakni 'sakit hati' melihat minyak2 kuah2 mahupun minyak dari butter hasil buat kuih yang sangat tegar dari meninggalkan permukaan pinggan mangkuk periuk. Hu hu. Sebab apa? basic H ni memang cepat menanggalkan kotoran degil. 

Saya guna untuk lap meja. Dan saya perasan semut jarang naik kat meja. Tak tau la magic apa ada dalam tu tapi bila saya guna pewangi serai tu, rilek je semut2 beratur buat barisan atas tu. Cis! 

Saya guna basic H untuk lap tingkap. Bibik pon suka. Guna untuk lap dapur. Kemain bibik kata "mudah ya ibu pencuci ini". Mujur dia tak cakap "gampang ya ibu pencuci ini". Kahkah. Untuk pengetahuan, 'gampang' bermakna 'senang' dalam bahasa indonesia. Mohon jangan bersangka saya mencarut pulak. Bulan puasa ni eppp :D. Ala, tapi kalau anda ada bibik, pencuci apa pon semua nampak mudah di mata anda kan. Hahaha

Anyway, lagi satu kelebihan basic h ialah dia organik. ORGANIK. Kamonn siapa tak suka barang2 organik. Sayur paling mahal kat kedai pon sayur organik kan. Betul ke organik? ke packaging je tulis organik? jengjeng :).

Dish wash saya dah penah kongsi juga sebelum ni. Best tau dishwash dia. Gampang untuk pinggan2 plastik ikea yang terkenal dengan kesan memelihara minyak di permukaan tu. Huh. Titiskan dan basuh. Memang terus tanggal. 

Rugi sangat kalau bulan puasa kita banyak habiskan masa mengemas2 dan basuh pinggan berjam2 lamanya. Jadi saya berfikiran dengan berkongsi kehebatan set pembersih rumah terhebat ni dapatla membantu anda2 semua agar lebih awal siap kemas dapur lepas buka sekaligus tiada alasan lagi untuk tidak bertarawih di masjid. Eh gittew. Kot la saham2 anda solat tarawih tu saya boleh kaut sama. Ehhh! :))

Semoga bermanfaat! Anda nak cuba boleh KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PEMBERSIH RUMAH TERHEBAT ANDA


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Thursday, December 27, 2012

Basic H dan conteng dinding

Assalamualaikum

Heyhey upon request customer i, i buat experiment dulu sebelum dia beli. Haha baik kan i. :))
Siapa yang rumahnya takde conteng? rumah saya dah di cat semula raya haritu. Satu rumah. Namun selagi rumah berpenghunikan kanak2, mesti ada punya yang 'ter'conteng sana sini. Customer i tanya boleh ke basic H hilangkan kesan conteng crayon di wall paper. Saya cakap saya tak pakai wallpaper. Tapi memang ada conteng dinding. Saya cari tengok ada yang Ahmad conteng guna pensil warna. Jom tengok gambar.

Gambar 1: 
Ni original. 'krafjari' ahmad (2 thn stgh)

Gambar 2: 
Sental dengan air. Tiada perubahan sangat

Gambar 3: 
2 titik Basic H pada kain basah. Dan sental. Hasilnya..tadaaa HILANG! tak payah sental pon..gosok sikit je. Tak payah effort sgt laa kiranya

Gambar 4: 
Ni ha kesan cat pada kain. Adekah biasanya macam ni? Adakah effect pada dinding saya?

Gambar 4:
After effect kawasan kejadian. He he. ok je nanti dia kering.

Kesimpulannya, boleh hilang juga! Selama ni saya test pada kitchen appliances je. Tak terfikir lah pulak nak bersihkan dinding. Terima kasih sahabat kerana bertanya. Mari mari order dari saya :)

Saya tak cuba guna pencuci lain sebab saya tak ada pon pencuci untuk bersihkan conteng di dinding. Mungkin pencuci anda pon berkesan. Terpulang pada anda juga. Saya guna Basic H sebab saya ada, ia organic dan juga multipurpose. Mudah. Jimat. Berkesan. Nanti kita eksperimen benda lain pulak ye. Nanti saya share. Selamat mencuba!



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Monday, October 29, 2012

Basic H dan Semut

Assalamualaikum
 
Rumah saya banyak semut. Saya tak suka semut. Taksuka taksuka taksuka! Banyak semut bermaksud berjenis2 dan mereka selamba buat banyak jalan raya di rumah saya. Ada hitam yang jalan laju2, ada hitam yg badan tebal picit tak mati, ada halus kale merah mcm semut api, ada semut hitam kecil ala2 semut mayat. Blergh.

Bila saya tau basic h boleh mengurangkan saya bersorak gembira. Tak sabar nak mencuba. Katanya, letak 2 titis dan campur dlm air dah cukup. Biar benar. Saya skeptikel. Macam anda lah. Oleh kerana saya tidak ada bekas spray air, maka jadi susah untuk membilas kain lap meja dlm campuran tersebut. Hinggalah hari itu saya ke shaklee dan membeli bekas spray air seperti dalam gambar.
 

Hey bekas tu tidaklah mahal seperti sangkaan anda. Kalau di warta saya cek dalam rm 1.99 - rm 3.99. Malah ada yang rm 4.99. Bekas spray air shaklee tidak jauh beza. Tanya sayalah kalau interested nak tau.
Neway, dah tak sabar nak guna. Saya titis kan 3 titis walaupun arahan hanya 1-2 titis. Maklumlah, skeptikel dan tak percaya. Saya penuhkan air dalam bekas air tadi dan goncang.

Mula lah sesi lap meja ala2 di kedai makan. Spray2 then lap. Buang sume semut yang berani berkeliaran atas meja. Lepas tu basuh dapur tempat masak. Spray2, gosok2. Hehe menarik. Sekarang acara menghapuskan jalanraya semut. Saya spray atas semut2 tersebut then sapu dengan kain basah. Bilas kain then spray balik n lap. Saya buat yang sama pada semua jalan raya semut yang tanpa segan silu berjalan atas kabinet dapur etc

Ok lepas habis semua. Saya pon naik tidur. Tak sabar nak tunggu esok nak tengok adakah jalanraya di reconstruct semula. Maklumlah, setiap pagi tghari ptg dan malam semut akan sentiasaa buat jalan raya. Lepas spray shieldtox, mati, then kita kena bersihkan, just to findout they reconstruct balik dalam 2-3 jam. Aaaa stress

Esok pagi..tadaaaa takde semut, takde semut TAKDE SEMUT! Hureyyy!!
Ok skeptikel. Mungkin kebetulan. So malam kedua buat lagi, dan stil TAKDE semut. Ok sambung malam ketiga, dan hingga hari ini.. BEBAS semut!

Ok lepas tu saya nampak jalan raya semut di dinding dan ke ceiling. Bermakna mereka reroute..Cissss!!
 
Takpe yang penting, saya tau basic H betul2 menghalang / mengurangkan serangga dan semut2. Nanti kena fikir macamana nak spray di dinding dan ceiling. Bawah ni gambar jalan raya yang dah tinggal sikit sebab saya baru lepas lap sikit then baru teringat nak ambil gmbr. Perhatikan marble putih dan semut hitam. Bertapa prominentnya semut dan marahnya saya. Ha ha. Btw meja makan pon marble putih. Jadi nampak sangat kalau ada seekor semut pon.
 

Ni pula gambar meja makan lepas seminggu treatment dengan Basic H. Kilatt..
 
 
Anda cuba lah sendiri di rumah. Setitis dua je guna. Jimat. Tak luak pon. Tengok balik gambar basic H di atas, macam baru kan. Walhal dah 3 bulan saya memakainya. Contact lah saya untuk membuat order.

 
 
Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, October 20, 2012

Basic H dan Toaster

Salam weekends semua

Seperti yang dijanjikan duluuu..testimoni toaster saya. Ok gambar ini bukan bermakna saya TAK CUCI. Masalahnya ialah ia TAK HILANG. Nampak tak warna coklat hangus tu dah macam blend dengan material putih sekaligus menjadi sebati? huh..


Saya titiskan beberapa Basic H, dan sentall..Hasilnya..


HILANGG akhirnya. Yeyy! Tak sangka. Alhamdulillah. Sekarang boleh enjoyy makan roti. Nyums :))
Tak percaya? bole cuba. Order dari saya. Ini baru beberapa dari kegunaan basic H. Nanti saya buat experiment lagi untuk dikongsikan bersama insya allah.


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, September 29, 2012

1001 Kegunaan Basic H

Assalamualaikum.

Weekend datang lagi. Yey kali ini kita buka pagi sabtu dengan pencuci serba hebat. Saya bawakan kegunaan dan cara guna Basic H.
Basic H adalah cecair yang serbaguna. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan.

KEGUNAAN & CARA

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas

UNTUK KECEMASAN - KEGUNAAN & CARA

1. Menghapuskan kutu di atas kepala
  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Apa kegunaan Basic H? *credit kak N

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.
5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.
6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.
8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.

Hakikatnya Basic H ni banyak kegunaannya. Hanya dengan beberapa titis, ia membantu saya dengan banyak urusan.

Cuba lah weekend ni. Kalau berminat boleh order dari kami di Golden Lounge. Selamat weekend!


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Monday, September 10, 2012

Basic H Shaklee dan peti ais

Assalamualaykum

Pagi ini saya nak share lagi tentang Basic H. Mungkin sebab weekend, aktiviti pembersihan rumah berlaku dengan galak :)

Gambar berikut adalah peti ais rumah saya yang berusia 5 tahun. Sebaya dengan umur anak sulung kami. Peti ais saya tidak lah dicuci sekerap 2 minggu sekali, dan tidak lah juga dibiarkan tidak bercuci lebih dari 2-3 bulan. Namun, apa yang saya perasan, tempat membuka pintu peti ais sentiasa kotor. Puas disental dan ditonyoh setiap kali, namun tidak hilang. Mungkin kah material peti ais? atau peti ais saya sahaja? 

Malam semalam sambil-sambil menjerang air masak, saja-saja saya cuba bersihkan menggunakan Basic H. Apa yang saya lakukan ialah:
1- Titiskan 2-3 titik Basic H kedalam mangkuk dan campurkan dengan air. 
2- Kemudian saya ambil sponge pencuci dan celup kedalam air Basic H tersebut. 
3- Perah sedikit supaya tidak menitik 
4- Sental pada tempat membuka pintu peti ais. 

Apa yang terjadi memberi kejutan gembira pada saya. Lihat gambar di bawah!

                                       Kawasan kotor pintu peti aisku

                                           Kini kotoran tiada lagi!
                                    Terima kasih Basic H.

Alhamdulillah. Bila lagi anda mahu mencuba pada peti ais anda?
Next: Toaster. Nantikan ya!



Golden Lounge
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, September 8, 2012

Ajaib Basic H Shaklee

Assalamualaykum

Saya amat terpanggil untuk membuat entry pada malam ini kerana teruja akan perkara dibawah. Kali ini kita biarkan gambar bercerita. 


Ini adalah keadaan puting botol susu anak saya yang berumur 5 tahun. Perhatikan putih-putih pada keliling puting. Saya tidak tahu tentang anda, tetapi walaupun direbus dan disental, saya tidak berjaya menghilangkan putih-putih tersebut. Biasanya, ketika ini terjadi, saya akan membuang puting tersebut dan menukar dengan yang baru. Puting ini juga bakal menerima nasib yang sama jika 'magic' dibawah tidak berlaku..


Puting tersebut telah dibasuh menggunakan setitis dari 'Basic H' Shaklee. Lihatlah perbezaan dan keberkesanannya. Ternyata berkesan!

Basic H adalah pencuci biodegradable dan tidak toksik. Ia dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960. Sudah lebih 50 tahun berada dipasaran. Basic H tidak bertoksik, tiada gas beracun, tiada bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi, pH seimbang dan tiada klorin.

Basic H boleh digunakan untuk mencuci pinggan, lantai, menghilangkan kotoran minyak didapur anda, daki toilet, grease kereta, mencuci sinki tersumbat dan membasuh sayur dan buah. Anda boleh lihat sayuran yang layu segar kembali. 

Ada juga pengguna yang menggunakan Basic H untuk tuam anak-anak yang demam. Ini kerana Basic H menyerap haba 3x ganda berbanding air biasa. 


Botol bersaiz kecil, saya agak skeptikal ketika mula-mula mahu mencubanya. Tetapi kerana mahukan yang organic, saya cuba juga. Nah buktinya terang lagi jelas. Anda beruntung kerana bukti telah tersedia depan mata. Bukankah anda mahukan yang terbaik dan selamat untuk keluarga tersayang? Dapatkan dari Golden Lounge. Selamat mencuba!


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com